Dua Kes Terbaru Covid 19 Malaysia Sekat Sementara Pelancong Dari Daegu Cheongdo
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman twitter sebentar tadi memaklumkan terdapat dua lagi kes baru Covid-19 membabitkan dua warganegara asing yang menetap di Malaysia.
Kes ke-24 melibatkan wanita warga Jepun berusia 41 tahun yang bekerja di Malaysia. Mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun pada Januari dan ke Indonesia pada awal Februari.
Wanita berkenaan mula menunjukkan simptom-simptom jangkitan pada 17 Februari sebelum dimasukkan ke hospital swasta pada 20 Februari. Dia kemudian menjalani ujian Covid-19 dan disahkan positif wabak berkenaan pada 27 Februari. Mangsa kini dirawat di wad pengasingan di Hospital Kuala Lumpur.
Manakala kes ke-25 pula melibatkan seorang wanita Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan warga Malaysia dan menetap di negara ini.
Mangsa mempunyai sejarah perjalana ke Itali atas tujuan perniagaan diantara 15 hingga 21 Februari. Dia mula menunjukkan simptom-simptom jangkitan bermula 22 Februari sebelum menerima rawatan untuk tiga hari berturut-turut bermula 23 hingga 25 Februari.
Ujian dibuat keatasnya mengesahkan positif Covid-19 pada 28 Februari. Mangsa kini ditempatkan di wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh.
Dengan penambahan dua kes terbaru ini, ia menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 25 kes melibatkan 15 warga China, 7 warga Malaysia dan masing-masing seorang dari Amerika Syarikat, Jepun dan Itali.
Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 22 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya dari wabak tersebut.
Sehubungan itu, kerajaan memutuskan untuk melakukan sekatan sementara terhadap semua rakyat Korea Selatan dari wilayah Daegu dan Cheondong, serta pelancong-pelancong asing yang mempunyai sejarah perjalan ke dua wilayah berkenaan dalam tempoh 14 hari sebelum menjejakkan kaki ke Malaysia. Sekatan ini termasuk kepada mereka yang transit di Malaysia.
Manakala rakyat Malaysia, penduduk tetap atau pemegang pas (lawatan sosial dan juga pelajar) yang berkunjung ke dua wilayah berkenaan dalam tempoh 14 hari sebelum tiba ke Malaysia dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan yang diajalankan oleh KKM.
Untuk mengetatkan lagi proses kawalan, kerajaan turut mewujudkan Kaunter Khas di pintu masuk antarabangsa, khusus untuk semua pelancong yang tiba dari Kora Selatan, Jepun, Iran dan Itali.
Malaysia akan terus memantau situasi Covid-19 di negera-negara tersebut dan menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sementara perjalanan ke negara-negara yang terjejas dengan wabak ini.
Mana-mana individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara terjejas dengan Covid-19 untuk segera mendapatkan nasihat perubatan daripada KKM.
Temporary entry ban for Republic of Korea nationals from Daegu city and Cheongdo county, and other foreign nationals with recent travel history within the last 14 days to both places prior to their arrival to Malaysia. pic.twitter.com/IVaciUTKN6
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 28, 2020
Sumber: Twitter KKM
The post Dua Kes Terbaru Covid-19, Malaysia Sekat Sementara Pelancong Dari Daegu & Cheongdo appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/02/29/dua-kes-terbaru-covid-19-malaysia-sekat-sementara-pelancong-dari-daegu-cheongdo/