Masa Untuk Beli Belah Barang Masak Yang Segar Dan Murah Di Segi Fresh Market
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak tahu ini yang keberapa kali sebenarnya Maha beli-belah kat Segi Fresh Market sebab memang setiap bulan bila bekalan dapur habis sini lah lokasi yang selalu Maha pergi. Bagi Maha segala keperluan ada daripada barang basah, barang segar, mahupun yang perlu untuk dapur ada di sini
Korang tahu je lah kan kalau hidup membujang ni memang kena memasak sendiri lah kalau nak berjimat dan juga dapat makan yang sedap-sedap. Jadi barang dapur Maha kena pastikan semuanya mencukupi agar masak tu jadi lebih senang. Kebetulan hari minggu lalu memang teringin sangat nak makan Kerang dan juga Udang jadi Segi Fresh lah yang lokasi yang Maha tuju
Di sini untuk barang segarnya dijamin setiap hari adalah bekalan baru sebab tu Maha suka datang awal pagi kat sini. Pasaraya Segi Fresh ini buka awal dari pukul 8.00 pagi dan tutup pukul 10.00 malam. Jadi masa untuk pergi beli-belah tu lebih awal dan tidak perlu bersesak-sesak. Kalau pagi-pagi ni semua bekalan terutama makanan laut seperti udang, kerang, sotong dan pelbagai jenis ikan masih molek
Kalau macam daging dan juga ayam pun kat sini sentiasa ada bekalan yang mencukupi. Paling Maha suka adalah mereka menyediakan perkhidmatan untuk memotong atau menyiang ikan bagi orang yang malas macam Maha ni. So itu sangat memudahkan kerja didapur hanya bawa balik ikan tu basuh bagi bersih tak perlu nak fikir nak siang
Hari tu Maha beli lebih kurang dalam setengah kilo Kerang sebab memang teringin sangat nak makan kerang. Lepas tu Udang juga Maha beli lebih kurang dalam setengah kilo. Lagi beli Sotong yang bersaiz besar tu ada dalam lima ekor juga bersama dengan sedikit isi ayam. Semua sekali barang basah ni harga tak sampai pun dalam RM50 memang sangat jimat dan menuntungkan
*Tips memilih kerang yang segar pastikan cengkerang kerang terbuka sedikit dan tidak tertutup rapat.
Lagi Maha hari tu cari juga beberapa barang untuk memasak seperti Serai, Lengkuas, Halia, Cili Padi, Cili Merah dan juga sayur sayuran. Kat sini korang boleh dapat semua bahan rempah masakan tempatan dengan mudah dan harga berpatutan. Kalau hari raya hari tu masa nak buat open house pun Maha cari kat Segi Fresh semua ada bawah satu bumbung sangat senang
Selain daripada barang basah untuk memasak Maha juga suka pergi bahagian buah-buahan. Itu adalah ruangan wajib singgah bila kat pasaraya. Nak tengok buah apa yang ada tengah promosi waktu tu. Hari tu pergi kat Segi Fresh mereka ada jual buah Salak murah gilerr. Kali ini pun rezeki Maha sebab ada jualan murah buah Laici dan juga Anggur. Korang tengok harga tu sangat tak masuk akal jadi tak lepas peluang lah beli
Buah lain yang Maha beli hari tu kat sini adalah Jagung Manis, Epal Hijau, Jambu Batu dan Mangga yang sangat besar gedabak. Semua ni harga pun tak sampai RM50 untuk semua ni. Jadi kalau campur barang dapur dan juga buah-buahan ni tak lebih daripada RM100 Maha beli kat sini. Tu tak masuk lagi barang-barang lain ada juga lah dah alang-alang dah kat pasaraya.
Bagi Maha sini bukan sahaja sesuai untuk keperluan rumah sahaja tapi juga sangat bagus untuk yang suka beli secara borong. Contohnya peniaga kecil-kecilan atau juga yang ada buat business makanan dan katering sini sangat menjimatkan bila beli dalam kuantiti yang banyak sekali. Sebab setiap Masa akan ada promosi harga murah tengok lah time Maha datang hari tu banyak harga yang tak masuk akal murah gilerr
Seronok sebenarnya beli kat Segi Fresh Market ni sangat menjimatkan dan juga tak perlu bawa cash banyak sebab harga dijamin murah dan berganda-ganda korang boleh beli. Tak ada cash guna debit card pun boleh kat sini. Tapi ingat kena bawa shopping beg sendiri lagi jimat tak perlu nak bayar bag plastik. Kita kena jaga alam sekitar juga dalam masa membeli belah ni betul tak. Jadi korang tepuk dada tanya nafsu mana nak beli lebih jimat dan banyak. Selamat membeli semua
Info lanjut tentang promosi harga dan lokasi pasaraya layari :Laman web : http://segifresh.comFacebook : https://www.facebook.com/SegifreshInstagram : https://www.instagram.com/segifreshmarket
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/07/masa-untuk-beli-belah-barang-masak-yang-segar-segi-fresh-market.html