Lantiklah Najib Jadi Ketua Cyberwar Bertaraf Menteri Atau Beliau Nak Jadi Pm Sekali Lagi




Harus diakui ketika ini Najib Razak cukup terkehadapan dari segi menggunakan media sosialnya berbanding lain-lain pemimpin dalam gabungan tidak berdaftar PN untuk membela dan mempertahankan kerajaan.Beliau jauh mendahului Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO Zahid Hamidi, Presiden Pas, Hadi Awang, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah dan semua pemimpin yang ada dalam PN.Tidak cukup dengan itu, keberkesanan Najib menggunakan media sosial mempertahankan kerajaan juga lebih ke hadapan berbanding empat menteri kanan yang dilantik Muhyiddin, tidak kira sama ada menteri kanan paling kanan, menteri kanan terkiri atau menteri kanan yang tak bergerak ke kini dan ke kanan.Semua mereka sekarang ini dikalahkan oleh Najib dari keberkesanan dan keaktifan memanfaatkan media sosial.Malah, keaktifan dan keberkesanan Najib dalam mempertahan kerajaan juga jauh lebih baik dan berfungsi berbanding ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri dahulu.Agaknya, pasukan yang membantunya sekarang benar-benar berfungsi dengan baik, berdisiplin dan rajin bekerja serta bukan lagi “team menghabiskan beras” yang pernah disebutnya sebelum ini.Sekarang ini, melalui media sosialnya, semua isu ditapaunya dengan pantas dan berkesan.Baik mempertahankan kerajaan, menyerang Tun Mahathir, membelasah pemimpin-pemimpin pembangkang, menyindir kerajaan lama PH, mempertahankan dan mempromosi dirinya sendiri, bahkan boleh dikata apa saja isu yang berbangkit yang menjadi perhatian ramai, daripada yang sebesar-besarnya hinggalah sekecil-kecilnya, semua diulasnya dengan baik.Pendeknya, Najib kini adalah panglima siber paling mantap dan terkehadapan sekali di negara ini, terutama dari segi membela dan mempertahankan kerajaan.Tetapi, peranan berkesan yang dimainkan Najib itu tidak pula pernah mendapat apa-apa pengiktirafan atau ucapan terima kasih daripada Perdana Menteri, Muhyiddin.Dalam hal ini, tidak bolehkah Najib dilantik mengetuai mana-mana GLC atau dijadikan panglima siber bertaraf menteri sebagai mengiktiraf sumbangan dan peranannya membela kerajaan?Begitu pun, ada yang berkata, Najib tidak boleh diberikan apa-apa jawatan kerana kes mahkamahnya sedang berjalan ketika ini.Sebenarnya, sesuai dengan konsep seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, tidak ada apa salahnya memberikan Najib apa-apa jawatan yang difikirkan sesuai dengan kedudukan dan peranan yang boleh digalasnya.Oleh itu, kalau pun Muhyiddin tidak mahu melantiknya mengetuai mana-mana GLC, menjadikannya ketua siber kerajaan bertaraf menteri tentu tidak menjadi kesalahan?Walaupun wang tidak pernah menjadi masalah dalam kehidupan Najib, setidak-tidaknya memberi pengiktirafan atau penghargaan yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini – ketua siber kerajaan bertaraf menteri- tentu penting dalam hidup bekas Perdana Menteri itu.Tambahan lagi, dengan pelbagai isu yang berlegar membelit kerajaan dan menghenyak Muhyiddin sekarang ini, beliau selaku Perdana Menteri seperti tidak dipertahankan oleh sesiapa daripada PN, baik oleh Bersatu, UMNO, Pas serta lain-lainnya dan seolah-olah juga PMO sendiri tiada unit medianya sendiri untuk mempertahankan boss mereka yang sedang dihentam kiri dan kanan.Sementara pejuang siber pro UMNO turut banyak menghentam Muhyiddin, satu-satunya yang nampak telah berperanan serta boleh dipertingkatkan lagi peranannya membela kerajaan hanyalah Najib seorang.Untuk itu, memberi pengiktifaran dan penghargaan kepada Najib bukan saja bersesuaian, malah tidak merupakan suatu kesalahan.Selain itu, tidak kurang yang berkata, Najib tidak perlu semua jawatan, kedudukan dalam kerajaan atau apa-apa pengiktirafan kerana apa yang dilakukannya sekarang, selain untuk membersihkan namanya dan menjadikan dirinya sibuk, beliau juga diperkatakan sedang berjuang untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.Dikatakan dengan popularitinya yang lebih meningkat sekarang ini, jika UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional berjaya memenangi PRU akan datang, berdasarkan senarai pemimpin UMNO yang ada, hanya Najib saja yang paling layak menjadi Perdana Menteri.Jika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali melalui parti yang berbeza, bolehkah Najib juga menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua, tetapi melalui parti yang sama? 
(Shahbudindotcom 23/05/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/lantiklah-najib-jadi-ketua-cyberwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Dulukan Puasa Qada Puasa 6 Atau Boleh Gabung Menteri Hal Ehwal Agama Bagi Pencerahan

Nak Dulukan Puasa Qada Puasa 6 Atau Boleh Gabung Menteri Hal Ehwal Agama Bagi Pencerahan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 289 hits
Bagi kaum wanita puasa bulan Ramadan memang jarang dapat berpuasa sehingga 30 hari Walaupun telah diberikan keistimewaan tetapi puasa yang ditinggalkan perlu diganti atau qada Foto Gambar hiasanBerpuasa 6 di bulan Syawal dijanjikan pahala u...
Ph Ni Menteri Agama Baik Dan Warak Macam Dr Zul Pun Dia Orang Nak Perjahatkan

Ph Ni Menteri Agama Baik Dan Warak Macam Dr Zul Pun Dia Orang Nak Perjahatkan

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 499 hits
Sekurang kurang terdapat lima laporan polis dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad kerana didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan Berdasarkan beberapa laporan polis pengadu membuat laporan itu berhubung...
Ekoran Artikel Terkini Mahathir Mahathir Nyanyuk Atau Najib Yang Betul

Ekoran Artikel Terkini Mahathir Mahathir Nyanyuk Atau Najib Yang Betul

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 356 hits
Entah kenapa PM4 7 7i serang saya sekali lagi hari ini dalam posting terbaru dia Tapi satu sahaja yang tarik minat saya Dia sekali lagi tuduh penyangak matawang sebagai punca krisis ekonomi Malaysia pada tahun 1997 1998 Tapi dia pun dah lam...
Najib Nak Jadi Pm Lagi

Najib Nak Jadi Pm Lagi

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 1232 hits
Hari ini kalangan pemimpin UMNO mendedahkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya meminta untuk dilantik menjadi Pengerusi Barisan Nasional boss ku ada angan angan nak jadi PM lagiSetelah doa PAS memohon untuk dihancurkan UMNO dipanjatkan P...
Najib Razak Bersalah Atau Tidak Dia Tetap Bersalah

Najib Razak Bersalah Atau Tidak Dia Tetap Bersalah

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 512 hits
Perbicaraan kes Najib Razak yang akan bersambung pada 13 Mei ini Kes Najib Razak ini menimbulkan persoalan kepada ramai netizen ye kita tahu bahawa Najib Razak telah dibicarakan atas pertuduhan kesalahan yang melibatkan dana 1MDB yang berju...
Mb Tempang Kalau Nak Hasut Pun Dap Perlu Lebih Bijak Sedikit Sinis Najib

Mb Tempang Kalau Nak Hasut Pun Dap Perlu Lebih Bijak Sedikit Sinis Najib

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 331 hits
Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyindir wakil rakyat Dap Perak Dr Abdul Aziz Bari agar perlu lebih bijak jika mahu menghasut rakyat Najib memberi reaksi demikian mengenai tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri Teb...
Ada Cara Nak Mencegah Kerosakan Gigi Pada Anak Lepas Ni Tiada Lagi Gigi Rongak Atau Berlubang

Ada Cara Nak Mencegah Kerosakan Gigi Pada Anak Lepas Ni Tiada Lagi Gigi Rongak Atau Berlubang

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 420 hits
Masalah gigi rongak gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak kanak Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang Masalah kerosakan gigi pada kanak kanak ini berlaku diseb...
Nzdusd Nak Turun Atau Naik

Nzdusd Nak Turun Atau Naik

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 424 hits
TradingView Chart BEGIN var tradingview embed options tradingview embed options width 640 tradingview embed options height 400 tradingview embed options chart Z04vTWzi new TradingView chart Kalau tengok pada daily chart ia lebih kepada retr...
Sekejap Letak Jawatan Pm Sekejap Nak Jadi Pm Semula Tun M Buat Najib Keliru

Sekejap Letak Jawatan Pm Sekejap Nak Jadi Pm Semula Tun M Buat Najib Keliru

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 447 hits
Belum lagi reda dengan pandemik Covid 19 nampaknya Malaysia berkemungkinan terpaksa berhadapan sekali lagi dengan krisis politik Menerusi laporan berita Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof telah menerima usul undi tidak pe...
Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Garlic Oyster Lamb

Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Awie Riez Luka Chord

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fasilitas Nuklir Diserang Iran Balas Tembakkan Rudal Balistik Kheibar Shekan

Petua Atasi Stres Kerja

4 Langkah Kecemasan Untuk Bantu Mangsa Tercekik Info Penting Untuk Semua

Cekodok Pisang Di London

5 Tips Keselamatan Jalan Raya

T22d02 Gigi Susu Aina Tercabut Buat Pertama Kali