Puas Hati Beli Barang Dapur Dekat Segi Fresh
Assalamualaikum. Kawasan rumah mertua Ayue ni sebenarnya jauh dari bandar. Jadi kalau nak cari barang dapur, memang harapkan pasar pagi, pasar malam atau mini mart kecil-kecil tu je. Mall besar memang takda lah sini. Kalau kena time hujan, alamatnya takda lah nak pergi shopping kan. Masak je lah apa yang ada dulu. Tu yang Ayue tak suka beli barang dapur dekat pasar tu. Kalau shopping dekat mini mart pulak, ada je barang yang tak takda. Tak lengkap. Dah jenuh nak pusing ke mini mart lain pulak. Pun satu hal juga tu. Haritu melilau Ayue cari cili padi merah. Semua mini mart takda. Cili merah tu mogok agaknya. Haha.
Dah alang-alang Ayue memang kerap ke rumah mertua Ayue tu, Ayue ajak lah dia ke Pasar Segar Segi Fresh Subang Permai. Lebih kurang 10 minit je dari rumah mertua. Hari tu ada kawan share pasal dia beli barang dekat Segi Fresh, barangnya fresh-fresh belaka. Jadi Ayue nak lah tengok betul ke fresh tu kan. Kalau fresh senang lah nak shopping macam ni. Bila-bila masa boleh pergi. Tak perlu tunggu pasar pagi or pasar malam lagi dah.
Segi Fresh Subang Permai ni besar juga, macam-macam barang yang dijual. Barang kering, barang basah, keperluan rumah pun ada. Kalau datang sini insyaAllah boleh dapat semua benda. Sampai je kat sana, Ayue terus tuju tempat barang basah. Dari jauh dah nampak sayur-sayur kehijauan ni. Semuanya nampak fresh gila ok. Takda pun yang layu rebah ke bumi. Haha. Sebab kan Ayue first time datang sini, Ayue round semua kawasan dulu sebab nak tengok barang apa yang ada. Nanti senang lah kalau nak shopping lagi. Jenis mak-mak memang macam ni kot ek?
Bahagian barang kering rempah ratus ni, ada macam-macam jenis rempah ye. Segala tok nenek rempah ratus ada kat sini. Ada yang packing kecil-kecil, ada juga yang packing besar terus. Untuk peniaga sesuai la yang besar-besar ni.
Bawang-bawang, kentang, cili kering dia pun semuanya nampak elok belaka kan? Telur pun ada macam-macam gred. Pilih je yang mana berkenan di hati.
Haa, bahagian ni lah yang dari jauh Ayue dah nampak tu. Menghijau bukan main lagi. Sayuran yang ada pun pelbagai jenis. Ada juga yang susah nak dapat dekat mini mart rumah mertua Ayue tu.
Dekat hujung bahagian sayur tu ada bahagian buah-buahan pula. Yang ini pun sama juga, nampak fresh semuanya. Takda pun yang benyek. Ayue berkenan betul dengan anggur tu. Dah la gemuk-gemuk, fresh, murah pula tu! Ayue ambil terus masuk plastik sebab Qaayed suka makan anggur. Dia kalau makan anggur memang mengadap sampai habis ye. Ibu tukang buang biji je. Nak ngap sekali tak sempat dah habis. Huhu.
Then dekat bahagian sejuk beku ni biasa lah. Ada macam-macam makanan frozen.
Ok, bahagian yang ditunggu-tunggu. Barang basah!! Seriously, Ayue rambang mata tak tau nak grab yang mana satu dulu sebab semuanya nampak fresh gila ye. Dah la banyak jenis. Sotong, udang, siap ada size ye. Size M, L, XL. Tinggal nak pilih je yang mana satu ikut bajet masing-masing. Takda lah terkulat-kulat nak beli kalau harga sotong mahal kan. Harga tag yang warna kuning tu pula harga promosi. Anda kalau nampak harga warna kuning tu, tuju yang tu dulu tau sebab confirm murah dari harga luar. Murah sangat-sangat.
Oh ya, dekat Segi Fresh ada jual udang lipan!!! OMG, udang lipan atau ada juga orang panggil udang mantis ni memang favourite Ayue dengan suami. Buat goreng butter, fuh! Jilat jari baq ang. Tapi ada orang tak suka sebab tak tau cara nak siang kan? Haa, senang je cara dia. Kalau pandai siang, bila makan tu senang je nak kopek kulit ambil isi dia. Nikmat sungguh lah. Ayue pilih yang besar-besar, banyak-banyak, dekat sekilo juga lah. Baru RM5. Hahaha. Puas gila makan.
Ikan pun ada macam-macam jenis. Paling Ayue tak tahan, kebetulan masa Ayue datang tu ada promosi ikan siakap. Harga ikan siakap tu hanya RM7.90 seekor tau! Ye seekor. Memang Ayue grab sampai 4 ekor terus lah sebab family Ayue memang suka makan siakap ni. Qaayed seorang je boleh habis sebelah ikan tu tau. Punya lah dia suka.
Ayam pun ada juga ye. Ada ayam tua, ada ayam segar, bahagian-bahagian ayam pun ada. Segi Fresh ada sediakan khidmat siang menyiang ni. Minta saja pekerja mereka siangkan ayam dengan ikan yang anda beli tu. Macam Ayue, Ayue minta mereka siang ikan siakap Ayue tu sebab Ayue tak suka siang ikan banyak sisik. Nanti habis dapur bersepah dengan sisik. Haha. Benda boleh menyenangkan, apa salahnya guna kan.
Barang basah lain macam kerang, kepah pun ada juga. Tapi hari tu tak rasa macam nak makan kerang, jadi Ayue tak beli lah. Ayue cuma beli sotong, udang, ikan dengan ikan bilis. Haa, ikan bilis ni pun satu hal juga ni. Ada banyak sangat pilihan yang ada ok. Yang siang kopek, yang belum kopek, yang besar yang kecil. Ikan bilis mata biru pun ada! Tapi Ayue tak beli lah yang mata biru tu sebab belum kopek. Ayue beli yang dah siap kopek je. Senang. Nak masak nanti kaup je, zasss terus masak. Disebabkan ikan bilis dia elok sangat, nipis, size pun sedang-sedang. Ayue borong lebih sikit buat stok. Bukan senang nak jumpa ikan bilis elok tau. Kadang-kadang tu besar sangat, tebal. Tak sedap pula macam tu. Alang-alang dah jumpa yang elok ni, borong lah apa lagi.
Nampak tak betapa syoknya Ayue memborong dekat Segi Fresh ni? Punyalah banyak Ayue beli, tak sampai RM200 pun. Ni kalau kat pasar biasa ni mesti dekat RM250 juga Ayue habis beli barang selalunya. Puas hati betul beli barang dekat sini. Next time confirm datang lagi nak borong kerang pula. Tiba-tiba teringat menu kerang yang viral haritu. Haha.
Anda kalau nak shopping barang dapur, cuba lah singgah Segi Fresh yang terdekat dengan anda tu. InsyaAllah berbaloi pergi. Ayue cerita dari pengalaman Ayue shopping. Moga pengalaman anda nanti pun sama macam Ayue juga. Amin. Happy shopping!
xoxo,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ayueidris.com/2019/07/puas-hati-beli-barang-dapur-dekat-segi.html