Marquez Akhiri Badi Litar Red Bull Ring




AUSTRIA – Marc Marquez terus membuktikan dirinya adalah pencabar dunia apabila meraih kemenangan keenam berturut-turut pada Grand Prix (GP) Austria menjadikan keseluruhan kesembilan musim ini dalam karier perlumbaannya yang ke-1,000 dalam kelas perdana.
Lebih manis, kejayaan itu hadir di satu-satunya litar yang belum pernah ditawan juara dunia MotoGP enam kali itu di Litar Red Bull Ring ketika masih bersama Honda, malah sering dikecewakan jentera Ducati sebelum ini.
Namun, sejarah lalu dengan kisah ngeri terutama empat pembedahan pada lengan, masalah penglihatan berganda serta beberapa kali patah tulang antara 2020 hingga 2023, tidak lagi menghantui Marquez selepas beralih ke Ducati.
“Saya selalu tewas dengan jentera merah tapi kini saya menunggang motor merah tersebut hari ini. Saya benar-benar rasa gembira kerana akhirnya melakar kemenangan di litar ini.
“Ibarat saya seperti dilahirkan semula. Ketika saya menang enam kali berturut-turut pada 2014, umur saya ketika itu 21 tahun.
“Kini saya 32 tahun, daripada apa yang telah saya lalui, pencapaian ini sangat luar biasa. Saya hanya mahu menikmatinya dan terus tersenyum,” kata Marquez.
Meskipun bermula dari petak kedua selepas terbabas ketika sesi kelayakan, Marquez tetap tenang dan penuh keyakinan mengekori rapat Marco Bezzecchi selama 19 pusingan sebelum memintas di selekoh pertama.
Berbaki sembilan perlumbaan serta kelebihan 142 mata mengatasi adiknya, Alex Marquez, kejuaraan dunia ketujuh kelihatan hampir menjadi miliknya sekali gus meletakkannya sebaris legenda Valentino Rossi.
Ketika Marquez semakin sukar digugat, rakan sepasukannya di Ducati, Francesco Bagnaia pula terus bergelut mencari rentak.
Juara dunia dua kali itu yang sebelum ini kebal di Austria selama tiga musim berturut-turut kini terperangkap dengan jentera baharu Itali itu apabila menamatkan saingan di tempat kelapan, ketinggalan 197 mata di belakang Marquez. – AGENSI




Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/18/marquez-akhiri-badi-litar-red-bull-ring/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Leaders May Have Broken Laws With Cow Bull Analogy Says Minister

Pas Leaders May Have Broken Laws With Cow Bull Analogy Says Minister

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 414 hits
Azalina Othman Said suggests they either do better or lawyer up Law and institutional reform minister Azalina Othman Said said the PAS leaders may have breached several provisions in the Penal Code with their remarks PETALING JAYA Law and i...
Kelantan Red Warrior Bebas Sekatan Fifa

Kelantan Red Warrior Bebas Sekatan Fifa

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 168 hits
Foto NSTP KUALA LUMPUR Selepas Kelantan The Real Warriors kini giliran satu lagi kelab dari negeri itu Kelantan Red Warrior FC mendapat perkhabaran gembira apabila bebas daripada sekatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa Perkembangan itu m...
Rindu Ke Teka Gambar Litar Terkini Pemandu F1 Tersilap Sebut Litar Sepang

Rindu Ke Teka Gambar Litar Terkini Pemandu F1 Tersilap Sebut Litar Sepang

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 244 hits
Rindu Ke Teka Gambar Litar Terkini Pemandu F1 Tersilap Sebut Litar Sepang Sebelum ini tular satu perkongsian yang memaparkan kebanyakan pengguna media sosial di luar negara memilih Litar Sepang sebagai salah satu lokasi yang perlu mengadaka...
Arsenal Yakin Mampu Akhiri Kemarau Trofi Arteta

Arsenal Yakin Mampu Akhiri Kemarau Trofi Arteta

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 250 hits
Arsenal yakin mampu akhiri kemarau trofi Arteta MIKEL Arteta yakin kemampuan barisan pemainnya mengharungi musim baharu FOTO AFP London Pengurus Arsenal Mikel Arteta berkata pasukannya yakin musim ini akan menyaksikan perubahan ketika merek...
Zii Jia Kembali Mahu Akhiri Kempen Di Paris Tanpa Kecederaan

Zii Jia Kembali Mahu Akhiri Kempen Di Paris Tanpa Kecederaan

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 379 hits
Zii Jia kembali menghangatkan saingan kompetitif apabila akan beraksi pada Kejohanan Dunia di Paris minggu depan Foto Instagram Team LZJ PEMAIN perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia kembali mewarnai pentas antarabangsa apabila akan menyert...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Security Alert Unusual Login Notification

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia

Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Tauhu Wrap Daging Resipi Sihat Mudah Yang Paling Padu