Salam Tahun Baharu Cina Daripada Seorang Melayu


 
Dalam artikel ini saya ingin mengucapkan salam Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat kaum tersebut yang meraikan perayaan itu. Saya agak terkilan dengan beberapa isu yang dimainkan sebagai suatu naratif untuk menjadikan masyarakat Cina di Malaysia sebagai ‘musuh orang Melayu’ dan juga ‘musuh orang Islam’. Perbuatan ini amat menjijikkan bagi saya tetapi malangnya ia dilihat sebagai usaha ‘patriotik perjuangan Melayu’ atau ‘jihad menentang musuh ugama’.
Saya ingin menyingkap sejarah orang Cina dan sumbangan mereka bukan sahaja kepada negara kita tetapi juga kepada saya secara peribadi. Hanya dengan hubung kait yang kuat terhadap naratif sejarah kita dan kefahaman kerohanian tentang hubung kait kita sebagai masyarakat yang memerlukan semua kaum, agama dan budaya, barulah kita boleh maju ke depan. Selama 40 tahun saya memerhati negara kita, saya fikir kita lebih banyak ‘gostan’ ke belakang dari mara ke depan.
Kenapa saya memperkatakan bahawa wujud suatu usaha untuk membina naratif jahat yang membuat kaum Cina sebagai musuh Melayu dan Islam. Kita lihat saja isu berbangkit mengenai bendera China yang dikibarkan. Bagi saya semua aksi mengibarkan bendera ini adalah tanda hubung kait sosial, ekonomi dan politik dua negara merdeka China-Malaysia. Kenapa pula ia ditafsirkan sebagai suatu usaha ‘traitorous’ atau ‘pengkhianatan’? Saya sendiri mempunyai ramai pelajar universiti dari China. Sebagai ahli lembaga pengarah UKM, universiti berteraskan Melayu sebagai tiang perjuangan ilmu, ia mempunyai beribu pelajar China. Kalau kita kibarkan bendera Palestin, itu tak dilihat sebagai pengkhianatan pula.
Kemudian, kita dengar atau terbaca pula tentang usaha Kristian nak mengambil alih Malaysia. Mulanya dengan buku YB Hannah Yeoh ‘Becoming Hannah’ dan berakhir dengan sambutan Krismas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan (KPKT) oleh YB Nga Kor Ming. Saya selalu dijemput untuk menghadiri Krismas di gereja dan ramai orang Kristian daripada kaum Cina. Saya juga baru mendapat jemputan UKM untuk hadir ke perayaan Tahun Baharu Cina bagi semua pelajar Cina dan mahasiswa Malaysia. UKM jelas mempertahankan makna sebenar ‘Kebangsaan Malaysia’ dalam namanya.
Nak jadi cerita, ada juga pihak ‘ber-PhD’ yang tak tahu buat kajian akademik menuduh tiga tokoh politik Cina sebagai mempunyai hubungan keluarga dengan mendiang Chin Peng sebagai bapa Komunis Malaya. Sudah tentu ini taktik politik yang ingin mencoret muka hitam pada kaum Cina Malaysia sebagai beraliran Komunis pula. Ketiga-tiga naratif ini bagi saya adalah sesuatu yang ‘too obvious’ sebagai perang saraf untuk meraih undi Melayu sebelum PRU16.
Kalau kita menyelak tabir sejarah, kita perlu ingat jasa China dan Laksamana Cheng Ho dalam usaha menjadi benteng kepada kemaraan Siam. Kalau tidak kerana China, kita semua dah bertutur bahasa Siam dan mungkin beragama Buddha.
Kita juga perlu ingat tentang bagaimana orang Cina yang bersusah-payah berpindah ke ‘kem hitam’ dalam era British dan perjuangan menentang Komunis. Orang Cina juga banyak membina institusi seperti sekolah vernakular dan hospital pada awal sebelum merdeka. Seperti juga kaum Kristian yang mempunyai ramai masyarakat Cina membina ‘mission schools’. Saya belajar di Sekolah St Mark manakala adik saya di Sekolah Convent. Isteri saya adalah dari Convent Bukit Nanas dan sepupu saya yang rapat di Taiping pergi ke St George’s Institution. Arwah ayah saya hanya sempat belajar di King Edward’s Primary.
Secara peribadi, saya terhutang budi dengan semua guru saya di St Marks Primary Butterworth. Semua guru saya adalah bukan Melayu. Kemudian saya berpindah ke SMJK Hua Lian Taiping. Guru bukan Melayulah yang mendidik saya dengan penuh dedikasi serta rakan sekelas membantu saya dengan ikhlas dan kedua-duanya membentuk intelek dan peribadi saya sebagai seorang warga Malaysia.
Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada dua doktor perubatan saya yang merawat perut berdarah dan juga pakar psikiatri yang memberi kaunseling dan ubatan yang baik bagi keadaan ‘panic disorder’ yang saya lalui selama enam tahun. Kalau tak kerana mereka berdua, saya sudah pun mengakhiri kerjaya saya ketika berusia lingkungan 40-an.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pemilik dan Pengerusi UCSI Peter Ng, yang mengambil saya sebagai profesor di universiti tersebut. Ketika itu, permohonan untuk menjadi profesor di tiga universiti tempatan melalui jalan buntu apabila ahli akademik Melayu menolak kewibawaan saya atas penulisan saya yang banyak mengkritik kelemahan orang Melayu. Saya dilihat sebagai pengkhianat Melayu dan ejen Kristian serta tali barut parti politik Cina. Oleh kerana seorang Cina sajalah yang mendapati peri pentingnya sumbangan penulisan saya untuk menjelaskan isu politik, sejarah, pendidikan dan demokrasi.
Maka, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina dengan merakamkan penghargaan tinggi kepada kaum Cina yang menjadi tunggak besar kemajuan negara kita dan kepada keperibadian saya. Semoga naratif jahat untuk memecah-belahkan kita dipadam dengan keikhlasan serta kelapangan jiwa kita semua dan untuk bergerak ke depan bersama sebagai satu bangsa dan satu negara. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/salam-tahun-baharu-cina-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walaupun Bertukar Agama Kami Tetap Kekalkan Tradisi Makan Besar Sempena Tahun Baharu Cina

Walaupun Bertukar Agama Kami Tetap Kekalkan Tradisi Makan Besar Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 151 hits
bharian com myOleh Januari 29 2025 Abdul Halim dan Nur Khaalishah bersama keluarga dan rakan pada majlis makan besar sempena perayaan Tahun Baharu Cina malam tadi NSTP ZAID SALIMKUALA TERENGGANU Meskipun sudah memeluk Islam golongan mualaf ...
Pm Anwar Serah Sumbangan Kepada Pesakit Kanser Sempena Tahun Baharu Cina

Pm Anwar Serah Sumbangan Kepada Pesakit Kanser Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 187 hits
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada Pau Chin di Semambu Kuantan Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 30 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamp...
Anwar Ucap Selamat Tahun Baharu Cina Minta Rakyat Kukuh Perpaduan

Anwar Ucap Selamat Tahun Baharu Cina Minta Rakyat Kukuh Perpaduan

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 198 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutama bagi kaum Tionghua Menerusi hantaran di media sosial Anwar berkata sambutan Tahun Baharu Baharu Cina kali ini diharap aka...
Ini Senarai Lokasi Terkini Kamera Awas Aes Sempena Cuti Tahun Baharu Cina Hati Hati

Ini Senarai Lokasi Terkini Kamera Awas Aes Sempena Cuti Tahun Baharu Cina Hati Hati

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 203 hits
Sebelum memulakan perjalanan sempena cuti panjang Tahun Baru Cina ini seeloknya anda mengenalpasti terlebih dahulu lokasi kamera AWAS dan AES di sepanjang lebuhraya Amatlah penting untuk anda mematuhi had laju pemanduan di atas jalan raya s...
Potongan Tol 50 Sempena Tahun Baharu Cina Ini Jimat

Potongan Tol 50 Sempena Tahun Baharu Cina Ini Jimat

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 177 hits
Jika sebelum kerajaan memberikan tol percuma untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan namun berbeza kali ini Kerajaan menerusi Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju memberikan potongan bayaran tol 50 peratus dari kadar tol biasa...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 294 hits
Kisah penuh kasih sayang seorang wanita berbangsa Cina terhadap anak angkatnya yang beragama Islam menyentuh hati ramai rakyat Malaysia Keikhlasan wanita tersebut membesarkan gadis itu sejak kecil menarik perhatian seluruh negara Kisah Insp...
Semangat Pakcu Hassan Berusia 100 Tahun Rai Tahun Baharu Cina Masih Utuh

Semangat Pakcu Hassan Berusia 100 Tahun Rai Tahun Baharu Cina Masih Utuh

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 142 hits
bharian com myOleh Januari 30 2025 5 15pmTan Ban Sing 101 atau lebih dikenali sebagai Pakcu Hassan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini bersama anak cucu dan cicit Foto BERNAMAMACHANG Meskipun usianya sudah melebihi seabad namun semangatnya...
Tahun Baharu Cina Pupuk Perpaduan Rakyat Pelbagai Kaum Pm

Tahun Baharu Cina Pupuk Perpaduan Rakyat Pelbagai Kaum Pm

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 167 hits
Oleh KOSMO 28 Januari 2025 10 49 pmPerdana Menteri DS Anwar Ibrahim PETALING JAYA Tahun Baharu Cina seharusnya dijadikan satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara Menerus...
Jimat Sehingga Rm300 Untuk Realme 13 Series Dalam Jualan Kilat Tahun Baru Cina

Jimat Sehingga Rm300 Untuk Realme 13 Series Dalam Jualan Kilat Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 235 hits
Kuala Lumpur 27 Januari 2025 Menyambut Tahun Baru Cina ini realme mengadakan Jualan Kilat yang menampilkan realme 13 Pro 5G realme 13 5G dan banyak lagi dengan diskaun sehingga RM300 Bermula dari 28 Januari hingga 28 Februari 2025 ini adala...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri