Sikap Kadir Jasin Bahaya Kepada Masa Depan Ph


Baik dari kalangan menteri kabinet atau pemimpin PH, yang jelasnya tidak ada yang terlihat tampil memberi sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad dalam isu perbalahannya dengan Istana Johor sekarang ini.Ini memberi gambaran bahawa Tun Mahathir hanya bersendirian dalam pertelingkahannya kali ini.Tiadanya sokongan ini tidak lain disebabkan menteri dan pemimpin PH merasakan tiada kewajaran untuk Tun Mahathir mencetuskan pertelingkahan itu, bukan saja kerana menghormati bulan Ramadan, tetapi juga disebabkan ada keutamaan lain yang sepatutnya dilakukan oleh Perdana Menteri.Memulihkan ekonomi yang bererti memberi lebih kesejahteraan kepada rakyat, seterusnya menahan kemerosotan sokongan daripada terus berlaku dan menunaikan janji-janji manifesto adalah dua keutamaan yang seharusnya didahulukan oleh Tun Mahathir daripada terus berbalah dengan Istana Johor, khususnya Tunku Mahkota Johor atau TMJ.Hanya yang terlihat ke depan membela Tun Mahathir ialah A Kadir Jasin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi atau MPT Bersatu merangkap Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri.Ketika Tun Mahathir mengeluh tentang campurtangan istana dalam pentadbiran kerajaan, ditambah dengan ketiadaan majoriti dua pertiga yang memustahilkan pindaan perlembagaan dilakukan dan kemudian menyifatkan TMJ sebagai “budak bodoh”, Kadir nampaknya lebih ke depan lagi tindakannya.Sebagai sesuatu yang dianggap untuk memberi pengajaran kepada TMJ, Kadir malah meminta pihak polis agar membuka semula kertas siasatan lama berkaitan pewaris Sultan Johor itu, selain Lembaga Hasil Dalam Negeri turut diminta meneliti kembali berkenaan banyak mana cukai yang pernah dibayar oleh syarikat perniagaan mereka.“Jadi kita kenalah buat sesuatu, tak cukup dengan cakap saja,” tulis Kadir lagi melalui Facebooknya.Tetapi, sementara kita mengakui pihak Istana pun ada masalah dan kelemahannya, sikap Kadir ini adalah bahaya kepada masa depan PH sebagai sebuah kerajaan yang sedang mentadbir negara.Oleh kerana Kadir berjawatan Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, tindakannya itu, baik meminta siasatan polis terhadap TMJ dibuka semula atau gesaan agar LHDN melihat kembali cukai-cukai perniagaan syarikat milik Istana Johor, ia dengan jelas memberi gambaran bahawa Pejabat Perdana Menteri sedia menggunakan apa saja kuasa yang ada untuk mengarahkan siasatan terhadap mereka yang tidak sebulu dengan kerajaan.Apakah ini pendirian yang wajar bagi PH yang baru setahun mentadbir negara?Kalau pihak istana pun diancam sedemikian rupa, apakah jaminan rakyat biasa tidak diperlakukan lebih teruk daripada itu jika mereka berbeza pendapat dengan kerajaan?Namun, kenapa hanya cukai perniagaan Istana Johor saja dijadikan sasaran?Bagaimana dengan istana di negeri-negeri lain yang diketahui turut ada perniagaan masing-masing, tidak mahukah Kadir meminta LHDN menyiasat sama?Sikap berlebihan-lebihan Kadir dalam membela Tun Mahathir dan menyerang istana ini bukan saja bahaya kepada masa depan PH, malah mengundang lebih kebencian ramai terhadap kerajaan sendiri.Itu belum dikira lagi ia juga turut memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk terus melemahkan kerajaan dan menambah sokongan mereka.Yang nyata melalui penzahiran kata-kata Kadir itu serta jawatan yang disandangnya, kerajaan akan dilihat boleh bersikap tidak adil, pilih bulu,selektif dan tiada masalah dalam bermusuh secara berpanjangan dengan pihak istana, walhal Raja dan pentadbiran seharusnya saling bekerjasama kerana kedua-duanya adalah sistem yang sah dalam perlembagaan negara. (Shahbudindotcom 07/05/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/sikap-kadir-jasin-bahaya-kepada-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Azmin Harapan Juga Pada Kj Pemimpin Masa Depan

Anwar Azmin Harapan Juga Pada Kj Pemimpin Masa Depan

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 385 hits
Sesuatu yang bagus tentang Kj hari ini dan masa DEPAN ialah membina identiti dirinya sendiri Pendiriannya as Malaysians semakin jelas berteraskan kepada realiti dan tidak melampau propaganda dalam ISU BANGSA dan tidak melampau sesat dan mem...
Kadir Jasin Minta Polis Siasat Syarikat Berkait Keluarga Diraja Johor

Kadir Jasin Minta Polis Siasat Syarikat Berkait Keluarga Diraja Johor

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 473 hits
Penasihat media perdana menteri A Kadir Jasin menggesa polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya menyiasat sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Johor Dalam tulisan di laman Facebooknya bekas wartawan kan...
Kadir Jasin Warns Johor And Melaka To Not Give Land To Sultans

Kadir Jasin Warns Johor And Melaka To Not Give Land To Sultans

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 423 hits
The state governments of Johor and Melaka were put on notice today that their actions on land transfers are under public scrutiny PPBM supreme council member A Kadir Jasin writing in his blog this morning also advised Johor s new menteri be...
Politik Melayu Islam Jaminan Masa Depan Umno

Politik Melayu Islam Jaminan Masa Depan Umno

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 436 hits
Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun UMNO ke 73 dan Majlis Berbuka Puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZILKUALA LUMPUR...
Kadir Jasin Sindir 039 Budak Kecil 039 Di Facebook

Kadir Jasin Sindir 039 Budak Kecil 039 Di Facebook

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 233 hits
Kadir Jasin sindir budak kecil di Facebook Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 May 2019 9 39PM
Tip Jimat Masa Bulan Ramadan Siap Awal 29 Lauk Ibu Hanya Guna 15 Minit Memasak

Tip Jimat Masa Bulan Ramadan Siap Awal 29 Lauk Ibu Hanya Guna 15 Minit Memasak

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 438 hits
Bulan Ramadan masa untuk menyediakan masakan berbuka pendek bagi ibu ibu bekerja Idea diutarakan ibu ini boleh menjimatkan masa Anak suami juga gembira makan air tangan ibu Menyediakan sajian keluarga sendiri memberikan kepuasan lebih terja...
Kajian Dalam Masa 50 Tahun Lagi Pengguna Facebook Yang Meninggal Dunia Akan Lebih Tinggi Berbanding Yang Masih Hidup

Kajian Dalam Masa 50 Tahun Lagi Pengguna Facebook Yang Meninggal Dunia Akan Lebih Tinggi Berbanding Yang Masih Hidup

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 479 hits
Dalam masa 50 tahun akan datang telah diramalkan jumlah pengguna Facebook yang sudah meninggal akan lebih tinggi berbanding pengguna yang masih hidup Jangkaan ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh University of Oxford dimana kadar ...
Konsep Pengembaraan Masa Dalam Cerita Fiksyen

Konsep Pengembaraan Masa Dalam Cerita Fiksyen

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 347 hits
Banyak karya berbentuk sains fiksyen di dalam novel drama dan filem berkisarkan tentang pengembaraan masa atau time travel dengan pelbagai kaedah seperti mesin masa terowong masa magik keajaiban kapal angkasa lubang cecacing alam kuantum da...
Tercirit Dalam Seluar Masa Maraton Lelaki Ini Tetap Habiskan Larian

Tercirit Dalam Seluar Masa Maraton Lelaki Ini Tetap Habiskan Larian

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 705 hits
Lelaki ini terpaksa menahan sakit perut kerana hendak membuang air besar semasa larian Shanghai International Half Marathon BACA Wu Xiangdong pada mulanya menahan daripada tercirit sehinggalah sejauh 10 kilometer dia tidak dapat menahan dan...
Ghea Indrawari Dendam Malam Kelam Chord

Luna Maya Bu Ketua Resmi Jadi Istri Maxime Ini Dia 7 Artis Belum Menikah Yang Bisa Jadi Patokan Umur Gen 90 An

Dolla Mwa Chord

Spring Fever Amazon Diesel Powered Mini Bike Pt 1

Marsha Sudah Ku Temui Chord

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Telur Pindang Johor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelas Berenang

Apa Punya Bengap Angkara Salam Tak Cium Tangan Vokalis Skinhead Kena Belasah

Ingatkan Tak Sambung Pas Terkejut Tak Sangka Azam Baki Dilantik Semula Terajui Sprm

Eh Xperience Kafe Menarik Di The Campus Ampang

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Digital Twins In Urban Planning Building Smarter Cities Before They Re Built