Masa Ph Nak Buat Pembahruan Dulu Di Tentang Kdn Siapa Pegang Kdn Mmmmm Gagalis Yang Pegang


 Pembaharuan isu kerakyatan ditentang KDN zaman PH, kata aktivis
Robin Augustin -October 4, 2021 KDN ketika diketuai Muhyiddin Yassin menentang usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengubah undang-undang berkaitan kerakyatan, kata seorang aktivis.PETALING JAYA: Usaha melaksanakan pembaharuan dalam isu kewarganegaraan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) terbantut disebabkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada masa itu, kata seorang aktivis hak asasi wanita.
Ivy Josiah membela menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat PH yang dikritik atas ketiadaan usaha untuk memastikan anak-anak wanita Malaysia yang dilahirkan di luar negara mendapat kerakyatan.
Beliau yang turut terlibat dalam kempen kerakyatan saksama pada 2019 berkata, kementerian berkenaan sangat menyokongnya dan mereka mengadakan pertemuan dengan menteri ketika itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Hannah Yeoh.

Katanya, kelihatan pola yang menunjukkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited terhadap kesaksamaan jantina, manakala KDN selalu menentang. Ini juga berlaku dalam kerajaan semasa yang dipimpin oleh Ismail Sabri Yaakob, katanya.

Ketika mengkritik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat PH pada Sabtu, peguam hak asasi manusia Latheefa Koya berkata, kementerian berkenaan sepatutnya berpeluang meminda undang-undang bagi menjamin tiada perbezaan layanan antara ibu dan bapa dalam pemberian kerakyatan kepada anak yang lahir di luar negara.

“Malangnya itu tidak berlaku,” katanya.

“Itu tidak diselesaikan. Terus terang, tiada apa yang diselesaikan…dan isu ini bukannya baharu.”

Namun kata Josiah, “kami tahu kementerian berkenaan berdepan cabaran dalam mendukung isu ini. Malangnya, Latheefa Koya tidak tahu usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.”

Mahkamah Tinggi baru-baru ini memutuskan bahawa anak-anak yang dilahirkan wanita Malaysia di luar negara dengan pasangan asing berhak mendapat kerakyatan mengikut kuat kuasa undang-undang.

Rina Harun, yang kini mengetuai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyambut baik keputusan itu, namun KDN telah memfailkan rayuan terhadapnya.

Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago mengakui bahawa PH terlepas peluang untuk menyelesaikan isu itu tetapi tidak adil untuk menyalahkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Santiago berkata, beliau dan banyak badan bukan kerajaan (NGO) lain mengemukakan representasi kepada menteri dalam negeri ketika itu, memandangkan isu ini bawah bidang kuasanya,

“Itu kegagalan PH, tetapi pada ketika itu, pihak Bersatu tidak berminat dengan pembaharuan,” katanya.

Bersatu pimpinan Muhyiddin pada mulanya adalah sebahagian daripada kerajaan PH, namun kemudian membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno dan PAS.

Kata Santiago, PH kini harus menganggap pembaharuan sebagai perkara yang tidak boleh dirundingkan dan membawanya kepada perdana menteri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/masa-ph-nak-buat-pembahruan-dulu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hang Lemah Azmin Penang Fdi Masuk Mudah Saja Awat Masa Hang Pegang Nak Kaji Bagai Lemah Lemah Macam Jkom Gak

Hang Lemah Azmin Penang Fdi Masuk Mudah Saja Awat Masa Hang Pegang Nak Kaji Bagai Lemah Lemah Macam Jkom Gak

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 250 hits
Kerajaan akan teliti kerenah birokrasi berhubung FDI September 27 2021 Azmin berkata kementeriannya akan meneliti punca masalah kelewatan pelaburan berbilion ringgit selama dua tahun di Lahad Datu Sabah KUALA LUMPUR Menteri Kanan Perdaganga...
Melaka Bergolak Tukar Ja Apa Lak Nak Bubar Dun Dulu Pun Dirampas Juga Lambat Lagi Nak Pilihanraya

Melaka Bergolak Tukar Ja Apa Lak Nak Bubar Dun Dulu Pun Dirampas Juga Lambat Lagi Nak Pilihanraya

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 260 hits
Melaka bergolak Pemimpin Umno cadang bubar saja Dun buat PRNOctober 2 2021Desas desus kerajaan negeri Melaka yang diterajui Umno bakal tumbang berikutan empat Ahli Dewan Undangan Negeri akan melompat ke Pakatan Harapa Ketua Umno Bahagian Jo...
Nak Undi Siapa Wajibkan Dulu Pemimpin Itu Bersih

Nak Undi Siapa Wajibkan Dulu Pemimpin Itu Bersih

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 331 hits
Aku cabar UMNO masukan wajib undi sebagai manifesto pilihanraya dan jumlah denda biar tinggi sikit elok juga mandatori penjara dan sebatan
Masa Kecil Nak Sangat R4bun Baru Tau Seks4nya Penglihatan Elyana Dah Mula K4bur

Masa Kecil Nak Sangat R4bun Baru Tau Seks4nya Penglihatan Elyana Dah Mula K4bur

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 259 hits
Penyanyi dan pelakon Elyana berkongsi keadaan terkininya yang sedang menerima rawatan bagi k4ns3r limf0ma yang dihadapinya di sebuah hospital Menurut Elyana penglihatannya kini sudah semakin k4bur dan akui terk3san dengan perubahan itu Peng...
Dulu Jaja Ph Jual Sekarang Melayu Isle Pun Nak Jual Jugak

Dulu Jaja Ph Jual Sekarang Melayu Isle Pun Nak Jual Jugak

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 311 hits
MUKLIS EDY Dulu PAS UMNO kata semua asset negara dah dijual PHKiniAsset strategik untuk dijual oleh PAS UMNO Semua kena kencing atas nama bumiputra Percaya sangat kat UMNO PAS lingkup Ekonomi habis semua harta dijualnya
Ibu Ayah Kena Jadi Superhero Anak Anak Kalau Nak Masa Depan Mereka Terjamin Mulakan Dari Sekarang

Ibu Ayah Kena Jadi Superhero Anak Anak Kalau Nak Masa Depan Mereka Terjamin Mulakan Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 302 hits
Sebagai ibu bapa pastinya kita inginkan masa depan yang cerah buat anak anak supaya kehidupan mereka lebih terjamin Tapi bagaimana caranya untuk kita merancang masa hadapan anak anak Ibu bapa tidak perlu risau lagi kerana ibu bapa boleh mer...
Owhhhh Lupa Dia Ni Masa Dalam Kerajaan Ph Dulu

Owhhhh Lupa Dia Ni Masa Dalam Kerajaan Ph Dulu

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 212 hits
Hahaha First dia orang Mahathir Masa PH mentadbir 22 bulan dulu Mahathir yang jadi ketua Dia sendiri lantikan Mahathir Kenapa tak nasihat Mahathir Second dia orang Azmin Selepas PH dikhianati Azmin sentiasa ada dalam kerajaan Sentiasa jadi ...
Apa Macam Melayu Isle Masa Ph Dulu Hentam Kemain Sekarang Bagaimana Pula Ya Wahai Rakyat Malaysia Lihat Ini

Apa Macam Melayu Isle Masa Ph Dulu Hentam Kemain Sekarang Bagaimana Pula Ya Wahai Rakyat Malaysia Lihat Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 263 hits
PULANG PAKU BUAH KERAS NGATA ORANG TUHAN DAH BALAS MOHD MUKHLIS Bagi menghormati bulan Oktoberfest kerajaan Melayu Isle yang sekongkol dalam kerajaan bersama lebai PAS benarkan jual arak sampai hujung bulan Jangan lupa memandu lepas mabuk k...
Hiburan Nak Watak Sampingan Je Dulu Nana Sheme Teringin Nak Jadi Pelakon

Hiburan Nak Watak Sampingan Je Dulu Nana Sheme Teringin Nak Jadi Pelakon

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 362 hits
Setelah sekian lama berada dalam industri seni sebagai seorang penyanyi kini Nana Sheme bertekad untuk mencuba sesuatu baharu dan menceburi bidang lakonan pula ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementNana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi ber...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin