Masa Anak Anak Tidur Bisikan Bahawa Mereka Sayang Adik Beradik Cara Program Minda Bawah Sedar Anak


Mohon bantuan, macam mana nak bagi anak tak bergaduh? Situasi saya setiap hari musim PKP ni macam dibawah, penat dah jadi singa.
Mak Singa anak dua
Baca: Bila Gigi Susu Anak Dah Tumbuh, Kita Ada Tanggungjawab Untuk Jaga Gigi Mereka Dengan Baik
“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik.
“Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang
“Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.
Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama.
“Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.

Jawapan.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah. Betul tak?
Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya?
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin
‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.

Kat sini, ada 7 tips, macam mana nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah:
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
Baca: Tak Pernah Buat Roti Jala, Ini Panduan Cara Masak Untuk Amatur, Lembut & Confirm Jadi!
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.

Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
Salam Sayang
Sumber:
Ibu Rose
The post Masa Anak-Anak Tidur, Bisikan Bahawa Mereka Sayang Adik Beradik. Cara Program Minda Bawah Sedar Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masa-anak-anak-tidur-bisikan-bahawa-mereka-sayang-adik-beradik-cara-program-minda-bawah-sedar-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rezeki Ramai Adik Beradik Ibu Aiman Tino Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke 11 Secara Normal

Rezeki Ramai Adik Beradik Ibu Aiman Tino Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke 11 Secara Normal

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 541 hits
Punya keluarga yang ramai memang seronok Pasti meriah dengan adik beradik yang ramai dan punya macam macam karenah Itu mungkin yang dirasakan buat penyanyi Aiman Tino dan kakaknya Fara Hazel yang baru tiga hari lepas ibunya melahirkan seora...
Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 309 hits
Adakah En Ali Telah Membuat Hibah Amanah Perniagaan Kepada Anaknya Adakah Encik Ali yang sedang menjalankan perniagaan dan bercadang mahu mewariskan perniagaannya kepada anaknya dengan cara membuat hibah amanah Sebagai permulaan elok kita t...
Tak Sangka Atas Bawah Jahit Syukur Dapat Peluk Anak Walaupun Sakitnya Allah Tahu

Tak Sangka Atas Bawah Jahit Syukur Dapat Peluk Anak Walaupun Sakitnya Allah Tahu

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 316 hits
Setiap orang pengalaman bersalinnya berbeza Begitu juga bagi seorang ibu Jika pernah bersalin sebelum ini pun pasti akan merasai pengalaman lain bila melahirkan anak yang seterusnya Sakit memang sakit tapi demi anak kesakitan itu dihadapi d...
Sekejap Adik Beradik Sekejap Suami Isteri

Sekejap Adik Beradik Sekejap Suami Isteri

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 184 hits
Provided by Harian Metro ANTARA sekatan jalan raya yang diadakan di seluruh negara FOTO Arkib NSTPam hmetro com myHELAH pasangan kekasih bersama rakan lelaki daripada ditahan polis tidak menjadi apabila masing masing dikenakan kompaun RM1 0...
Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 697 hits
Semalam dua penyanyi yang juga merupakan adik beradik Aiman Tino dan Fara Hazel telah mendapat adik baru yang merupakan anak kesebelas dilahirkan ibu mereka Hazelina Mat Jalil Mereka mendapat adik perempuan yang dilahirkan di Hospital Selay...
Lucu Dan Menggemaskan Ini 10 Potret Anak Artis Yang Ikut Berjemur Di Bawah Panas Matahari Pagi

Lucu Dan Menggemaskan Ini 10 Potret Anak Artis Yang Ikut Berjemur Di Bawah Panas Matahari Pagi

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 257 hits
Apalagi di musim pandemi kayak gini orang tuanya bisa sekalian ikut berjemur demi menjaga kekebalan tubuh
Melukis Buat Otak Anak Berfikir Ada Cara Nak Rangsang Anak Pandai Melukis Ini Langkahnya

Melukis Buat Otak Anak Berfikir Ada Cara Nak Rangsang Anak Pandai Melukis Ini Langkahnya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 508 hits
Kemahiran anak anak kita tidak datang sendiri Benar bakat dan anugerah adalah kurniaan Allah namun kemahiran ini perlu terus dirangsang dan diasah sebaiknya agar kita dapat mengenal pasti dimanakah kebolehan si kecil kita Salah satu bakat y...
Rasa Berdosa Biarkan Keluarga Daif Anak Kecil Tidur Dengan Nyamuk Ebit Lew

Rasa Berdosa Biarkan Keluarga Daif Anak Kecil Tidur Dengan Nyamuk Ebit Lew

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 984 hits
KUALA LUMPUR Saya makan sedap rumah saya besar kenderaan banyak anak kecil ini pula tidur dengan nyamuk Demikian kata pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang mengibaratkan beliau berdosa sekiranya tidak membantu sebuah keluarga dikesan sudah...
Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

The Spring Of Malaysia Uae Relations

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Group Urges Selangor Ruler To Commute Sirul S Death Sentence

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters

Grs Man Says Hamzah Has No Solution Only Rhetoric


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Tak Habis Fikir Macam Mana Perkara Ini Boleh Berlaku Diatas Jalanraya Malaysia

Bocoran Unit Dummy Iphone Se 4 Tersebar Di Internet

Sangee Sharib Hashmi Shines With A Fun Performance In Malay

Mahkamah Agung Amerika Mengekalkan Perintah Pengharaman Terhadap Tiktok

Keadaan Akan Aman Jadi Untuk Apa Mahu Boikot Lagi Vincent Tan

Recycling Labels A Pathway To Sustainable Waste Management