Masa 3 Tahun Timor Disahkan Autism Khairy Anggap Anak Syurganya Rahmat Untuk Keluarga


Dikurniakan anak istimewa Autism Spectrum Disorder (ASD) bukanlah penghalang untuk Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan isteri, Nori Abdullah menyekat kebebasan anaknya seperti kanak-kanak normal lain.
Bagi Khairy dan Nori ketika ketika ditemubual secara eksklusif oleh Star2 dia akan memeriksa jadual anak kesayangan mereka, Timor yang sudah mempunyai rutinnya sendiri sepanjang hari.

Jadual itu lengkap dengan gambar dan visual tentang aktivitinya dan ia amat penting dalam memastikan kanak-kanak berusia 10 tahun itu berada dalam keadaan tenang dan terurus.
Timor mempunyai ASD dan seperti kebanyakan kanak-kanak (dan orang dewasa) pematuhan terhadap rutin harian adalah sangat penting.
Sebarang gangguan secara tiba-tiba terhadap rutin yang telah ditetapkan akan menyebabkannya seseorang itu mudah berasa cemas selain mudah mengamuk.
Tujuh tahun sejak Timor disahkan mempunyai autisme, Khairy dan Nori perlu berdepan dengan realiti bahawa anak mereka melihat dunia dengan cara berbeza dan perlukan perhatian berlainan daripada kanak-kanak normal.

“Jujurnya, anda tidak akan pernah faham kanak-kanak yang mempunyai ASD.
“Mereka hidup dalam dunia neurologi yang sangat berbeza berbanding dengan individu biasa. Saya tidak pernah faham apa dunia di mata Timor namun dari sudut positif kami sentiasa belajar perkara baharu,” katanya.
Timor tunjuk perbezaan sejak berusia dua tahun
Bercakap lanjut mengenai Timor, Nori memberitahu Timor mula menunjukkan petanda dia berbeza daripada kanak-kanak lain ketika usianya mencecah dua tahun.
“Dia banyak bersendiri dan berada dalam dunianya sahaja. Apabila usianya mencecah tiga tahun, agak jelas Timor mempunyai masalah.
“Ketika hari jadinya yang ketiga, kami mula perasan dia tidak mahu bermain dengan kanak-kanak lain dan hanya fokus kepada satu perkara. Kami membawanya berjumpa dengan pakar kanak-kanak dan doktor mengesahkan Timor mempunyai ASD,” katanya.
Mendengar perkhabaran anak kesayangan mereka mempunyai autisme bukan mudah kata Khairy.
“Diagnos mengatakan dia berlainan daripada orang lain memang mengejutkan. Sebagai ibu-bapa lain kami perlu tukar perancangan hidup, impian dan cita-cita untuk dirinya, berdasarkan keadaannya.
“Tetapi kami tahu pada masa sama kami perlu bantu Timor untuk menjadi seorang yang berdikari,” ujarnya.
Walaupun tidak bersedia dengan berita disampaikan, Khairy dan Nori memberitahu mereka sedar perlu menerima hakikat dalam membantu anak mereka.
Malah Timor juga sudah menghadiri terapi percakapan sebelum disahkan mempunyai ASD selain mula mempelajari Applied Behavior Analysis (ABA) iaitu terapi untuk kanak-kanak dengan autisme.
Malah di sekolah, Timor diajar tentang kemahiran hidup selain dia kini sedang belajar mengingati nombor telefon ibu-bapa dan alamat rumahnya.
ASD adalah masalah neurologi dengan gejala tertentu namun ia berbeza dalam setiap kanak-kanak atau pun orang dewasa bergantung kepada jenis dan tahap keadaan mereka.
Individu yang mempunyai autisme kebiasaannya mengalami masalah dalam berkomunikasi dan sosial, memproses deria selain melambatkan perkembangan zaman kanak-kanak mereka.
Selain itu, mereka kebiasaannya enggan mempunyai hubungan mata, tingkah laku berulang dan mempunyai fungsi motor yang lemah.
Meskipun tiada ubat yang boleh merawat autisme namun rawatan awal dan perhatian yang cukup mampu memberi perbezaan besar dalam kehidupan golongan ini.
“Kami terima hakikat dan terus mengambil langkah segera dalam apa perlu kami lakukan. Timor terus menjalani terapi dan pelbagai perkara berlaku sepanjang tempoh itu tetapi banyak kita belajar setiap hari.

“Timor berada dalam keadaan baik buat masa sekarang tetapi kami juga sedar ia adalah usaha berterusan. Kami tidak tahu apa akan terjadi esok… Keistimewaan dirinya sudah menjadi sebahagian daripada hidup kami,” kata Nori.
Timor adalah anak kedua daripada tiga beradik iaitu Jibreil, 11 dan Raif, 4 tahun.
“Jibreil sangat memahami keadaan adiknya malah tahu akan cabaran apabila berhadapan dengan Timor. Mereka mungkin tidak banyak berkomunikasi kerana ia adalah antara cabaran Timor, tetapi mereka berdua banyak berkongsi pelbagai aktiviti bersama seperti bergusti, bermain bersama.
“Raif? Dia juga faham apabila dia sentiasa melayan Timor berbeza daripada abangnya. Dia lebih menghormati Timor,” kata Khairy.

Timor ada banyak hobi
Seperti kanak-kanak lain seusianya, Timor juga mempunyai pelbagai hobi. Khairy memberitahu anaknya itu gemar melukis, berenang, berbasikal dan sebagainya.
“Dia menunggang kuda malah menyukai cuaca sejuk dan salji. Dia seorang yang ceria dan mempunyai zaman kanak-kanak yang menggembirakan. Saya secara peribadi merasakan dia seorang kanak-kanak yang hebat!,” kata Khairy.
Tiga tahun lalu, Khairy bercakap secara terbuka mengenai hubungannya dengan Timor selepas membaca sebuah buku berjudul Uniquely Human tentang autisme tulisan Dr Barry M. Prizant.
“Asas mesej dari buku itu adalah kita harus berhenti daripada cuba mengubah anak (dengan ASD) untuk sesuaikan dengan dunia kita sebaliknya kita mesti mengubah dunia untuk kesesuaian kanak-kanak dalam spektrum ini.
“Itu adalah idea yang besar dalam pemikiran neurologi dan banyak cara dan kaedah untuk mendekati orang yang mempunyai autisme,” katanya.
Terinspirasi dengan buku itu, Khairy memberitahu dia membeli puluhan buku itu untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan dalam usaha menyebarkan kesedaran tentang austime.
Ia juga mengubah cara mereka mendekati Timor dan ia membuatkan mereka lebih peka tentang keunikan Timor selain memupuk minatnya terhadap sesuatu perkara dengan caranya.
“Kami berharap dia dapat membesar sebagai seorang yang berdikari. Sebagai ibu-bapa saya kami harap dia dapat menjaga dirinya sendiri sekiranya kami tiada di sisinya.
“Kami juga mahu dia mencapai potensi diri. Kami tidak mahu memandang kepada kekurangannya. Timor gemar melukis dan dia sangat bagus dalam perkara itu. Bayangkan dia mampu melukis garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.
“Siapa tahu, suatu hari nanti dia boleh bergelar arkitek suatu hari nanti kalau dia mahu,” ujarnya.
Akses kepada terapi
Sementara itu, Khairy dan Nori memberitahu mereka sedar Timor sangat bertuah berbanding kanak-kanak lain apabila dapat menjalani terapi sejak awal.

Bagi membantu dan menyokong keluarga lain, Nori telah membuka sebuah gimnasium khas iaitu We Rock The Spectrum dalam usaha meningkatkan akses kepada golongan memerlukan.
“Baru-baru ini juga kami melancarkan program Therapy Through Play. Idea program itu adalah semua orang dapat akses kepada terapi.
“Kami memulakan program tajaan bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan. Kami mahu ibu-bapa hadir dan belajar tentang cara yang boleh dilakukan untuk membantu anak mereka,” katanya.
Bersempena dengan Bulan Kesedaran Autisme, Khairy dan Nori berharap masyarakat akan terbuka untuk membaca tentang autisme.
“Ia mungkin tidak memberi kesan kepada anda secara peribadi tetapi masih terdapat rakyat Malaysia tidak tahu mengenainya kerana jika masyarakat tidak sedar, kita turut menafikan peluang kanak-kanak dengan spektrum ini untuk mencapai potensi mereka,” ujarnya.
Sumber: mstar
The post Masa 3 Tahun Timor Disahkan Autism. Khairy Anggap Anak Syurganya Rahmat Untuk Keluarga appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masa-3-tahun-timor-disahkan-autism-khairy-anggap-anak-syurganya-rahmat-untuk-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak 5 Tahun Hanya Dibenarkan 1 Jam Masa Skrin Sehari Ketahui Garis Panduan Penggunaan Gajet

Anak 5 Tahun Hanya Dibenarkan 1 Jam Masa Skrin Sehari Ketahui Garis Panduan Penggunaan Gajet

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 347 hits
Apabila melangkah sahaja ke alam keibubapaan anda pasti tahu setiap dilema yang dihadapi ibu bapa daripada pemilihan susu sekolah makanan dan pelbagai lagi keputusan yang perlu dibuat Membuat keputusan mengenai si kecil anda bukanlah mudah ...
Bella Ajar Saya Bagaimana Menjadi Ibu Anak Sulung Membesar Dr Halina Sebak Cepatnya Masa Berlalu

Bella Ajar Saya Bagaimana Menjadi Ibu Anak Sulung Membesar Dr Halina Sebak Cepatnya Masa Berlalu

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 654 hits
Anak sulung peranannya sangat besar mengajar seorang wanita bagaimana menjadi seorang ibu buat kali pertama Kadangkala tidak sangka pantasnya masa berjalan si kecil makin membesar Datin Dr Halina sebak melihat anak sulungnya Sophea Isabella...
Baru Berumur 12 Tahun Anak Deddy Corbuzier Raih Penghasilan Hingga Ratusan Juta

Baru Berumur 12 Tahun Anak Deddy Corbuzier Raih Penghasilan Hingga Ratusan Juta

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 264 hits
Menjalani kesibukan sebagai seorang Youtuber tak hanya dilakukan oleh Deddy Corbuzier Hal itu pun ternyata dilakukan juga oleh sang anak Azka
Jom Habiskan Masa Santai Bersama Keluarga Tersayang Di Melaka Wonderland

Jom Habiskan Masa Santai Bersama Keluarga Tersayang Di Melaka Wonderland

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 415 hits
Jom habiskan masa santai bersama keluarga tersayang di Melaka Wonderland Assalamualaikum wbt Bila tiba musim cuti sekolah tak kisahlah cuti pendek ke panjang kebanyakan parents mesti tercari cari tempat best yang boleh dijadikan tempat meng...
Anak Nak Masuk 2 Kalau 10 Tahun Kahwin Mesti Ramai Syatilla Harap Bersalin Semudah Bersin

Anak Nak Masuk 2 Kalau 10 Tahun Kahwin Mesti Ramai Syatilla Harap Bersalin Semudah Bersin

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 286 hits
Anak nak masuk 2 orang bakal bersalin bulan ini aktres ini membayangkan anak ramai selepas 10 tahun usia perkahwinan Syatilla juga berharap proses beranak semudah bersin Ibu kepada si comel Syeriv Samheizy ini dijangka bersalin pada bulan A...
Kanak Kanak 9 Tahun Lemas Ketika Mandi Kolam Bersama Keluarga

Kanak Kanak 9 Tahun Lemas Ketika Mandi Kolam Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 278 hits
EDDY HAMIDI 31 Mac 2019 9 38 PM HULU SELANGOR Seorang kanak kanak lelaki maut akibat lemas ketika bermandi manda di kolam renang sebuah kelab golf di Bukit Beruntun
Bahaya Bawa Bayi Ke Panggung Wayang Panggung Wayang Bukan Tempat Untuk Anak Bawah 2 Tahun

Bahaya Bawa Bayi Ke Panggung Wayang Panggung Wayang Bukan Tempat Untuk Anak Bawah 2 Tahun

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 335 hits
Jika anda ke panggung wayang pasti anda dapat melihat beberapa pasangan yang membawa bayi ke panggung wayang Membawa bayi ke tempat tersebut seolah olah menjadi trend tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada bayi mereka Menerusi la...
Ibu Kongsi 10 Aktiviti Sensori Anak 2 Tahun Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Paling Penting Anak Seronok

Ibu Kongsi 10 Aktiviti Sensori Anak 2 Tahun Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Paling Penting Anak Seronok

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 2203 hits
Aktiviti sensori memang baik untuk si kecil Apa yang dilakukan oleh ibu ini boleh anda tiru Tak susah pun mana pun sebab kebanyakan bahan bahannya sudah ada di rumah Paling penting anak seronok enjoy Kanak kanak memang belajar sambil bermai...
Anak Menteri Positif Dadah Akan Didakwa Dalam Masa Terdekat

Anak Menteri Positif Dadah Akan Didakwa Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 297 hits
News Diterbitkan Hari ini 12 55 tengahariAnak menteri yang ditahan dan didapati positif dadah akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin Jelas Muhyiddin polis sudah menyerahkan kertas siasatan ke...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi