Suami Doula Terbaik Temankan Isteri Masa Bersalin Dari Awal Hamil Dah Sama Sama Susah


Doula atau suami. Yang mana lebih baik? Sebutlah apa pun tugas seorang Doula, itu sebenarnya juga tugas seorang suami dan lebih lagi.
Berikut perkongsian dari suami yang juga suka menulis mengenai topik kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semas, Akhtar Syamir
Sebagai peneman semasa proses kelahiran? Suami lebih baik. Sebab suami sendiri ada semasa proses paling awal semuanya ini terjadi.
Sebagai pemberi semangat kepada Isteri sebelum, semasa dan selepas kelahiran? Suami lebih baik. Suami lebih mengenali isteri berbanding Doula. Menghabiskan masa setiap hari dengan isteri. Memahami kehendak isteri dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Sebagai pemudah urusan isteri selepas bersalin seperti menjaga isteri, menyediakan makanan, menguruskan anak – anak dan termasuklah menyediakan persekitaran yang baik untuk Isteri? Suami lebih baik kerana suami lebih tahu tahap keselesaan yang diperlukan isteri. Anak – anak juga lebih kenal ayahnya dan privasi rumah terus terjaga. Ini lebih baik dari ada orang luar yang berkeliaran di rumah sendiri.
Kenapa Doula dikatakan diperlukan? Doula ini sendiri bermula di luar negara di mana ramai wanita yang bersalin tidak ditemani sesiapa disebabkan hubungan yang tiada batasan. Akhirnya, seorang wanita terpaksa menanggung kesemuanya seorang diri.
Dari sini datangnya peranan “peneman” atau dengan nama komersialnya Doula. Jangan terkejut, orang yang sunyi dan orang yang memerlukan sokongan, sanggup membayar orang lain untuk menjadi peneman di saat yang memerlukan ini. Dengan erti kata lain kawan yang disewa.

Berbeza sedikit di Malaysia di mana hubungan antara lelaki dan wanita tidak seteruk dan sebebas di negara luar. Kebanyakan wanita yang melahirkan anak, boleh dikatakan mempunyai seorang suami di sisi.
Jadi, adakah seorang wanita di Malaysia masih memerlukan Doula? Ya dan tidak.
Jawapannya YA, apabila keadaan amat memerlukan. Buat wanita yang kehilangan suami, sama ada kerana penceraian, kematian atau pun disebabkan masalah perhubungan bebas. Di tahap ini, jika seorang wanita itu tiada sahabat handai, saudara mara atau pun malu dengan keadaan yang sedang dialaminya, memang dia memerlukan segala sokongan dan dorongan dari segi emosi yang Doula berikan.
Jawapannya TIDAK pula ialah apabila wanita yang bakal melahirkan itu mempunyai suami. Memang tanggungjawab suami menyediakan segalanya dari A sampai Z, menjaga emosi isteri, menjadi peneman isteri, pemberi semangat semasa isteri berjuang, memberi kasih sayang, mengingatkan yang semua yang dilalui ini berbaloi dan bersedia apabila diperlukan pada sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran.
Jika suami tidak boleh menjadi seperti yang di atas kerana kekangan tempat kerja yang jauh dan sebagainya, carilah orang yang boleh mengganti semua tugas itu. Mula dengan adik beradik, saudara mara dahulu. Jika tiada, Doula boleh memainkan peranan yang tidak lebih dari yang dinyatakan di atas.
Namun, jika si suami tidak boleh menjalankan tugasan wajib seorang suami seperti yang saya nyatakan kerana malas, tiada inisiatif dan tidak rasa itu semua penting, anda sepatutnya boleh berhenti menjadi suami. Kita namakan sahaja anda sebagai penderma sperma. Derma dan tinggal. Jika anda di tahap ini, andalah antara punca kenapa Doula ini wujud.

Jadi, tepuk dada tanya diri. Anda rasa Doula atau suami yang lebih baik untuk sentiasa berada di sisi?
Sekali lagi saya tekankan, Doula hanya berfungsi sebagai peneman, pemberi galakan, menyokong emosi dan fizikal. Tidak lebih dari itu dan Doula ini sebenarnya tidak perlu wujud jika semua suami menjaga isterinya dengan baik.
Suamilah Doula yang sebenar-benarnya. Kalau selama ini suami anda telah temankan anda semasa bersalin dan sepanjang masa dari awal kelahiran hingga selepas kelahiran, bolehlah minta suami print sendiri sijil Doula. Kerana Doula di Malaysia sendiri tidak diiktiraf KKM pun.
Saya amat terkesan dengan kenyataan Professor Imelda Balchin.
“Doula tidak ada apa-apa training perubatan untuk mengenali apakah kecemasan.”
Baca dan fikirkan kenyataan itu. Jika anda tidak rasa bimbang langsung, terpulanglah untuk meletakkan nyawa anda di tangan Doula. Saya secara peribadi, sama sekali tidak akan benarkan.
Sumber: Akhtar Syamir
The post Suami Doula Terbaik Temankan Isteri Masa Bersalin. Dari Awal Hamil Dah Sama-Sama Susah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/suami-doula-terbaik-temankan-isteri-masa-bersalin-dari-awal-hamil-dah-sama-sama-susah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Suami Bantu Legakan Isteri Sakit Bersalin Urut Belakang Badan Pun Kira Ok

Sokongan Suami Bantu Legakan Isteri Sakit Bersalin Urut Belakang Badan Pun Kira Ok

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 602 hits
Kata orang sokongan suami membantu memberi kekuatan kepada si isteri yang sedang menahan sakit bersalin Bagi yang belum ada pengalaman melahirkan bayi tentu tidak dapat membayangkan bagaimana ia membantu anda Percayalah peranan suami memban...
Isteri Dah Admit Nak Bersalin Tapi Bos Tak Bagi Cuti Ini Tindakan Berani Suami

Isteri Dah Admit Nak Bersalin Tapi Bos Tak Bagi Cuti Ini Tindakan Berani Suami

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 912 hits
Di awal pernikahan aku dengan isteri aku kerja pemandu lori Office sebelah rumah jer Then lepas 2 bulan nikah dapat tahu isteri mengandung Nak cari duit lebih punya pasal berhenti kerja lori masuk kerja bas ekspres Sepanjang isteri aku meng...
Tediaa Puas Berusaha Suami Minta Kucing Berdoa Akhirnya Isteri Hamil Anak Pertama

Tediaa Puas Berusaha Suami Minta Kucing Berdoa Akhirnya Isteri Hamil Anak Pertama

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 533 hits
Heera dan Shidee dikurniakan zuriat selepas memelihara seekor kucing TIDAK dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata Jika minggu lalu kisah seorang p...
Kenali Jenis Nifas Luka Bersalin Pemakanan Hadkan Pelawat 9 Tugas Ini Suami Perlu Buat Bila Isteri Berpantang

Kenali Jenis Nifas Luka Bersalin Pemakanan Hadkan Pelawat 9 Tugas Ini Suami Perlu Buat Bila Isteri Berpantang

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 683 hits
Setelah melalui proses kelahiran dan berpantang seorang ibu akan menempuhi pelbagai cabaran disamping menguruskan bayi Bantuan dan keprihatinan daripada suami akan amat menolong dalam proses pemulihan ini Jururawat berkongsi info mengenai a...
7 Sebab Mengapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpe Lukan Se Sama Sendiri Setiap Hari Rileks Media

7 Sebab Mengapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpe Lukan Se Sama Sendiri Setiap Hari Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 341 hits
Pe lukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi Jika sebelum ini suami isteri jarang sekali nak tidur berpe lukan mungkin sebab rasa ri mas p...
Kisah Suami Semasa Isteri Bersalin Secara Pembedahan

Kisah Suami Semasa Isteri Bersalin Secara Pembedahan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 451 hits
Semalam ternampak Si Isteri kongsi cerita di Facebook berkenaan Kisah Sedih Si Suami Yang Tabah Ketika Isteri Bersalin Secara Pembedahan Bacaan ini aku jadikan rujukan dan persediaan memandangkan dalam beberapa minggu lagi kami akan menghad...
Suami Kelar Leher Belah Perut Isteri Hamil Kerana Berang Tidak Dibenarkan Periksa Telefon Bimbitnya

Suami Kelar Leher Belah Perut Isteri Hamil Kerana Berang Tidak Dibenarkan Periksa Telefon Bimbitnya

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 1391 hits
Suami kelar leher belah perut isteri hamil kerana berang tidak dibenarkan periksa telefon bimbitnyaGara gara tidak diberi keizinan untuk melihat telefon bimbit suami tergamak mengelar leher sebelum membelah perut isterinya yang sedang hamil...
Perghhhh Gara Gara Satu Panggilan Telefon Isteri Tembak Suami

Perghhhh Gara Gara Satu Panggilan Telefon Isteri Tembak Suami

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 652 hits
Polis menyiasat tempat kejadian Gambar kecil Mayura dan suami Foto Agensi BANGKOK THAILAND Seorang wanita di utara Thailand bertindak menembak suaminya selepas bergaduh dengan lelaki itu yang enggan memberitahu siapa yang menelefonnya pada ...
Siapa Sangka Sebenarnya Isteri Dua Kali Ganda Stress Layan Suami Berbanding Anak Anak

Siapa Sangka Sebenarnya Isteri Dua Kali Ganda Stress Layan Suami Berbanding Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 596 hits
Mana tak stress anak baru 2 tapi isteri jaga macam anak dah 3 orang Bukan makan minum pakai dan tidur anak je kena fikir suami punya pun isteri kena fikir juga Dia la pembantu rumah jururawat guru pemandu tukang masak tukang main dengan ana...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya