Masa Untuk Lebih Ramai Pemimpin Muda


 
Pada 17 Disember 2020oleh B. Suffian

Oleh B. Suffian
Golongan muda adalah pewaris negara. Mereka merupakan golongan yang bakal berdepan dengan cabaran politik, ekonomi dan sosial pada masa depan. 
Sebab itu, golongan muda perlu diberi peluang yang luas untuk menyerlahkan potensi masing-masing. Mereka perlu diberikan laluan untuk mencorak masa depan Malaysia. Mereka juga perlu diperlengkapkan dengan nilai-nilai kepimpinan untuk menempuh cabaran-cabaran mendatang.
Dengan kepesatan teknologi maklumat dinikmati hari ini, golongan muda secara berterusan terdedah dengan pelbagai pengetahuan serta maklumat terkini menerusi saluran-saluran media terutama televisyen, akhbar dan media sosial.
Sehubungan itu, penglibatan golongan ini dalam usaha-usaha membina negara adalah penting dan perlu diberi perhatian sebaik-baiknya.
Di luar negara, kita telah menyaksikan ramai golongan muda menggalas jawatan-jawatan tertinggi negara. Antaranya, Jacinda Ardern yang menjadi Perdana Menteri New Zealand pada usia 37 tahun dan Perdana Menteri Finland, Sanna Marin yang kini berumur 35 tahun.
Maka tepatlah seruan veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa kini sudah tiba masanya untuk meletakkan lebih ramai anak muda dalam kepimpinan pembangkang.
Sepertimana diperkatakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, sudah tiba masanya golongan millennial diperkasakan dengan lebih banyak kepercayaan, tanggungjawab dan kuasa.
Menurutnya, ini memandangkan 54 peratus rakyat Malaysia berusia di bawah 30 tahun dan sekitar 70 peratus rakyat Malaysia berumur di bawah 40 tahun.
Golongan millenial adalah mereka yang dilahirkan di antara awal 1980-an dan pertengahan 1990-an hingga awal 2000.
Apa yang menarik, Kit Siang memberitahu, Kerajaan Pakatan Harapan dengan Perdana Menteri yang berusia 93 tahun mempunyai purata umur Kabinet 55.7 tahun, lebih muda berbanding Kabinet 32 orang Muhyiddin Yassin yang mencatatkan usia purata 57.5 tahun.
Kata Kit Siang, Kabinet Muhyiddin tidak mempunyai suara untuk golongan millennial di Malaysia, tidak ada seorang pun Menteri yang berusia di bawah 40 tahun.
Terdapat empat orang Menteri dalam Kabinet Muhyiddin yang berumur di bawah 50 tahun, masing-masing berusia 43, 44, 46 dan 47 tahun — suatu perbandingan yang buruk dengan Kabinet Pakatan Harapan, yang bermula dengan menteri yang berusia 25 tahun, 35 tahun dan lima orang Menteri yang berumur di bawah 50 tahun, katanya.
Oleh itu, momentum usaha mengangkat orang muda bukan sahaja wajar diteruskan malah perlu diperkasakan lagi.
Langkah ini dapat menjamin suara golongan muda ini terus diangkat tinggi sekali gus membawa impak kepada pembangunan negara dan masyarakat.
Dalam masa sama, golongan muda perlu membuang persepsi bahawa politik itu kotor. Jawapan kepada politik toksik bukanlah untuk tidak berpolitik. Jawapannya adalah politik yang matang.
Saya juga setuju jika anak muda terus terlibat dalam diskusi tentang polisi yang dapat memberi manfaat kepada rakyat pelbagai latar belakang di negara ini.
Bagi golongan muda yang ingin menceburi politik, jangan berputus asa. Bersama kita membina negara ini untuk masa depan yang lebih baik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/masa-untuk-lebih-ramai-pemimpin-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Tunjukan Anak Muda Di Malaysia Yang Boleh Kita Angkat Jadi Pemimpin

Boleh Tunjukan Anak Muda Di Malaysia Yang Boleh Kita Angkat Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 391 hits
Rakyat tak nak yang ada bau korup sedangkan usia masih muda Netizen tak nak anak muda berguru dan merujuk penyamun untuk menjadi pemimpin Kita tak nak anak muda yang lari panjat pagar bila negara ada masalah Anak muda jangan ada ciri mudah ...
Perghh Gempaknya Majlis Kahwin Pemimpin Umno Masa Covid19 Ni

Perghh Gempaknya Majlis Kahwin Pemimpin Umno Masa Covid19 Ni

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 247 hits
December 21 2020 NORMA baharu membentuk kita menjadi lebih kreatif dalam penyelesaian masalah termasuklah menganjurkan majlis perkahwinan ketika penularan pandemik Koronavirus Hari ini bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adn...
Hiburan Bakal Perlahankan Kegiatan Dunia Seni Diana Danielle Nak Luang Lebih Masa Dengan Anak

Hiburan Bakal Perlahankan Kegiatan Dunia Seni Diana Danielle Nak Luang Lebih Masa Dengan Anak

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 267 hits
Pelakon cantik Diana Danielle baru baru ini telah meluahkan hasrat apabila dia ingin memperlahankan karier seninya kerana ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak anak dan keluarga Dia dilihat menulis tentang perkara itu menerusi akaun I...
Pemimpin Kesatuan Eropah Dan Inggeris Telah Melanjutkan Masa Mereka Hingga Akhir Minggu

Pemimpin Kesatuan Eropah Dan Inggeris Telah Melanjutkan Masa Mereka Hingga Akhir Minggu

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 224 hits
Pemimpin Kesatuan Eropah dan Britain telah melanjutkan masa mereka hingga akhir minggu untuk menandatangani perjanjian perdagangan baru yang meletakkan anggaran perdagangan tahunan 1 trilion berisiko tinggi jika mereka gagal mencapai kesepa...
7 Aktor Muda Yang Nekad Ciuman Sama Wanita Lebih Tua

7 Aktor Muda Yang Nekad Ciuman Sama Wanita Lebih Tua

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 270 hits
Dalam dunia per filman haruslah profesional akan setiap adegan yang harus dilakoni salah satunya ciuaman Apalagi Drama Korea terkenal dengan akting yang sangat bagus Maka tak jarang aktor ini This is a content summary only Visit my website ...
Pas Lebih Waras Masa Jadi Pembangkang

Pas Lebih Waras Masa Jadi Pembangkang

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 232 hits
Aspan Alias Sesungguhnya PAS lebih di hormati semasa menjadi pembangkang Parti itu lebih berdisplin semasa belum berada dalam kerajaan Sekarang Menteri Menteri PAS sedang sibuk berniaga dan sedang leka Utuk melawat luar negara dengan team d...
Isu Kuil Perlu Dapat Maklumat Lebih Jelas

Isu Kuil Perlu Dapat Maklumat Lebih Jelas

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 150 hits
HARAKAH DAILY ALOR SETAR Pemimpin Umno sewajarnya mendapat gambaran lebih jelas mengenai isu perobohan kuil penganut agama Hindu di Alor Setar Ketua Ustaz Nurul Amin Hamid berkata Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Wan Muhammad Azri tidak...
Rm6 8 Juta Naik Taraf E Kasih Kumpul Data Lebih Tepat Kata Muhyiddin

Rm6 8 Juta Naik Taraf E Kasih Kumpul Data Lebih Tepat Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 224 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sebanyak RM6 8 juta akan diperuntukkan untuk menaik taraf sistem pangkalan data e Kasih pada tahun depan KUALA LUMPUR Kerajaan akan menambah baik sistem e Kasih dengan penggunaan teknologi baharu bag...
Memasak Lebih Mudah Dengan Aya Ready To Cook Sauces And Pastes Dari Aya Real Food

Memasak Lebih Mudah Dengan Aya Ready To Cook Sauces And Pastes Dari Aya Real Food

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 247 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah setelah seminggu tak update hari ini Fiza kembali untuk update Tapi sebelum itu Fiza nak luahkan rasa sedih memandangkan sudah 24 jam akaun Instagram diblock dan ia amat merunsingkan Fiza Mana tak nya ada task ...
Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

Filem Emp4t

Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government

Durian Durian Durian Imam

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Al Imam Salim Dari Kota Hadhramaut Ke Alam Nusantara

Konsert Genkru Dilaksanakan Tiga Hari Cipta Sejarah Baru Industri Hiburan Negara

Pelajar Kpsk Mencungkil Kebolehan Seni Orang Kurang Upaya Di Karnival Casaxoku 2025