Maruki Ramen Ramai Cakap Sedap Boleh Cuba Bila Teringin
Maruki Ramen - Ramai Cakap Sedap, Boleh Cuba Bila Teringin | Bila sebut tentang ramen, terus abang teringat pada negara Jepun dan Korea. Pernah juga abang cuba ramen ini tapi paling ohsem ramen Jepun kerana ramen Korea terus terfikir akan makanan mee segera sedangkan ramen Jepun adalah menu mee berkuah dan mee ini ada yang dibuat sendiri.
Sebagai rakyat Malaysia yang sana sini ada makanan sedap, sudah tentulah perkara yang melibatkan makanan seperti ini akan terus buat abang rasa terliur. Lagi-lagi jika ianya berkaitan dengan makanan harga murah.
Harga murah itu adalah bonus, apapun rasanya mestilah sedap! Kalau tak sedap, biar harga murah bagaimana sekalipun, rasanya susah juga nak dapatkan pelanggan. Tapi jika kebetulan rasanya sedap dan dijual pula dengan harga yang murah, itu memang ohsem!
Dalam banyak-banyak restoran dan tempat makan yang ada menawarkan menu ramen ini, abang tertarik pada Maruki Ramen. Restoran ini mendapat feedback yang positif dari pelanggan.Sempat jugalah abang godek serba sedikit tentang restoran ini dan nampaknya memang patut di cuba.
Dengan menggunakan ramuan segar dan mi ramen buatan sendiri, setiap mangkuk ramen kelihatan tidak dapat ditolak untuk cuba merasanya.
Maruki Ramen ini menyajikan menu ramen dalam pelbagai jenis. Lokasi restoran Maruki Ramen ini terletak di Lot 2-23, Level 2, The Linc KL No, 360, Jalan Tun Razak, Taman U Thant, 50400 Kuala Lumpur.
Banyak menu yang ditawarkan dan harganya boleh dikatakan, sangat berpatutan.
Maruki Ramen mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana dapur restoran ini dipelopori oleh seorang chef kelahiran Sapporo yang meningkatkan kemahirannya di Tokyo. Kerana itu keaslian rasa masakan Maruki Ramen sangat terjamin. Paling penting, mereka turut menjanjikan ramen yang dapat dinikmati oleh semua orang, halal dan sihat.
Chef yang bertanggungjawab untuk menu-menu di sini namanya adalah Chef Kita. Dan Chef Kita ini pernah dilatih di bawah master yang mengendalikan restoran ramen gaya omakase di kawasan Shibuya di Yoyogi, maka ramen yang ada di Maruki Ramen ini telah dipengaruhi oleh resipi yang disajikan di sana.
Secara keseluruhan, Maruki Ramen membawa perspektif baru yang konstruktif terhadap rasa ramen sambil menikmati dalam suasana yang sangat selesa di bawah pemandangan sekitar Lembah Klang yang menarik. Dengan adanya restoran ramen yang sedap seperti ini, secara tidak langsung rakyat Malaysia di bawa terus ke Jepun tanpa sedar, hanya dengan merasai makanannya.
Tak ada masa untuk terus pergi ke restoran untuk menikmati ramen sedap di Maruki Ramen ini? Tak ada masalah, boleh buat pesanan secara atas talian. Nak lebih mudah, buat pesanan melalui aplikasi Foodpanda. Abang lihat ramai juga maklumbalas baik dari pelanggan.
Walaupun ramen ini seakan chinese food kerana menunya dalam bentuk mee, tetapi rasanya lain daripada chinese food biasa. Para penggemar makanan cina dalam bentuk mee, eloklah cuba untuk tahu perbezaan rasanya itu dari segi apa.
Malas nak keluar dari rumah pun tak apa, guna saja servis penghantaran dari Foodpanda. Selain ramen ada lagi menu lain, terpulanglah pada diri sendiri nak cuba menu yang mana.
Bertuah orang KL kerana ada tempat makan menu ramen yang sempoi macam ni. Bila tiba-tiba rasa teringin nak makan ramen, boleh cuba menu-menu yang ada di restoran Maruki Ramen ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.abangrock.com/2021/01/restoran-ramen-halal-dan-sedap.html