Masa Depan Kj Gelap Bersama Umno Bakal Dipecat Jumaat Ini


 
Walaupun mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO yang sepatutnya diadakan petang semalam telah dilapangkan, nasib bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dipercayai tetap tidak berubah.
Mesyuarat petang semalam antara lain dijadual membincangkan tindakan yang akan diambil terhadap Khairy atau KJ berhubung tuduhannya tentang kewujudan “perwakilan hantu” dalam PAU2022 baru-baru ini.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan ketika ditanya berkenaan kedudukan KJ semalam hanya menjawab ringkas bahawa nasib bekas Ahli Parlimen Rembau itu akan ditentukan “petang ini”.
Begitu pun, perkembangan terakhir sehingga petang semalam menunjukkan tiada sebarang mesyuarat diadakan di Bangunan UMNO di WTCKL.
Tiada sebarang sebab diberikan mengapa mesyuarat itu dilapangkan.
Sepatutnya, selepas kedudukan KJ diambil tindakan dalam mesyuarat Pengurusan dan Disiplin petang semalam, ia kemudian akan disahkan oleh MT UMNO yang akan bermesyuarat Jumaat ini.
Dalam kes KJ, beberapa maklumat daripada UMNO menyebut, kesnya akan terus dibincang serta diambil tindakan oleh mesyuarat MT yang akan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Dikatakan lagi, tuduhan KJ berkaitan “perwakilan hantu” adalah dakwaan yang serius yang tidak dapat dibuktikan kebenarannnya dan Zahid Hamidi diberitakan amat memandang serius berkenaan dengannya kerana ia menjejaskan imej UMNO.
Ketika PAU baru-baru ini, Zahid Hamidi sendiri nenyebut bahawa tindakan akan diambil terhadap KJ berhubung tuduhannya itu.
Dengan demikian, meskipun tanpa dibawa ke mesyuarat Pengurusan dan Disiplin UMNO terlebih dahulu, sebaliknya terus ke mesyuarat MT Jumaat ini, nasib KJ dikatakan tetap tidak akan berubah.
Maklumat daripada UMNO mengatakan, menantu Tun Abdullah Badawi itu hanya ada dua kemungkinan tentang nasib dirinya pada Jumaat ini.
Pertama, dipecat terus daripada UMNO sebagaimana diputuskan MT UMNO terhadap Annuar Musa sebelum ini.
Atau kedua, digantung keahlian selama enam tahun sepertimana hukuman yang dijatuhkan kepada bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, baru-baru ini.
Ini bermakna, apa pun salah satu hukuman yang akan dijatuhkan, masa depan KJ sudah boleh dikira gelap bersama UMNO.
Sama ada digantung enam tahun atau dipecat, beliau dengan sendirinya tidak boleh bertanding dalam pemilihan UMNO akan datang ini, baik di peringkat bahagian mahu pun pusat, bahkan tidak mungkin dicalonkan lagi dalam PRU16 nanti.
Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan yang akan memimpin UMNO berikutan lulusnya usul tiada pertandigan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, akan terus mengetuai parti mendepani PRU16 dan pemilihan UMNO yang seterusnya hanya akan diadakan selepas enam bulan kemudiannya.
Kecuali hanya dengan menyertai parti lain, UMNO nampaknya bukan lagi wadah untuk KJ mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 26/01/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/masa-depan-kj-gelap-bersama-umno-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Depan Umno Dengan Melayu Sudah Tiada Lagi

Masa Depan Umno Dengan Melayu Sudah Tiada Lagi

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 207 hits
satuberita myBy January 29 2023Presiden Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Pagoh di Dewan Kompleks Sukan Pagoh pada Sabtu KEPUTUSAN UMNO memecat serta menggantung ahlinya t...
Masa Depan Umno Bergantung Kepada Keputusan Prn Selepas Zahid Kekal Jadi Presiden

Masa Depan Umno Bergantung Kepada Keputusan Prn Selepas Zahid Kekal Jadi Presiden

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 211 hits
agendaily com18 01 2023UMNO akan bekerjasama dengan DAP menghadapi PRN di enam negeri tahun ini Selepas gagal mendapatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kini masa depan UMNO bergantung kepada keputusan di enam negeri yang bakal dia...
Kj Terus Sengat Umno Selepas Dipecat

Kj Terus Sengat Umno Selepas Dipecat

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 281 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berterusan menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung pemecatannya dari parti itu termasuk pemimpin lain menerima nasib sama atau digantung Memuatnaik gambar dirinya bersa...
Noh Dakwa Dipecat Dari Umno Serta Merta

Noh Dakwa Dipecat Dari Umno Serta Merta

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 163 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 27 2023 10 03 PMAnggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Noh Omar hari ini mendakwa dia dipecat daripada Umno Bercakap kepada media di luar ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur Noh berkata pada asalnya dia digant...
Bekas Timbalan Menteri Umno Yang Dipecat Mahu Sertai Pkr

Bekas Timbalan Menteri Umno Yang Dipecat Mahu Sertai Pkr

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 322 hits
FMT ReportersZahidi Zainul Abidin dipecat oleh Umno pada November lepas selepas bertanding sebagai calon bebas pada PRU15 setelah digugurkan oleh parti itu PETALING JAYA Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin akan menye...
Menilik 10 Tren Konsumen 2030 Kehidupan Masa Depan Yang Terdampak Iklim

Menilik 10 Tren Konsumen 2030 Kehidupan Masa Depan Yang Terdampak Iklim

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 437 hits
Tahun 2030 diprediksi menjadi tahun di mana akan terjadi perubahan iklim yang ekstrem menurut konsumen mereka akan mengandalkan koneksi sebagai solusi
Surat Pemecatan Dihantar Melalui Whatsapp Tun Faisal Dipecat Dari Umno Kerana

Surat Pemecatan Dihantar Melalui Whatsapp Tun Faisal Dipecat Dari Umno Kerana

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 224 hits
The ReporterTimbalan Keta UMNO Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz telah dipecat selepas Majlis Kerja Tertinggi UMNO bermesyuarat pada Jumaat lalu Perkara itu disahkan oleh Faisal sendiri melalui hantaran di Facebooknya semalam seperti mana ya...
32 Tahun Berkarir Di Daihatsu Amelia Tjandra Membangun Masa Depan Bersama Chery

32 Tahun Berkarir Di Daihatsu Amelia Tjandra Membangun Masa Depan Bersama Chery

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 240 hits
Baru pensiun sebagai Marketing Director dan Corporate Planning dan Communication Director PT Astra Daihatsu Motor pada Desember 2022 Amelia Tjandra memutuskan berlabuh kembali di industri otomotif Indonesia
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap

Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

Dari Mana Asalnya Air Kelapa