Manusia Pecahbelahkan Melayu Cakap Soal Melayu
𝘓𝘰𝘰𝘬 𝘸𝘩𝘰'𝘴 𝘵𝘢𝘭𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘯𝘰𝘸...
![](https://i0.wp.com/blogger.googleusercontent.com./img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuJ0A1-0DcJMoQ_ic2SDru_JyF1_pFXAz1Kk29Kh3pM-T7_NUaxpTLVs1gY63zwiBVIYNauVq2bzICPlLbBr3OYrprLuj26m2uDgF2x96v7C7njZzK2lz7hvLy3MRKt6UwhwHCfCRqWczrphC0FGTNG1Uw53w-uacr9JnZluxvghfc8I4IoOSf-IEmQ_Q/s320/FB_IMG_1738927866451.jpg)
Siapa ni yang bercakap soal 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 ni? Ooo.. Orang yang paling banyak 𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 Melayu rupanya.
Tahun 80an (1988 tak silap aku), disebabkan Mahathir 𝘁𝗮𝗸𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 kepada Ku Li dalam pemilihan UMNO, maka lahirlah parti 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 46.
Tahun 90an pula, sebab marahkan DS Anwar yang tak mahu 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝗼𝗻𝗴𝗸𝗼𝗹 selamatkan anaknya, Mahathir 𝗽𝗲𝗰𝗮𝘁 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 yang menyebabkan terlahirnya parti 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻.
Tahun 2016 (lebih kurang), sebab nak 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯, Mahathir tubuhkan 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. Kemudian 2020, ditubuh pula 𝗣𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴 sebab Mahathir tak puas hati dengan 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻.
Disebabkan satu makhluk ni je, berapa banyak parti terlahir? Kecuali Keadilan, semua parti yang tertubuh ada 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Keadilan pun, walau berbilang kaum tapi majoritinya Melayu.
Mahathirlah 𝗕𝗮𝗽𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂!
Tapi hari ni dia nak cakap soal Melayu bersatu. Inilah petanda betapa 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗲𝘀𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 nak dapatkan kuasa. Sampai dia 𝗰𝗲𝗿𝗰𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.
Mahathir kata, ada cara nak satukan Melayu. Katanya, jangan kira siapa bakal PM. Terima saja asal Melayu. Mungkin ini susulan 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗲𝗹𝗮𝗴𝗮𝗵𝗮𝗻 parti-parti dalam PN yang 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗯𝘂𝘁 nak jadi PM.
Ewah ewah... Apa makna Melayu bersatu kalau dapat PM 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂? Habis 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 negara dia kerjakan. Negara jadi miskin, hutang bertambah dan rakyat susah?
Atau dapat PM yang 𝙗𝙡𝙪𝙧 dan 𝙘𝙡𝙪𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨? Sampai nak bertutur dalam bahasa Inggeris dalam persidangan antarabangsa pun 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶? Memalukan negara!
Ataupun PM yang 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹. Negara jiran pun tak kenal. Lepas angkat sumpah, dia pulak yang kena telefon nak kenalkan diri. Pemimpin lain 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝙘𝙖𝙡𝙡 𝗱𝗶𝗮!
Mahathir pun dah nyanyuk. Kalau terima je sesiapa pun jadi PM, kenapa dia dulu yang 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝘀𝗮𝗵 𝗽𝗮𝘆𝗮𝗵 nak jatuhkan 𝗣𝗮𝗸 𝗟𝗮𝗵 dan gantikan dengan Najib?
Berfungsi lagi ke tak otak Mahathir ni?
Dahlah Mahathir. Berhentilah memalukan diri sendiri. Sedarlah. 𝗞𝘂𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗺𝘂 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮. Tak ada ke anak beranak dia yang boleh nasihatkan dia ni? Makin lama makin teruk keadaan dia ni. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/02/manusia-pecahbelahkan-melayu-cakap-soal.html