Marilah Kita Berjanji Pulihkan Malaysia Dari Covid 19


Ismail Sabri berucap dalam Perutusan Hari Kebangsaan ke-64 yang disiarkan secara langsung pada Isnin.
Kenali sejarah untuk bangkit daripada kemelut – PM

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak seluruh rakyat berjanji sempena tarikh keramat 31 Ogos untuk bersama-sama memulihkan negara dan terus berjuang dalam peperangan melawan pandemik Covid-19 yang diyakini akan berakhir dengan kemenangan.

Beliau berkata, bagi tujuan tersebut, rakyat perlu mewarisi semangat kebersamaan ditunjukkan oleh tokoh-tokoh negara yang berjasa dalam pembentukan Malaysia satu ketika dahulu.

Antara tokoh itu, Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Ismail Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun H S Lee dan Tun V T Sambanthan.

Tidak terkecuali dari Sabah dan Sarawak seperti Tun Datu Mustapha, Tun Muhammad Fuad Stephens, Tun Abdul Rahman Ya’kub dan Tun Temenggong Jugah.

“Pada tarikh keramat ini, marilah kita berjanji untuk bersama-sama memulihkan negara yang telah terbina tanpa mengira batasan agama, bangsa dan kaum.

Merdekakan negara daripada krisis Covid-19, ekonomi “Saya amat berharap, hasil kerjasama daripada kita semua, tahun ini menjadi tahun terakhir kita merayakan Sambutan Hari Kemerdekaan dalam suasana peperangan melawan pandemik Covid-19.

“Marilah kita memerdekakan negara kita daripada pandemik ini, daripada kegawatan ekonomi dan ketidakstabilan politik,” katanya dalam Perutusan Hari Kebangsaan ke-64 yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Beliau turut mengajak Keluarga Malaysia menyusur sejarah perjuangan mempertahankan kemerdekaan dan merebut kembali tanah air selepas dijajah selama 446 tahun oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Ujarnya, sepanjang tempoh lebih empat abad itu, tidak terhitung nyawa yang terkorban dan harta benda namun, semangat perjuangan tidak pernah patah atau luntur malah sentiasa bercambah serta semakin kukuh seperti mana yang diwarisi kini.

“Antara tokoh besar yang perlu diingati oleh generasi sekarang ialah Datuk Maharaja Lela, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Naning, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Datu Mat Salleh, Rosli Dhoby dan lain-lain.

“Perjuangan menuntut kemerdekaan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, telah menyatukan seluruh kepimpinan tanpa mengira garis politik dalam menolak gagasan Malayan Union.

“Inilah sebenarnya semangat dan perjuangan yang telah wujud sejak dulu lagi, dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanah air,” tegas beliau.

Jelasnya lagi, nilai kemerdekaan negara ini terus dipelihara oleh kesemua Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ismail Sabri berkata, negara berterima kasih kepada perjuangan dan pengorbanan seluruh yang terlibat terutama anggota keselamatan, tentera dan polis sejak dahulu sehingga kini.

“Setiap negara yang mahu bangkit daripada sebarang kemelut perlu mengenali sejarah. Individu yang mengenali sejarah akan memiliki jati diri yang kukuh dan saling menghormati.

“Yang paling utama ialah mereka akan memiliki fikiran yang fokus dalam mengatasi apa pun cabaran sebagai sebuah keluarga besar, Keluarga Malaysia.

“Cabaran yang sedang kita hadapi hari ini belum pernah ditempuhi sebarang pemimpin dan kerajaan sebelum ini. Kini kita berdepan dengan beberapa cabaran serentak iaitu wabak penyakit dan kegawatan ekonomi,” jelasnya.

Tambah beliau, seluruh Keluarga Malaysia diminta segera mendapatkan vaksin sebagai salah satu ikhtiar pemulihan negara kerana ia terbukti memberi impak positif. “Berpandukan data dan fakta, yakinlah bahawa hanya melalui kerjasama penuh daripada semua pihak, peperangan melawan pandemik Covid-19 akan berakhir dengan kemenangan,” katanya. - Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/marilah-kita-berjanji-pulihkan-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Malaysia Masuk Fasa Endemik Hujung Oktober Khairy

Covid 19 Malaysia Masuk Fasa Endemik Hujung Oktober Khairy

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 131 hits
Fareez AzmanSeptember 1 2021 Khairy berkata rakyat perlu menerima konsep hidup bersama virus meskipun negara berjaya mengawal pandemik COVID 19 Gambar failPUTRAJAYA Malaysia bakal memasuki fasa endemik COVID 19 bermula hujung Oktober ini ka...
Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 194 hits
18 762 Kes Positif Baharu COVID 19 PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 18 762 kes baharu Covid 19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1 765 016 kes setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkat...
Dine Ins Allowed But Some Restaurants Still Cautious As Covid 19 Surges On In Malaysia

Dine Ins Allowed But Some Restaurants Still Cautious As Covid 19 Surges On In Malaysia

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 187 hits
Patrons pack food to go at mixed rice restaurant T23 at USJ 10 Subang Jaya August 25 2021 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Aug 27 More than a week since the government permitted fully vaccinated patrons to dine in at eateries and resta...
Selangor Pinjamkan 500 000 Dos Stok Vaksin Covid Kepada Kerajaan Malaysia

Selangor Pinjamkan 500 000 Dos Stok Vaksin Covid Kepada Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 342 hits
Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama yang berjaya menyuntik vaksin Covid 19 dos pertama kepada 98 populasi penduduknya Lebih manis lagi Selangor juga menjadi negeri pertama yang berupaya meminjamkan 500 000 dos stok vaks...
Rise Above Partisanship So Malaysia Can Recover From Covid Crisis Kit Siang Tells All Parties

Rise Above Partisanship So Malaysia Can Recover From Covid Crisis Kit Siang Tells All Parties

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 172 hits
DAP s Lim Kit Siang urged his fellow politicians today to rise above their party ideologies and work together so the country can move forward in the face of the Covid 19 pandemic The veteran lawmaker said national unity should take preceden...
Malaysia Ranks Dead Last On Bloomberg S Covid Resilience Score

Malaysia Ranks Dead Last On Bloomberg S Covid Resilience Score

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 249 hits
Malaysia has been ranked last by the economic newswire service Bloomberg in the country s ability to provide some sense of normalcy amid the Covid 19 pandemic This is out of 53 of the world s largest economies surveyed for Bloomberg s month...
Covid 19 Tiada Varian Lambda Dikesan Di Malaysia Setakat Ini Noor Hisham

Covid 19 Tiada Varian Lambda Dikesan Di Malaysia Setakat Ini Noor Hisham

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 258 hits
Ketua Pengarah Kesihatan menafikan kemunculan Varian Lambda di negara ini Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Kesihatan menafikan kemunculan varian Lambda di negara ini Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian penjujukan genom ya...
Kajian Dakwa Malaysia Paling Teruk Didiami Semasa Covid 19

Kajian Dakwa Malaysia Paling Teruk Didiami Semasa Covid 19

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 168 hits
Sukarelawan memakai sut perlindungan diri bagi mengebumikan mayat mangsa Covid 19 di Tanah Perkuburan Muslim Raudhatul Sakinah di Kuala Lumpur pada 15 Jun lalu AFP KUALA LUMPUR Satu kajian baharu menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara...
Malaysia Perlukan Anwar Sebagai Pm Bawa Dasar Baharu Tangani Covid 19

Malaysia Perlukan Anwar Sebagai Pm Bawa Dasar Baharu Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 267 hits
Lim Kit Siang sifatkan PH lebih berkemampuan menangani krisis yang kini dihadapi negara Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baharu untuk membawa masuk pasukan dan dasar yang lebih segar untuk menangani krisis kesihatan...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan