Manusia Talam Dua Muka Melacak Dalam Warna Warni Politik Malaysia 9792











Wednesday, February 26, 2020
INFO TERKINI:

Yang ke 2 Uturn Detect. Hahaha. Kamaruddin Jaffar dari ahli Parlimen Bandar Tun Razak! Nyatakan sokongan terhadap Dsai sebagai pm ke 8. "tak mampu bayar rm 10 juta ke? "hahahahaha
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, February 26, 2020Sumber:
https://wrlr.blogspot.com/2020/02/info-terkini.html

Wednesday, February 26, 2020
KARTEL MAHU LINDUNGI PENGKHIANATANNYA

Kenapa la kartel bawa hujah bodoh utk melindungi pengkhianatannya? Mereka kata, kita mahu Tun M letak jawatan.  Bila Tun M letak jawatan, kita pula minta Tun M teruskan utk jadi PM. Hakikatnya kartel bkn saja pengkhianat, tetapi bodoh.  Tidak tahu fakta dan hujung pangkal. Baru2 ini, Majlis Presiden PH bersetuju utk Tun M terus jadi PM sehingga APEC, bahkan tarikh Tun M mahu serah jawatan kpd Anwar pun kita setuju Tun M tentukan dgn berbincang dgn Anwar.  Tidak timbul soal kita minta dia letak jawatan serta merta. 

Tahukah kartel mengapa Tun M letak jawatan?  Atas desakan dari PH kah?  Tun M sendiri bgtahu dia letak jawatan kerana kecewa dengan partinya sendiri iaitu Bersatu yang mahu mengkhianati PH iaitu mahu bersama Pembangkang bagi mewujudkan kerajaan baru bersama puak kartel.  Ertinya, PH tidak ada kaitan dengan Tun M letak jawatan PM.  

Siapa punya angkara?  Cuba tanya muhyiddin dan Azmin. PH kemudiannya menyatakan sokongan kpd Tun M kerana ingin meneruskan janji di dalam Mesyuarat Majlis Presiden sebelum itu, di samping tidak mahu pembangkang dan kartel menubuhkan kerajaan jijik pintu belakang. Nah, hasilnya strategi kita berkesan hingga membuat kartel hilang punca.  Sebab itu, mereka buat cerita bodoh seperti itu untuk melindungi pengkhianatan mereka. 

WFAUZDIN NS
Sumber:
https://wrlr.blogspot.com/2020/02/kartel-mahu-lindungi-pengkhianatannya.html

LANGSUNG: GPS akan patuh terhadap keputusan Agong
Wartawan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 6:59 petang

6:45 petang:  Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata partinya akan mematuhi sebarang keputusan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Artikel 40 (2) (a) dan (b), Perkara 43 (2) (a) dan Perkara 55 (2) perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan-peruntukan berkenaan berkaitan dengan kuasa Agong melantik seorang Perdana Menteri pada yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat, untuk membubarkan Parlimen, dan persetujuan terhadap permintaan untuk membubarkan parlimen.

Beliau menambah kerajaan negeri yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertindak demi kepentingan negara, tetapi tanpa mengorbankan hak dan kepentingan rakyat Sarawak. 

"Kebimbangan paling penting adalah Malaysia mesti mempunyai kestabilan politik bagi membolehkan negara bergerak ke hadapan. 

"Negara ini berhadapan dengan masalah ekonomi yang timbul daripada ketidaktentuan termasuk wabak Covid-19 yang mesti ditangani dengan bersungguh-sungguh dan cepat," katanya dalam satu kenyataan melalui pejabat ketua menteri. 

Anwar sahkan PH calonkan dirinya sebagai PM
5.55 petang: Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa anggota parlimen Pakatan Harapan (PH) memberikan sokongan kepadanya sebagai calon Perdana Menteri. Beliau berkata PH telah menjemput Mahathir untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden pada Selasa [semalam], tetapi ditolak perdana menteri interim itu. 

"Justeru itu keputusan Majlis Presiden semalam telah menetapkan bahawa calon perdana menteri Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau ketika membacakan kenyataan daripada gabungan itu.

Ditanya mengenai jumlah sokongan diperolehnya, Anwar berkata adalah tidak manis untuk menyatakan perkara itu dan menyerahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong. 

5.45 petang: Pejabat Perdana Menteri (PMO) - Kenderaan rasmi yang membawa Dr Mahathir Mohamad dilihat keluar dari bangunan Perdana Putra pada jam 5.30 petang. Dr Mahathir keluar dari bangunan PMO selepas menyampaikan perutusan Khas bagi menjelaskan situasi politik yang melanda negara hari ini. Bagaimanapun, Mahathir tidak keluar dari laluan protokol sebaliknya melalui pintu A. Petugas media turut difahamkan sehingga petang ini tidak ada pertemuan antara Mahathir dengan Ketua Menteri Sabah, Shafie Afdal. Semalam, Shafie dilapor akan bertemu Dr Mahathir di pejabat perdana menteri hari ini. 

Peguam: Kerajaan perpaduan wujudkan kerajaan yang tiada kebertanggungjawaban

5.30 petang - Peguam, Syahredzan Johan berkata kerajaan perpaduan akan mewujudkan kerajaan yang tidak mempunyai kebertanggungjawaban. Dalam satu siri tweet, Syahredzan, yang juga setiausaha politik kepada anggota parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini kerana pengundi mungkin mengundi berdasarkan manifesto parti yang bertanding, atau sebahagian daripadanya. "Sebagai contoh, jika PH (Pakatan Harapan) tidak memenuhi manifesto, mereka boleh dihukum dalam pilihan raya akan datang. "Tetapi kerajaan perpaduan tidak akan mempunyai kekangan ini - ia boleh melakukan apa sahaja yang ia mahu tanpa kesan politik," katanya menerusi Twitter. Beliau kemudiannya menambah negara ini perlu beralih daripada era 'kerajaan tahu segalanya'. 


Syahredzan Johan@syahredzan
IMHO a unity government would have no manifesto to guide it. There is no accountability to voters who presumably voted based the manifesto or at least part of it. And we know what drives political parties is political will - which comes from the people as expressed in elections

2475:21 PM - Feb 26, 2020Twitter Ads info and privacy

149 people are talking about this
Anwar dijangka adakan sidang media jam 5.30 petang

5:14 petang: Ibu pejabat PKR, Petaling Jaya - Presiden PKR Anwar Ibrahim dijangka mengadakan sidang media sekitar jam 5.30 petang.

Sidang media di ibu pejabat PKR itu pada awalnya dijadualkan pada pukul 4.30 petang tetapi ditangguhkan untuk memberi laluan kepada perutusan khas oleh Perdana Menteri interim, Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan secara langsung di televisyen pada jam 4.45 petang.

Pemimpin PKR itu kini sedang meneliti kenyataan Mahathir sebelum meneruskan sidang akhbar tersebut.

Semua MP selesai ditemubual Agong hari ini

5 petang: Difahamkan semua anggota parlimen yang dijadualkan pada sesi hari ini telah ditemubual oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dr M mahu tubuh kerajaan tak memihak mana-mana parti

4.52 petang: Dr Mahathir dalam perutusan khasnya berkata sekiranya diberi peluang beliau mahu menubuhkan sebuah kerajaan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

"Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

"Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

"Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang.

"Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan," katanya.

Baca teks penuh di sini

Dr M: Saya tak boleh terima Umno dalam kerajaan

4.51 petang: Dalam perutusan khasnya, perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak boleh terima Umno sebagai sebuah parti dalam kerajaan.

"Saya sanggup terima ahli Umno yang keluar Umno dan menyertai parti lain. Tetapi Umno akan sertai kerajaan campuran ini sebagai parti Umno. 

"Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan," katanya.

4.50 petang: Dalam perutusan khas yang disiar secara langsung, antara lain Dr Mahathir berkata beliau bukan seorang yang gila kuasa.

"Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

"Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa. 

"Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. 

Beliau berkata, kuasa atau kedudukan hanyalah alat untuk mencapai objektif demi kebaikan negara. "Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang," katanya. 

Dr Mahathir mohon maaf pada rakyat Malaysia

4.45 petang: Dr Mahathir Mohamad memulakan perutusan khasnya yang disiar secara langsung dengan memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan keadaan politik yang melanda negara sekarang. "Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan di kalangan tuan-tuan dan puan-puan. "Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata perdana menteri interim itu. Baca teks penuh di sini

4.32 petang: Sidang media khas oleh pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) ditangguhkan, kata seorang kakitangan parti. Kakitangan itu memberitahu pihak media bahawa sidang media itu akan diadakan selepas pengumuman khas oleh perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, yang dijadualkan pada jam 4.45 petang hari ini.

Dr M akan muncul di kaca TV jam 4.45 petang

4.30 petang: Perdana Menteri interim, Dr Mahathir Mohamad dijadual akan membuat kemunculan di televisyen pada jam 4.45 petang. Siaran langsung ini akan dibawakan oleh RTM, Media Prima dan Astro.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512229

9783

u nak curi nak ke rompak ke itu u orang punya pasal negara hantu pun kerana orang orang melayu sendiri. bertapa susah rakyat kita bersatu melawan lanut kita sudah menang. lagi ada hantu di dalam parti . Ini negara sudah hancur. selamat tinggal Malaysia. negara ini akan hancur olih pemimpin melayu juga. cina dgn india buat mula dulu sampai mapuh menteri melayu cina ugut nk keluar kerajaaj kalau tak iktiraf uec cina syor hapuskan islam dlm ic kalau lama berkuasa mungkin syor hapus islam dlm perlembagaan seorang keling yg taksegarmana dakwa melayu adalah pendatang india penduduk asal tanah melayu mabuketom kot. penyamun2 buat hang rasa tenteram maksudnya hang spesis perosak negara titik. ..bila suara dan undi PH di PRU yg lepas dikhianat ahlil politik yg tamak..dan penzalim dan pelahap duit rakyat diangkat dan dipilih menjadi pemimpin sesama mereka..maka selepas ni tadah je la..kalau dirogol berulang kali jgn ko menangis pulak ye. Kebanyakan rakyat menyampah tengok najib n rosmah je...takde pilihan,terpaksa sokong PH masa PRU14 tu pun sebab ada PPBM n Tun. Dah bagi peluang 20 bulan. Takde pencapaian yang bagus. Tapi isu melayu & bumiputera terus diperkotak katikan dalam PH ditambah pulak isu peralihan kuasa. Saya sokong bn tapi bn telah melakukan kesalahan yang sangat besar tidak boleh di maafkan. politik msia lbh aman tanpa pengkhianat yg gila kuasa dn bernafsu besar. Bila Melayu Sedar? BN rompak trillions dan trillions, jual tanah rizab hektars dan hektars, pemimpin UMNO kaya-raya tetapi melayu biasa tetap susah dan sokong, tipu-tipu kata bukan melayu akan hisap semua tetapi rupanya UMNo sendiri yang hisap tiada terhingga. semua disalahkan DAP. Tanya sendiri kenapa tiapa pemimpin Melayu yang amanah, jujur dan teras? ini kerana ada banyak macai yang butakan hati. DAP ada C4 perempuan yang hamil tak? DAP ada songklap duit berbilion bilion tak? 

Mula mula mabok sambil berkasih kasihan...lepas tu berzina...bila sudah takut lalu membunuh...
Itulah yg terjadi bila sudah terjebak...
..sekarang..berpatah arang berkerat rotan..orang yg mengaku ulamak pun dua dua kaki dah dalam gelanggang bertinju bersama... berjudi nasib le tu...

Dulu ular dlm semak.. Skrg ular dh tunjukkn diri sebenar. Drama politik di Malaysia 2 hari ini memang sgt menarik, lebih syok dari tengok wayang. Saya rasa negara negara jiran kita akan rasa ahli ahli pemimpin kita amat lucu sekali. Ia dapat menghiburkan mereka di saat saat genting melawan corona virus. Sebagai negara demokratik, saya amat sedih dan malu dgn tindakan pemimpin-pemimpin yg ingin menubuhkan kerajaan ikut pintu belakang. Adakah mereka tidak rasa malu atau rasa tidak bermaruah dgn perbuatan mereka. Konon nak jaga kestabilan negara, tapi tujuan sebenarnya adalah menjaga kepentingan diri. Apa yg dilihat adalah ekonomi dan ringgit semakin meleset. Mungkin mereka memang tidak bermaruah dan tidak kisah dilabel pengkhianat rakyat asalnya ada kuasa dan wang! YB selamat sejahtera. Rakyat amat marah dengan keadaan politik semasa. Saya cuma nak tegur kepada YB-YB bukan melayu, tidak perlu memberikan reaksi yang menguris perasaan dalam isu-isu sensitif. Ia tidak membawa sebarang faedah selain kebencian terutamanya terhadap YB-YB daripada DAP. Kalau ada pun isu sensitif sila rujuk kepada PM sebelum anda mengeluarkan kenyataan, terima kasih. Kumpulan Azmin dakwa tunggu isyarat untuk mengadap Agong - harap agong kasi kata dua sb cubaan sailang kepercayaan rakyat pd kerajaan yg ada sekarang,khianat rakyat,rugikan negara! jgn berangan la azmin ada dlm kerajaan baru. walaun nak sangat muka merc. geng semburit. Negara kelam kabut disebabkan azmin dan gengnya bersama Bersatu. Harap Shafie Warisan tidak berganding bahu dgn mereka. Kalau tidak akan dilabel sebagai pengkhianat rakyat juga. Oleh itu fikir baik baik dulu. Macam ni punya gaya BNumnoPas main mafia pintu belakang , si kitol pula pengkhianat..buat semua kaum tiong Hua cina lmenutup perniagaan boikot segala kedai kilang kilang ,Hotel hotel..apa akan terjadi..BNumnoPas rasis tahap melampau... pas memerintah pasti semua kedai makanan di semenanjung tutup lepas 9 malam.. Alhamdulillah Duli yang maha mulia berilmu dan Tahu keadaan semasa dan Berpendirian Terbaik untuk Malaysia.selain berilmu di sekeliling baginda ada tuan penasihat yg berkaliber. Geng azmin stanby nak mengadap ydpa?..kat situ dah tau sapa yg gelojoh...tgu terbentuknya kerajaan haram...itu pun kalau tun m mau. Azmin Ali nak mengulangi sokongan apa lagi terhadap Dr Mahathir Mohamad? Tun M dah jadi PM sementara diberi kuasa muktlak oleh YDPA,, sokongan 11 jahanam gang2 kau di Parlimen tidak diperlukan lagi,, gps warisan jgn sskali mnyebelahi umnokkbnn....jika umnokkbnn pilihan kamu trnyata kamu mngkhianati khendak rakyat Malaysia khususnya sabah sarawak yg mnentang para perasuah dn ex kerajaan kleptokrasi..... Jangan tuduh rasis. Tengo diri sendiri dulu. Geng kamu pun rasis. Orang pakai baju koprat pun dituduh baju komunis. Kalah saman baru tau. tak pasal2 bayar kos ganturugi pasal rasis. Dari DAP sila sebutkan siapa2 yg bayar gantirugi pasal kenyataan rasis. Geng2 anda yg banyak.  tak payah menegakan benang basah.Anggap la ini semua mimpi umpama mimpi. ini bkn mimpi tpi ini adalah kerja2 puak setan yg bertopengkan manusia yg bertuhankan nafsu dn gila kuasa. 

Pembangkang seperti umno..pas..dan geng2 azmin yg berpaling tadah.. hanya nak mempergunakan mahathir je..selepas kerajaan baru dibentuk mahathir akan ditendang keluar mcm sampah..lepas tu geng2 penyamun umno yg samun wang rakyat sampain licin yg didakwa dimakamah akan dibebaskan tanpa sebarang dakwaan..terimakasih dgn azmin sebab penyamun2 ini akan dibebaskan..jgn lupa rakyat akan balas balik pada pilihanraya.Azmin kata brjaya menghalang kejatuhan tm tapi dia sendiri yg menjatuhkan tm dan ph..sya dan rakan2 ingat sesiapa team semburit ni tetap di tendang kluar pru15 nanti. mereka tidak nampak kesusahan rakyat marhaen yang mereka nampak KUASA yang mau dikejar sangat besar dan luas hingga tidak dapat dikendong dan kini berciciran, ada sudah tiada parti tapi masih melalak, nak ke sana kemari cari dahan untuk berpaut, bagus2 ada parti ada jawatan ada gelaran tiba2 hilang sekelip mata kerana sikap rakus, tamak haloba.....inilah istilah orang tamak selalu rugi, memang ada kebenarannya... Tun adalah Master segala Master, Takkan Tun tak tahu agenda pintu belakang AA? Kita tengoklah Kabinet yang bakal di bentuk untuk mengetahui TUN benar benar tak tahu atau tahu. Ada kemungkinan sb jawatan menteri dia pun meragukan, dia tak diperlukan pun.. Sb kalau ikut cara skrg rakyat kononnya takkan benci/salahkan Tun. Apapun kita lihat perkembangan sb tak boleh tuduh sb kita pun tak sure.. itu pendapat aku lah.. bri , parlimen bubar , maluperboskur kembali. 

Kalau dap dianggap musnahnya kjaan ph,bn nasional musnah kerana umno.apa macam?sudah lupa ke?sekarang nak tunjuk baik. Penyertaan bersama-sama dgn azmin semburit tidak bermakna rakyat puncak borneo , ranau, selangau, saratok akan merestui Mp ini. kIH KIH...baru sgt menjadi yb dah pandai mengkhianat perjuangan.. azmin pun ibarat budak hingusan ja bagi pemimpin2 umno..tengok ja nanti azmin dibaham mereka..jika anuar diselangnya xkan org umno nak biarkan sejarah kotor azmin berulang pada mereka. Semua penyamun ..penipu dan perompak nak BERSATU...Azmin tu sah main belakang ....bangsat...depa ni guna rakyat yang untuk kepentingan dia orang..bangun la ...bangun la wahai rakyat ...kita undi TOLAK hantu ni semua...politik pemimpin melayu cukup kotor ..tak da prinsip. Lakonan yang kau pertontonkan kepada rakyat juga Allah tonton...sesungguhnya dihujung sana ada sebutir gula .... semut pun pandai bergotong royong bawak masuk gula kesarang...yg kamu hanya berebut rebut...akhirnya gula mencair. . aik, salah dap pulak, inilah penghasut sebenar org melayu, itulah yg d ratib hari2. Dulu azmin jgkla kutuk lompat 2 org dun perak. Sekarang terkena ludah muka sendiri. Dia pun macam katak. Keluar tak keluar itu bukan ceritanya lg dah. Semua dah hancus. Kau org pergi lh join umno n pas habis cerita. Asal taik balik ke tong taik. Saya masih ingat cerita 'tong hahi' ni, popular sekitar tahun 1981. Ia didendangkan oleh pemimpin-pemimpin Pas yang kecewa kerana DSAI menyertai Umno. Ituah padahnya ingkar arahan Tun dan keluarkan Bersatu dari PH...sekarang baru gelabah Tun dah resign, habis semua menteri hilang jawatan... setahu aku bersatu yg keluar dr PH kan? sape pulak yg keluarkan dorg? pening.. mane satu? Bersatu yg umur keluar PH sendiri.. 

Inilah akibatnya kalau suka betul lawan ketua.. Kan bagus klu ikut sahaja.. Kamu akur yg dia jadi ketua kamu..kanapa tidak akur dengan tunjuk caranya.. Suda diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden.. Kanapa mau lawan lagi.. Inilah klu semua mau jadi bos dan mau jadi ketua kelas... Ini bukan kelas tadika... Ini kelas atasan.. Kanapa kamu segelintir pemimpin PH mau hancurkan pakatan yg kamu bina sendiri.. Tidak kah kamu malu.. Yg jadi mangsa ialah rakyat dan ekonomi... Adudu... Kamu ini ya.. Bagus kamu pikir masak masak sikarang... Nasi suda menjadi bubur bro. ... 👍👍👍👍😊   Kalau dlm perang sah dh kena sniper. Sy berdoa peralihan kuasa ni tdk mengangkat pemimpin yg sudah terpalit dgn segala kes rasuah atau pembunuhan. Menteri besar Selangor, yang menyokong Azmin Ali di bolehkan untuk meninggalkan parti PKR, Tidak Perlu tunggu surat Pemecatan di diri, inilah Akibatnya Tidak Taat kepada Presiden Parti PKR, Apa Gunanya berlindung di dalam Parti PKR, Ahli-ahli PKR yang lain-lainnya Berpendapat, Sudah Tiba masanya untuk membuat Pertukaran Menteri Besar yang Baharu, Tiada Gunanya Lagi Menyimpan Pengkhianat di dalam Parti PKR,Perbersihan Parti wajib di lakukan dengan kadar segera, Sebelum Pilihan raya ke15, Semuga Allah SWT Mempermudahkan Perjalanan Politik Parti PKR,AAMIN. naib presiden PAS tersenyum lebar sampai ke telinga hingga buntut terkemut2 betapa memikir peluang untuk membentuk kerajaan.. kepala otak mereka hanya pikir pangkat kuasa harta. Dia lgsng x pikir rakyat yg sakit dgn perkembang ini dgn ekonomi pasaran saham sedang merudum... Dia tak sedar, kaum yg lain sedang berebut membeli saham mencari keuntungan... Otak jenin...

Sbb takut tak boleh rasuah ke? umNO memang dikenal sbg pencuri penyangak. Nasib baik Tun ambil alih kalau tak dah lama DumNO jual negara kat China Komunis. DAP tak rasuah mcm DumNO. Tun kata Muhyiddin yg derhaka tak bagi tahu Tun. Skrg boleh gi umah Tun PULAK. Apa drama ini. Pelik n hairan betul. Geng Bersatu buat selamba je mcm tak terlibat. Padahal mereka adalah pelakon utama dlm gulingkan kerajaan semasa. ko baru sedar ka kena game dgn Atok. Kerajaan perpaduan Ada lah edia yg terbaik. Sy sangat berharap semua party bersetuju demi kesejahteraan negara kita. Cukup cukup la berpolitik yg merugi Kan negara. La...Kan Tun dah letak jawatan...apasal Ahli Bersatu Poyo nak buat sibuk pulop...le ni dah hilang jawatan....la ..padan muka...rasa nak tunjuk muka tak nak Tun lupa muka mereka bila pilih cabinet baru ke.....Memang Menyampah Politikus ni. Interim PM berhak mengekalkan Barisan Kabinetnya supaya Kerajaan berfungsi macam biasa! Beliau tidak dapat berfungsi secara solo!!. kita semua berdoa supaya ph akan menang dalam games nie dan anwar di jadi pm untuk pembangunkan negara nie demi rakyat.harap2 tuhan dapat dengar doa kami yang masih hidup dalam sengsara. Semua pun orang politik gila kuasa dan kepentingan politik mereka yg d dahulukan .. konon demi rakyat dan negara mereka jaja nama negara dan rakyat tetapi mereka semua tamak megutama kepentingan mereka dengan kelompoknya saha bukan negara sebenarnya... Apa2 yg berlaku kita beri sokongan kepada kerajaan yang bakal dibentuk.  yang bersifat penyanggak akan jilat saja kalau diberi royalti yang cukup untuk beli mersidis. Kalau ditakdirkan mungkin parti ini juga berpecah dua kerana telah keluar dr PH yang telah mendapat mandat rakyat.. Tak mustahil pun ada yg keluar nnti..semua MP Bersatu kena 'lock' skrg..offer juta² tu ajak lompat..mau x rambang mata..Anyway, dia org kena sedar lah sbb bertanding atas Logo PKR..sbb tu anak semua bangsa turun undi sebb nk buang jenama BN tu. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/manusia-talam-dua-muka-melacak-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Rakyat Malaysia Atas Kapal Persiaran Positif Covid 19

Dua Rakyat Malaysia Atas Kapal Persiaran Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 448 hits
MALAYSIAKINI Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua individu rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Diamond Princess positif wabak Covid 19 dan sedang dirawat di Jepun Kapal berkenaan kini berlabuh dan penumpang...
Politik Malaysia Memanas Anwar Ibrahim Mengaku Dikhianati Anggota Koalisi

Politik Malaysia Memanas Anwar Ibrahim Mengaku Dikhianati Anggota Koalisi

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 386 hits
Presiden Partai Keadilan Rakyat Malaysia Anwar Ibrahim kemarin mengatakan dia dikhianati oleh anggota partai koalisi Pakatan Harapan
Perkembangan Terkini Politik Malaysia Pembentukan Kerajaan Baru 2020

Perkembangan Terkini Politik Malaysia Pembentukan Kerajaan Baru 2020

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 720 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 29 Februari 2020 jam 05 22 PM Malaysia telah digemparkan lg dgn berita terkini mengenai politik
Penipuan Melalui Telefon Dua Warga Malaysia Ditahan Polis Thailand

Penipuan Melalui Telefon Dua Warga Malaysia Ditahan Polis Thailand

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 264 hits
BANGKOK 3 Mac Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia dan isterinya warga tempatan kerana didakwa terbabit dalam kes penipuan melalui panggilan telefon membabitkan jutaan baht Lelaki berusia 29 tahun dan isterinya 33 yang hidu...
Korang Boleh Bayangkan Tak Kalau Spesis Manusia Macam Ni Terlepas Masuk Malaysia

Korang Boleh Bayangkan Tak Kalau Spesis Manusia Macam Ni Terlepas Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 321 hits
Foto Siakap KeliBayangkan jika spesis manusia macam ni terlepas masuk Ke Malaysia Semoga rakyat Malaysia dijauhkan daripada malapetaka seperti ini Perbuatan itu langsung tidak membantu untuk mencegah penularan wabak Covid 19 bahkan menjadi ...
Terkini Dua Lagi Kes Baru Positif Covid 19 Libatkan Warga China Dilaporkan Di Malaysia

Terkini Dua Lagi Kes Baru Positif Covid 19 Libatkan Warga China Dilaporkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 442 hits
Kuala Lumpur 15 Feb Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan dua lagi kes positif Covid 19 di negara ini Pertambahan dua kes melibatkan warga asing ini menjadikan 21 kes setakat ini di Malaysia Kes ke 20 melibatkan seorang lelaki...
Dua Kes Terbaru Covid 19 Malaysia Sekat Sementara Pelancong Dari Daegu Cheongdo

Dua Kes Terbaru Covid 19 Malaysia Sekat Sementara Pelancong Dari Daegu Cheongdo

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 395 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman twitter sebentar tadi memaklumkan terdapat dua lagi kes baru Covid 19 membabitkan dua warganegara asing yang menetap di Malaysia Kes ke 24 melibatkan wanita warga Jepun berusia 41 tahun yang beke...
Politik Malaysia Pasca Ph Bergolak Tanpa Henti

Politik Malaysia Pasca Ph Bergolak Tanpa Henti

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 454 hits
Kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kononnya usaha puak beliau mengkhianati Pakatan Harapan telah berjaya menghalang bekas Perdana Menteri Tun Mahathir daripada dipaksa melepaskan jawatan di pertengahan penggal merupakan tindaka...
Ekspo Teknologi Malaysia Unisel Raih Dua Emas Satu Anugerah Khas

Ekspo Teknologi Malaysia Unisel Raih Dua Emas Satu Anugerah Khas

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 280 hits
SHAH ALAM 23 FEB Skuad Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik Universiti Selangor menggondol dua pingat emas melalui kategori Anugerah Inovasi Pemuda Asia sempena Ekspo Teknologi Malaysia 2020 Ekspo yang berlangsung di Pusat Dagangan Du...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa