Masa Susah Hidup Bahagia Bila Dh Senang Suami Ada Gf Dia Ludah Saya Depan Gf Dia
Benar kata orang, isteri di uji saat suami tak punya apa, dan suami diuji saat dia punya segalanya.
Salam. Tolong hide profile saya. Saya bercinta dengan Daniel sejak sekolah. Habis SPM, saya memilih untuk terus berkahwin. Walaupun kesal, orang tua saya merestui pernikahan kami.
Daniel suami yang baik. Walaupun berkerja sebagai technician di sebuah hotel di Kuala Lumpur dia bijak mengatur belanja. Alhamdulillah ada motor hondacup cabuk pemberian arwah ayahnya. Itulah yang memudahkan urusan kami, walau ada tika, mengutip syiling di segenap rumah untuk mengisi minyak motor.
Terkenang satu hari saya teringin sangat nak makan durian dengan motor cabuk itu kami ke chowkit mencari durian murah dapat yang rm10 setompok gembira bukan kepalang. Saya tampung durian di peha kiri dan kanan sy. Setibanya di rumah, berbekas duri durian di peha saya. Ada satu dua luka tertusuk duri bila motor terhentak melanggar lubang jalan.
Mengkekek kami ketawa, durian murah punya pasal. Gaji Daniel masa tu RM650. Boleh la untuk menyewa flat lowcost rm280, belanja dapur sikit, rokok dan minyak motor. Untuk jimat, saya masak bekal setiap hari untuknya. Untuk membantu suami, saya menjual nasi lemak. Duit itu lah utk membayar bil bulanan.
Cukup bulan, mengira budget utk kelangsungan hidup. Nasib kami berubah bila satu hari dia balik dengan surat ditangan. Bersinar matanya “sayang, saya dapat offer dekat company Oil & Gas. Gaji Rm1200′. Menjerit gembira, melompat bagai tiada besok saya dibuatnya. Bermula dari situ, Daniel mencatur nasibnya.
Menyambung pengajian sambilan demi kehidupan yang lebih promising. Masa depan kami semakin cerah bila Daniel menjadi engineer. Dari Jr ke Sr Engineer, kami sudah mampu selesa ke hulu hilir dengan kereta Honda. Dari menyewa flat lowcost, sudah dpt membeli condo di Wangsamaju.
Satu hari Daniel diam membisu, saya jangkakan serabut dengan kerja. Tapi muramnya berpanjangan hingga sebulan. Kerap balik lewat, tidak lagi mahu tidur sebilik. Bercakap? Cuma angguk dan geleng. Saya hilang arah. Bagai orang b0d0h berubat sana sini, memulihkan semangat suami sampai satu hari, Daniel tidak menjemput saya balik kerja. HP off.
Dan sepantas itu juga Allah bagi petunjuk, dapat WA dari rakan. ‘yours?’ ringkas tp gambar yang disertakan buat saya sesak nafas. Daniel, dinner di hotel mewah. Gambarnya mengucup pipi gadis muda itu. Gambar yg satu lagi, card tertulis happy 8th monthsary!. Tiba di rumah kami bergaduh dan saya rayu dia tinggalkan perempuan itu dia rentap rambut saya dan seret muka saya ke cermin siap cakap ko tengok muka kau ni.
H0d0h B0d0h Jijjik aku Allahu… Rasa nak pecah jantung mendengar nya. Dia keluar dari rumah. 3 bulan menghilang, saya yang saat itu baru diberi rezeki mengandung anak sulung (selepas 17 tahun berkahwin) , bagaikan gila ditinggal begitu. Teringat masa saya tahu saya positif hamil. Konon nak simpan kejutan masa harijadi nya.
Tapi disebabkan perubahan Daniel saya simpan tunggu masa yg sesuai. Sampai ke hari dia keluar rumah tak balik 3 bulan dia tak tahu saya mengandung. Selepas 3 bulan, Daniel balik ke rumah untuk mengambil barang-barang nya. Melihat dia, saya peluk kuat2. Rindu bau badannya, rindu pelukannya. Dia tolak saya. Saya tengok di luar, perempuan dlm gmbr itu ada di luar. Dia serba salah.
Tp dlm serba salah dia mendekati saya ‘u nak duduk mana lepas Daniel ceraikan u? Saya tampar mulutnya. Daniel berlari bagai tak cukup tanah pada buah hatinya. Syal katanya pada saya. Entah bta mata atau bta hati, di tolaknya saya. Saya rayu cakap’ kita puas hidup susah sama, tak kan masa senang awak tinggalkan saya’. Dia toleh dan ludah muka saya.
Iya. Dia ludah saya depan gf dia. Kemudian dia tepis saya. Masa dia tepis, saya tgk tangan dia. Ada parut, parut yang dia dpt masa dukung saya masa mula2 pindah rumah sewa lepas kahwin. Masa nak dukung, dia hilang balancing, terlepas saya dr tangannya, dan dia yang nak menampung badan saya dari jatuh, terkena bucu dressing table.
Drah memercik keluar. Tiap kali tgk parut tu dia cakap ‘ini bukti ni… Sanggup mti demi awak’ ketawa besar saya masa tu. Mana sangka hari ni dia akan ludah saya mcm tu sekali. Sampai sekarang anak dah 4 tahun. Daniel maupun keluarganya tak pernah bertanya khabar kami beranak.
Sedih? Masih Happy? Selain moments bersama anak, saya lupa punca lain untuk gembira. Pada Allah lah tempat saya bercerita. 4 tahun diketiadaan Daniel saya bekerja. Saya wa saya sms memaklumkan walau tak berbalas. Pagi ni saya dapat surat promotion (ini kali ke 3). Alhamdulillah, position, grade dan gaji saya naik. Excited tp tak tahu nak cerita pada siapa.
Petang td kebetulan dah apply cuti nak file divorce. Allah.. Mudah urusan sy. Siap semua form, angkat sumpah etc hari ni terus dpt tarikh sebut kes. Nikmat Allah mana yg bisa saya dustakan.
Doakan saya terus tabah ya.
Sumber : khalifahdunia
The post Masa susah hidup bahagia, bila dh senang, suami ada gf. Dia ludah saya depan gf dia appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/masa-susah-hidup-bahagia-bila-dh-senang-suami-ada-gf-dia-ludah-saya-depan-gf-dia/