Dap Rasa Najib Belum Bertaubat


agendaily.com16/6/2022
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.DAP mengecam kenyataan yang sering dilontarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak dituduh mencuri dalam perbicaraan rasuahnya, tetapi didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata penafian oleh Najib secara terbuka kepada orang ramai berhubung perkara itu adalah sesuatu yang perlu dikecam sekeras-kerasnya.

“Dia pergi merata tempat. Dia kata apa? Dia kata ‘saya bukan didapati bersalah atas rasuah. Saya didapati bersalah atas pengubahan wang haram.’

“Tapi soalnya dia ingat orang kita… orang Malaysia ni bodohkah.

“Kalau wang itu bukannya rasuah mengapa dituduh money laundering. Mengapa dituduh mencuci wang tersebut kalau wang itu halal,” katanya dalam kenyataan menerusi siaran langsung dalam talian malam tadi.

Untuk rekod, pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Ahli Parlimen Pekan itu juga berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB.

Dia juga didakwa atas 16 tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum memindahkannya semula ke akaun milik Tanore berjumlah RM2,196,786,711.87.

Dia turut didakwa dengan lima tuduhan, menggunakan hasil daripada aktiviti haram untuk disalurkan kepada lima pihak.

Ia membabitkan RM20,000,000 kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO); UMNO Bahagian Batu Kawan (RM100,000); ahli perniagaan, Lim Soon Peng (RM246,000); ORB Solutions Sdn. Bhd (RM2,000,000) dan Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM303,000).

Mengulas lanjut Loke berkata penafian Najib bahawa pengubahan wang haram bukan satu rasuah adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

“Najib rasa seolah-olah dirinya tidak bersalah. Dia tak langsung rasa nak bertaubat,” katanya.

“Kalau kita biarkan rasuah ini berleluasa orang-orang yang berkuasa ini dah ketagih kepada rasuah. Dan kalau tak ada rasuah semua tak boleh jalan. Jadi kalau kita sampai ke tahap itu maka negara kita akan berada dalam satu keadaan yang cukup bahaya,” tambahnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/dap-rasa-najib-belum-bertaubat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Youth Leader Charged With Insulting Behaviour During Najib Visit

Dap Youth Leader Charged With Insulting Behaviour During Najib Visit

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 299 hits
Lim Zheng Han flanked by lawyer RSN Rayer and Bukit Mertajam MP Steven Sim and supporters at the Bukit Mertajam courthouse today BUKIT MERTAJAM A DAP Youth leader who led a protest outside a food court against former prime minister Najib Ra...
Najib Didn T Complain About Accounts Ambank Officer Tells Court

Najib Didn T Complain About Accounts Ambank Officer Tells Court

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 448 hits
Najib Razak is on trial for 25 charges of abuse of power and money laundering involving 1MDB funds amounting to RM2 28 billion KUALA LUMPUR An AmBank officer told the High Court in Najib Razak s 1MDB trial the former prime minister did not ...
Betul Ker Najib Tidak Terlepas Pendakwaan Walaupun Bn Memerintah

Betul Ker Najib Tidak Terlepas Pendakwaan Walaupun Bn Memerintah

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 178 hits
Andaian popular adalah para pembesar Umno BN daripada kluster mahkamah mahu supaya Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan lebih awal bagi mengelak masuk penjara dan mendapat pengampunan diraja Tetapi kalau diperincikan ia tidaklah semudah itu Per...
Kenapa Najib Akan Terbebas

Kenapa Najib Akan Terbebas

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 210 hits
Sejarah umno yang mempertahankan Melayu Islam dan kesultanan kena diambilkira Najib sudah pun terhukum oleh mahkamah rakyat di PRU14 dan walaupun tidak dipenjara keputusan dua mahkamah dan empat Hakim sudah pun terbukti dia bersalah Sudah t...
Shafee Is More Qualified Says Prosecution In Objecting To Najib S Bid To Bring In Uk Lawyer For Src Appeal

Shafee Is More Qualified Says Prosecution In Objecting To Najib S Bid To Bring In Uk Lawyer For Src Appeal

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 281 hits
Lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah is pictured at the Kuala Lumpur Court Complex June 8 2022 Picture by Shafwan ZaidonBy Ida LimMonday 13 Jun 2022 5 07 PM MYTKUALA LUMPUR June 13 Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah is more equipped than L...
Anwar Ibrahim Tempelak Tommy Thomas Sidang Media Perkenaan Isu Penguasaan Bahasa Kes Najib

Anwar Ibrahim Tempelak Tommy Thomas Sidang Media Perkenaan Isu Penguasaan Bahasa Kes Najib

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 271 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Tan Sri Tommy Thomas dan meminta bekas Peguam Negara itu melihat diri sendiri ke cermin Ia susulan kenyataan yang dikeluarkan Tommy baru baru ini yang meminta Anwar melihat ...
Bongkar Kejahatan Najib Rasuah Dato Zaharin Cabar Sprm

Bongkar Kejahatan Najib Rasuah Dato Zaharin Cabar Sprm

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 223 hits
BONGKAR KEJAHATAN NAJIB RASUAH DATO ZAHARIN CABAR SPRM BERANIKAH SPRM BERTINDAK
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak