Mas Dua Kali Kena Godam
Sekumpulan penggodam, Lizard Squad yang mengaku bertanggungjawab dalam kegiatan penggodaman laman web Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mendakwa mereka memperoleh data maklumat milik pelanggan MAS
Dalam kenyataan kumpulan terbabit di laman sosial, antara data termasuk jadual penerbangan seorang VVIP dan bakal mendedahkannya kepada umum
Penggodam mendakwa daripada Lizard Squad berkata, kumpulan itu membuat kegiatan menggodam laman web dengan slogan 'kerana kami boleh' (because we can)
Nama Lizard Squad biasanya digunakan sebagai 'signature' dan diletakkan pada laman web yang digodam
Sebelum ini, Lizard Squad juga pernah mendakwa bertanggungjawab menyerang laman 'streaming' Michima, Inc dan pelayan Xbox
Agensi keselamatan 'online', CyberSecurity Malaysia (CSM) berpendapat, kes terbabit boleh dielakkan sekiranya pemantauan sistem nama domain (DNS) dilakukan secara kerap dan sentiasa dikemas kini
Naib Presiden Perkhidmatan Responsif CyberSecurity Malaysia, Dr Aswami Fadillah Mohd Ariffin berkata, insiden terbabit adalah kegiatan biasa penggodam dan boleh dielakkan dengan pemantauan secara kerap oleh MAS
"Selalunya, penggodam akan mengambil alih pelayan dan menukar tetapan sebelum menjangkitinya dengan 'malware'," katanya
Beliau turut mengingatkan pengguna Internet untuk segera menghubungi Cyber999 sekiranya berlaku aktiviti mencurigakan di Internet
Laman web rasmi MAS digodam dua kali iaitu jam 10 pagi dan jam 10.25 pagi semalam dan kemudiannya di sebelah petang oleh satu lagi kumpulan, Cyber Caliphate
Pengguna Internet yang melayari laman web rasmi itu dibawa ke laman web lain yang mempunyai imej pesawat Penerbangan Malaysia yang tertulis '404-Plane Not Found. Hacked by Lizard Squad."Kali kedua ia digodam, tertera di laman web itu imej menunjukkan cicak bersut hitam dan bertopi
Malah tulisan pada bahagian 'tab' laman web itu turut tertulis 'ISIS will prevail' atau IS akan kekal menjadi tanda tanya sama ada ia mempunyai kaitan dengan kumpulan itu
MAS dalam satu kenyataan media mengesahkan sistem domain digodam apabila setiap pelanggan dibawa ke laman web lain yang dibuat penggodam
Menurutnya, bagaimanapun pada tahap ini laman web MAS masih utuh
"MAS berhubung dengan pengendali perkhidmatan dan sistem dijangka kembali seperti biasa dalam tempoh 22 jam
"Kami juga melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Pengangkutan," katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan, semalam
Menurutnya, MAS memberi jaminan kepada pelanggan masalah ini tidak menjejaskan penempahan tiket sebelum ini dan maklumat pelanggan juga masih selamat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://fsterbaru.blogspot.com/2019/01/mas-dua-kali-kena-godam.html