Tak Dapat Pm 8 Anwar Nak Rembat Mb S Ngor Pula




ANWAR IBRAHIM, MENTERI BESAR SELANGOR KE-17?
Setelah tidak berjaya lagi untuk menjadi Perdana Menteri ke-8, semalam ada ura-ura bahawa Anwar Ibrahim akan mengorak langkah untuk menjadi Menteri Besar Selangor pula.

Mengikut khabar ini, seorang ADUN PKR yang setia kepada Anwar akan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN lantas menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Ini seperti yang mereka telah lakukan dengan Langkah Kajang dan Langkah Port Dickson sebelum ini.

Biasanya saya tidak memberi banyak perhatian kepada khabar-khabar angin dan ura-ura.

Namun dalam hal ini saya lihat kini Anwar sedang terdesak untuk menyelamatkan partinya PKR setelah ramai wakil-wakil rakyatnya melompat parti, dan beratus-ratus pemimpin PKR dibuang serta ramai lagi yang keluar parti secara sukarela baru-baru ini.

Semua daripada mereka ini adalah pengikut-pengikut Azmin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR dan bekas Menteri Besar Selangor yang kini telah bertukar parti ke Bersatu dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Antara pengikut Azmin tersebut adalah Menteri Besar Selangor sekarang iaitu Amiruddin Shaari.

Amiruddin belum lagi melompat parti mengikut Azmin kerana dia (Amiruddin) pastinya risau akan tindakbalas ADUN-ADUN DAP dan PAN dalam Kerajaan PH Selangor yang akan menolaknya dan menjatuhkan kerajaan PH Selangor dan kedudukannya sebagai Menteri Besar sekiranya dia menukar parti.


Anwar tentunya tahu dia perlu mengukuhkan kuasanya dalam PKR setelah episod perpecahan parti di atas.

Untuk ini dia perlu mengambilalih dan mengawal sumber kewangan terbesar PKR secara langsung atau tidak langsung iaitu Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk kelangsungan dan survival politiknya, dia tidak boleh membiarkan sumber kewangan ini dikawal oleh orang Azmin.

Tanpa sumber ini, cita-cita politik Anwar akan menjadi semakin malap.
Dua tahun lepas saya pernah menulis bahawa PKR menggunakan hasil cukai kerajaan negeri Selangor untuk membiayai dana politik mereka.

Selepas mengambil alih kerajaan negeri di Selangor dan Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin Pakatan (PKR/DAP) telah memutuskan untuk menaikkan cukai negeri terutama cukai berkaitan hartanah, perumahan dan perniagaan.
Sejak itu, kenaikan kutipan cukai kerajaan negeri di kedua-dua negeri ini telah mencecah sehingga 400 peratus.

Semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), hasil kutipan cukai yang dikutip oleh kerajaan negeri Selangor adalah tidak melebihi RM500 juta.

Namun sebaik selepas PKR mengambilalih Selangor, dalam tempoh beberapa tahun sahaja mereka telah mengutip lebih daripada RM2 billion cukai daripada rakyat, empat kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah cukai yang dikutip oleh kerajaan sebelumnya.

Kos sara hidup di Selangor telah meningkat mendadak kerana peningkatan cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri tersebut.

Walaupun demikian, masalah-masalah asas seperti masalah air, masalah sampah sarap, masalah perparitan, masalah banjir, masalah denggi, masalah jalan berlopak dan sebagainya di Selangor masih terus berleluasa dan tidak diselesaikan.
Anwar pastinya tahu dia perlu mengawal sumber kewangan yang besar ini dan pada masa yang sama "membersihkan" orang-orang Azmin di negeri kubunya Selangor.

Untuk ini dia tidak ada banyak pilihan lain selain mengambilalih sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-17 dan menendang orang Azmin keluar, sebelum dia (Anwar) boleh mengorak langkah seterusnya ke Putrajaya.

Dia tidak boleh lagi mengharap kepada orang lain untuk menjadi proksinya kerana dia telah banyak ditikam belakang sebelum ini.

Daripada 56 ADUN di Dewan Undangan Negeri Selangor, 16 ADUN DAP dan 8 ADUN PAN tentunya akan menyokong Anwar; Ini di samping lebih separuh daripada 19 ADUN-ADUN PKR yang masih setia kepadanya.

Allah selamatkanlah Negeri Selangor (daripada Anwar, PKR dan DAP).

ISHAM JALIL
22 Mei 2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berapa banyak wang rakyat terpaksa dikeluarkan apabila mengikut selera pemimpin-pemimpin seperti Anwar dan keluarganya?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/tak-dapat-pm-8-anwar-nak-rembat-mb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Pun Tak Suka Dap Anwar Rakaman Suara Mirip Dr Mahathir Pula Tersebar

Saya Pun Tak Suka Dap Anwar Rakaman Suara Mirip Dr Mahathir Pula Tersebar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 257 hits
Rakaman audio yang mula disebarkan dipercayai suara Dr Mahathir kedengaran sedang membentangkan semula intipati dan keputusan mesyuarat MPT Bersatu Gambar failKUALA LUMPUR Sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Majlis Pimpinan Tert...
Mahathir Pula Nak Pecat Muhyiddin

Mahathir Pula Nak Pecat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 351 hits
TUN Dr Mahathir Mohamad akan membawa isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Katanya perkara itu akan dilakukan menerusi mesyuarat berkenaan Kita me...
Mahathir Nak Perangkap Anwar Nak Umum Bersatu Masih Dalam Ph

Mahathir Nak Perangkap Anwar Nak Umum Bersatu Masih Dalam Ph

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 320 hits
Dr Mahathir Mohamad jemput Anwar bersama mereka untuk sidang media selepas parlimen atau tujuan nak umum PPBM masih bersama PH jika Anwar ada Anwar terperangkan aguk aje Tapi rupanya Anwar bijak juga setelah 2 kali kena kencing dengan Mahat...
Anwar Mahathir Nak Heret Rakyat Lagi Peluang Ph Memerintah Rakyat Dah Bagi Zero

Anwar Mahathir Nak Heret Rakyat Lagi Peluang Ph Memerintah Rakyat Dah Bagi Zero

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 333 hits
Kerajaan Perikatan Nasional hari ini tidak sah kerana dibentuk tanpa mendapat mandat daripada rakyat tegas Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Kedua dua pemimpin politik itu berkata kini masanya telah tiba agar...
Bukan Nak Tolong Orang Ramai Berpusu Pusu Rembat Bahan Mentah Dari Lori Kemalangan

Bukan Nak Tolong Orang Ramai Berpusu Pusu Rembat Bahan Mentah Dari Lori Kemalangan

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 439 hits
Baru baru ini berlaku satu kemalangan di Kilometer 13 jalan Saratok Betong di Saratok Sarawak pagi tadi melibatkan dua buah lori yang bertembung Sebuah lori membawa muatan bahan binaan manakala sebuah lagi membawa bahan mentah berupa daging...
Sugu Pavithra Nak Masak Untuk Semua Jiran Gunakan Barangan Asas Yang Pm Bagi

Sugu Pavithra Nak Masak Untuk Semua Jiran Gunakan Barangan Asas Yang Pm Bagi

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 445 hits
Viral Pasangan YouTuber suami isteri yang menggunakan nama Sugu Pavithra berhasrat memasak untuk semua jiran tetangga menggunakan barangan asas yang dihadiahkan Perdana Menteri Tan Sir Muhyiddin Yassin Terharu dengan pemberian PM S Pavithra...
Esok Lusa Dah Nak Raya Penjawat Awam Dari Kementerian Kewangan Nak Tanya

Esok Lusa Dah Nak Raya Penjawat Awam Dari Kementerian Kewangan Nak Tanya

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 405 hits
17th May 2020 Saya Penjawat Awam dari Kementerian Kewangan nak ucapkan ribuan terima kasih kpd PM TS Muhyiddin Yassin diatas pemberian khas RM500 kepada penjawat awam tahun ini untuk sambutan Hari Raya PENJAWAT AWAM MOF NAK TANYA Ketika Men...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali