Manusia Kejam Ini Masih Tidak Rasa Bersalahkah


 


Siti Bainun sumbat nasi goreng cili dalam mulut Bella, kata saksi



Bernama -June 13, 2022  Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan dan mendera Bella, seorang remaja perempuan yang menghidap sindrom Down. (Gambar Bernama) 
KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau nampak pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, memegang dagu Bella dan memaksa remaja perempuan sindrom Down itu makan nasi goreng bercampur cili yang banyak.
Pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman Suhana Zam, 40, berkata ketika kejadian, dia duduk di meja makan di sebuah kondominium di Wangsa Maju milik Siti Bainun pada Mei 2021.
“Bella sedang berdiri depan peti ais manakala Bainun berdiri depan Bella, dan depan mereka ada bangku kayu. Saya nampak Bainun letak satu pinggan nasi goreng dan sejumlah cili yang telah dipotong yang mana pada saya nisbah cili itu banyak berbanding nasi.
“Dia (Siti Bainun) gaul-gaul nasi goreng itu, dia pegang dagu Bella dan suapkan Bella dengan nasi goreng berserta cili. Bella elak tak nak makan tetapi dia paksa Bella makan.
“…saya terkejut kenapa buat Bella macam itu, saya tak cakap apa-apa sebab pada waktu itu saya tak nak confront (bersemuka) dengan Siti Bainun sebab saya bimbang kalau confront, saya tidak pasti reaksi dia,” kata Suhana semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes Siti Bainun.
Pada prosiding sebelum ini, penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 18, memberitahu mahkamah bahawa Bella telah diberi makan seperiuk nasi dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk, ketika bulan puasa oleh Siti Bainun.
Sementara itu, Suhana berkata, beliau melihat kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian kanan muka Bella, ketika pergi ke rumah Siti Bainun pada 13 Jun 2021.
“Saya ke rumah Siti Bainun sebab dia ajak makan ‘King Crab’ masak ‘Shell Out’. Semasa sampai di rumah itu pada 5 petang, saya nampak rambut Bella dipotong pendek ‘tobek’, pakai baju lengan panjang, muka Bella ketakutan dan terdapat kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian muka sebelah kanan, itulah keadaan Bella paling teruk yang saya pernah lihat,” kata saksi itu.
Saksi pendakwaan kelapan itu berkata, sepanjang berada di rumah berkenaan, beliau melihat waktu makan Bella tidak teratur dan selama remaja itu diminta berdiri berjam-jam oleh Siti Bainun, dia tidak nampak sesiapa memberi makanan dan minuman kepada remaja itu.
Kepada soalan Nor Azizah, bagaimana keadaan Bella semasa remaja itu tidak diberi makanan dan minuman selama berjam-jam, Suhana berkata, remaja itu berdiri sahaja dan tidak boleh bercakap.
“Siti Bainun cakap tak boleh bagi Bella minum nanti dia kencing. Saya rasa nak bagi dia (Bella) makan dan minum, tapi saya tidak pasti tindakan saya itu menimbulkan kemarahan kepada Siti Bainun atau tidak, kalau saya beri (makan dan minum) saya takut tidak ikut peraturan dalam rumah itu, saya tak nak memandai-mandai kerana itu rumah dia (Siti Bainun),” kata Suhana.
Menurut Suhana, rumah Siti Bainun tidak mudah diakses kerana untuk memasuki lobi kondominum berkenaan perlu mendapatkan kod bar.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/manusia-kejam-ini-masih-tidak-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Makan Biji Duyan Hutan Tapi Rasa Strawberry Siap Ajar Noor Nabila Cara Sebut

Video Makan Biji Duyan Hutan Tapi Rasa Strawberry Siap Ajar Noor Nabila Cara Sebut

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 172 hits
Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semakin digemari ramai apabila ibunya sering memuat naik video Jebat Jayden ke laman sosial Telatah Jebat yang bersahaja mencuit hati warganet yang tidak jemu mengikuti perkembangan Jebat S...
Dap Rasa Najib Belum Bertaubat

Dap Rasa Najib Belum Bertaubat

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 185 hits
agendaily com16 6 2022Setiausaha Agung DAP Anthony Loke DAP mengecam kenyataan yang sering dilontarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak dituduh mencuri dalam perbicaraan rasuahnya tetapi didakwa atas pertuduh...
Hiburan Rasa Macam Pengemis Cuma Minta Azankan Anak Suami Dayus Tak Hirau Isteri Lahirkan Zuriat Sendiri

Hiburan Rasa Macam Pengemis Cuma Minta Azankan Anak Suami Dayus Tak Hirau Isteri Lahirkan Zuriat Sendiri

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 284 hits
Baru baru ini tular di aplikasi satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nabiela Ma aseh yang berkongsi kisah kehidupannya sebagai ibu tunggal yang menjadi perhatian netizen Menerusi video tersebut dilihat wanita itu cuba ...
Aku Rasa Prinsip Cina Kapiaq Ni Lebih Baik Dari Para Pak Lebai Yang Kelentong Walaun

Aku Rasa Prinsip Cina Kapiaq Ni Lebih Baik Dari Para Pak Lebai Yang Kelentong Walaun

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 145 hits
Muktamad DAP tak bina kerjasama dengan pengkhianat untuk PRU15 kata Guan Eng June 17 2022 Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata partinya mengambil pendirian menentang politik khianat PETALING JAYA DAP enggan berganjak daripada pendiriannya men...
Lima Cara Hilangkan Rasa Pedas Dimulut Cara Perdu Cinta

Lima Cara Hilangkan Rasa Pedas Dimulut Cara Perdu Cinta

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 164 hits
LIMA CARA HILANGKAN RASA PEDAS DIMULUT CARA PERDU CINTA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt SIAPA yang suka dan kuat makan pedas Lagi pedas lagi sedap Berpeluh puas hati Siap melelehkan hingus oi Jeli...
Resipi Kari Daging Pakistan Sayur Sawi Jadi Penyedap Rasa Lain Macam Sedapnya

Resipi Kari Daging Pakistan Sayur Sawi Jadi Penyedap Rasa Lain Macam Sedapnya

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 181 hits
Kari daging biasa mungkin sudah terbiasa Apa kata kali ini kita cuba resipi Kari Daging Pakistan pula Memang lain dari yang lain Paling unik pastinya penambahan sayur sawi yang diracik halus ke dalam kuah kari Memang lain dari yang lain Jom...
Lengkap Rasa Masam Manis Pedas Memang Perfect Resipi Ayam Masak Thai

Lengkap Rasa Masam Manis Pedas Memang Perfect Resipi Ayam Masak Thai

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 197 hits
Masakan Thai antara resipi yang paling banyak diminati kerana rasanya yang lengkap dengan masam manis pedas Resipi ayam masak thai yang dikongsikan Liza Idris ini sangat senang untuk dimasak dan cepat siap untuk dihidangkan kepada keluarga ...
Alat Sulit Rasa Panas Tengah Malam Vokalis Band Dakwa Terkena Sihir

Alat Sulit Rasa Panas Tengah Malam Vokalis Band Dakwa Terkena Sihir

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 134 hits
Komposer dan vokalis Azzara Band Ejai Aziz dipercayai terkena buatan orang sehingga berasa sakit di bahagian kemaluan yang berasa panas setiap tengah malam selama tiga bulan pada tahun lalu Menurut laporan Harian Metro pemilik nama Mohd Azr...
Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap Cukup Rasa Masak Pun Mudah Je

Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap Cukup Rasa Masak Pun Mudah Je

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 246 hits
Wow Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai Lengkap dengan sayur protein dan karbohidrat kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan Nak cuba masa...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation