Maruku Tiada Sijil Halal Gaji Pati Premis Kotor


rhgJuly 2, 2020
GUNA Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) tidak sah, menggaji tujuh pendatang asing tanpa izin (Pati) dan keadaan premis kotor.

Itu keadaan sebuah premis memproses muruku di Kajang yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pagi semalam.

Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Bahagian Pengurusan Halal (JAIS) menjalankan operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

“Pemeriksaan mendapati terdapat penggunaan logo halal yang tidak sah (logo generik) pada bungkusan produk makanan ringan muruku yang dijual.

“Hasil siasatan juga mendapati produk ini dijual secara meluas di pasar raya berhampiran, kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit di sekitar Hulu Langat, Cheras serta di platform e-dagang.

“Antara strategi pemasaran yang digunakan syarikat itu adalah menggunakan label jenama nama wanita Islam bertujuan mengelirukan masyarakat Islam kononnya produk itu keluaran produk muslim dan boleh dimakan oleh orang beragama Islam tanpa was-was,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, hasil semakan yang dilakukan dalam Sistem MYe-Halal Malaysia mendapati premis berkenaan bukan pemegang SPHM yang sah.

“Oleh itu, JAIS melakukan sitaan mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 membabitkan 138 kotak siap berbungkus (pelbagai peket), 960 kotak bertanda logo halal yang tidak sah (belum digunakan) dan pelbagai lagi.

“Anggaran nilai rampasan yang dilakukan adalah sebanyak RM14,819.

“Siasatan dijalankan mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabit kesalahan pemilik premis boleh didenda sehingga maksimum RM200,000,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dilakukan juga mendapati pemilik premis menggajikan sembilan pekerja membabitkan dua warga tempatan manakala tujuh lagi warga asing.

“Pekerja warga asing itu disyaki dari India dan tidak memiliki pasport atau permit kerja yang sah.

“Keadaan premis juga sangat kotor terutamanya di kawasan pemprosesan makanan dan pejabat kesihatan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap premis mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009 11(1)b kerana gagal menyediakan rekod latihan pengendali makanan dan 7(1) disebabkan tidak memperbaharui perakuan pendaftaran premis makanan.

“Tindakan arahan penutupan premis turut dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam terutamanya umat Islam agar sentiasa teliti terhadap logo halal yang dipamerkan dan pastikan ia adalah logo asli yang diiktiraf oleh JAIS atau JAKIM.

“Umat Islam perlu lebih peka terhadap produk yang mempamerkan logo halal dan sentiasa melakukan semakan terhadap logo dan produk halal di direktori Halal Malaysia (www.halal.gov.my) atau hubungi Bahagian Pengurusan Halal (JAIS) di talian 03-55143760/3486 bagi sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai status pensijilan yang dipamerkan pada produk makanan, minuman, kosmetik, premis makanan,barang gunaan atau pelbagai lagi, ” katanya.

HM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/maruku-tiada-sijil-halal-gaji-pati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Tegas Terhadap Pegawai Anggota Tentera Terlibat Penyeludupan Pati Panglima Atm

Tindakan Tegas Terhadap Pegawai Anggota Tentera Terlibat Penyeludupan Pati Panglima Atm

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 284 hits
LUNDU 21 Jun Angkatan Tentera Malaysia akan mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi dengan mana mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam jenayah pemerdagangan manusia Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata ketika ini pih...
Jangan Hanya Lantang Kritik Ngo Digesa Turun Padang Lihat Impak Kemasukan Pati

Jangan Hanya Lantang Kritik Ngo Digesa Turun Padang Lihat Impak Kemasukan Pati

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 237 hits
Aris Adi Tan Abdullah mempersoalkan NGO mengapa mereka tidak menyalahkan negara serantau yang tidak mengambil tindakan awal menyekat bot asing membawa PATI KUALA LUMPUR Badan bukan kerajaan disaran turun padang melihat sendiri implikasi neg...
Sindiket Laba Rm300 000 Seludup Pati Ke Malaysia Kata Pakar

Sindiket Laba Rm300 000 Seludup Pati Ke Malaysia Kata Pakar

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 376 hits
Mizan Mohammad Aslam berkata walaupun pihak berkuasa berjaya menahan PATI yang menyeludup ke Malaysia ia masih menelan kos tinggi untuk kerajaan membiayai warga asing itu di kem tahanan PETALING JAYA Seorang pakar keselamatan berkata pencer...
5 Anggota Tentera 13 Anggota Polis Ditahan Terlibat Penyeludupan Pati

5 Anggota Tentera 13 Anggota Polis Ditahan Terlibat Penyeludupan Pati

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 304 hits
TERKINI 5 anggota ATM dan 13 anggota PDRM berpangkat ASP dilaporkan telah ditahan selepas didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin selepas ber...
Premis Makanan Sumbang Pencemaran Kawasan Perairan

Premis Makanan Sumbang Pencemaran Kawasan Perairan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 1044 hits
PUTRAJAYA 8 JULAI Premis makanan antara yang dikesan melepaskan sisa makanan lemak minyak dan gris ke paip pembentungan awam dan sistem perparitan hingga menyebabkan pencemaran di kawasan perairan dan sungai kata Menteri Alam Sekitar dan Ai...
Alasan Kerajaan Pn Terhadap Pati

Alasan Kerajaan Pn Terhadap Pati

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 253 hits
Hamsona Hamzah untuk benarkan Pendatang Tanpa Izin bekerja semata mata nak jimatkan belanja Statistik Kes Positif Covid 19 menunjukkan majoriti adalah di kalangan warga asing termasuk PATI Takkan semata mata untuk menjimatkan perbelanjaan m...
18 Penguatkuasa Ditahan Seludup Pati

18 Penguatkuasa Ditahan Seludup Pati

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 287 hits
JOHOR BAHRU Polis Johor menahan 18 anggota penguatkuasa termasuk seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia selain anggota Angkatan Tentera Malaysia yang terbabit dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin di ...
Pati Rohingya Susup Melalui Laut Paling Tinggi Peng Hijrah Komen Ih

Pati Rohingya Susup Melalui Laut Paling Tinggi Peng Hijrah Komen Ih

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 319 hits
Etnik Rohingya Berselindung Di Pulau Sempadan Sebelum Masuk Ke MalaysiaLANGKAWI Peratusan pendatang tanpa izin etnik Rohingya menyusup masuk ke negara ini melalui laut adalah sangat tinggi berikutan sempadan perairan negara hanya 2 5 batu n...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip