Mangsa Motosikal Terbakar Terharu Terima Sumbangan



Oleh : Mohd Rizauddin

DUNGUN , 9 Jun - "Saya sungguh terharu dengan sumbangan motosikal yang saya dapat ni. Terima kasih banyak ustaz. Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan ustaz dan semua kakitangan Pejabat Parlimen Dungun," ujar Mohammad Radzi Mohamed.

Mohamad Radzi, 65, merupakan pemilik sebuah motosikal yang musnah terbakar di Bangunan Salwa, Sura Gate, pada 7 April lalu.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu dia berada di bilik sewanya di tingkat tiga bangunan tersebut selepas baru 10 minit pulang dari kedai runcit.


Mohamad Radzi berkata, dia tetap redha dengan dugaan yang dihadapi walaupun kejadian berkenaan menyebabkan satu-satunya kenderaan miliknya lenyap sekelip mata.

Bagaimanapun, sukar untuk digambarkan perasaannya apabila memperoleh sebuah motosikal baharu hasil sumbangan Pejabat  Ahli Parlimen Dungun serta pihak kedai Aroma Kitchen yang turut mengadakan kutipan derma untuk menggantikan motosikalnya yang terbakar.

"Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih. Saya memang tidak menyangka Allah kurniakan rezeki sebegini kepada saya. Terima kasih juga kepada Aroma Kitchen kerana turut serta mengadakan kutipan derma. Semoga Allah membalas jasa kalian semua" ujarnya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan itu di Tenox Motorbikes, di sini, semalam.


Penyerahan motosikal tersebut dilakukan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dengan disaksikan pemilik Aroma Kitchen sendiri, Jamilul Khairi Abd Rasid serta rakan kongsinya, Azidy Abdul Hadi.

Sementara itu, Wan Hassan berkata, inisiatif yang dilakukan oleh pihak Aroma Kitchen itu adalah satu contoh terbaik bagi anak muda.

Beliau juga menggalakkan agar lebih ramai lagi anak muda di Dungun khususnya terlibat dengan kerja-kerja kebajikan seperti yang dilakukan oleh mereka berdua.

Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/06/mangsa-motosikal-terbakar-terharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6005 Keluarga Mangsa Rempuhan Pemandu Mabuk Terima Wakalah Perkeso Bernama 05 06 2020

6005 Keluarga Mangsa Rempuhan Pemandu Mabuk Terima Wakalah Perkeso Bernama 05 06 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 404 hits
KUALA LUMPUR 5 Jun Alhamdulillah syukur banyak pihak datang membantu saya dan anak anak untuk meneruskan kehidupan kata Zahlawati Zahlan 47 Dia adalah balu kepada Mohamed Zaili Mohamed yang maut dirempuh pemandu mabuk di Lebuhraya Sultan Is...
Nadma Terima Sumbangan Rm53 Juta Untuk Tabung Covid 19

Nadma Terima Sumbangan Rm53 Juta Untuk Tabung Covid 19

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 404 hits
PUTRAJAYA 11 JUN Agensi Pengurusan Bencana Negara hari ini menerima sumbangan wang tunai dan barangan bernilai lebih RM53 juta dari sembilan syarikat dan organisasi untuk Tabung Covid 19 Kesemua sumbangan disampaikan oleh wakil syarikat pen...
Pesakit Strok Terharu Terima Bantuan Kerusi Roda

Pesakit Strok Terharu Terima Bantuan Kerusi Roda

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 365 hits
Oleh Mustaqim AfandiBesut 4 Jun Seorang pesakit minor stroke terharu menerima sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan di rumahnya di Kampung Batu Tumbuh disini Wan Husain yang menerima bantuan kerusi roda yang disumbangkan oleh pihak ...
Tular Video Warga Kkm Bersorak Gembira Netizen Ucap Terima Kasih

Tular Video Warga Kkm Bersorak Gembira Netizen Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 373 hits
Umum sedia tahu bermula 10 Jun ini Malaysia sedang dalam fasa pemulihan dari wabak pandemik Covid 19 Semalam Perdana Menteri kesayangan kita Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bermula 10 Jun bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemuliha...
Pok Mat Tidak Sangka Terima Kunjungan Pemimpin Negeri

Pok Mat Tidak Sangka Terima Kunjungan Pemimpin Negeri

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 320 hits
Oleh Rohayati RipinKUALA TERENGGANU 8 JUN Bapa kepada tiga mangsa kejadian lemas di Sungai Telemong Hulu Terengganu pada 28 Mei baru baru ini tidak menyangka dan terharu dengan kehadiran para pemimpin kerajaan negeri ke kediamannya Mohamad ...
5 Alasan Berdiam Diri Di Rumah Itu Termasuk Perjuangan Terima Kasih Sudah Rela Melawan Kebosanan

5 Alasan Berdiam Diri Di Rumah Itu Termasuk Perjuangan Terima Kasih Sudah Rela Melawan Kebosanan

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 481 hits
Tenaga medis berjuang merawat pasien corona perjuangan kita adalah mencegah penyebaran virus agar nggak menyebar
120 Ibu Terima Bantuan Lampin Pakai Buang Susu Formula Bayi

120 Ibu Terima Bantuan Lampin Pakai Buang Susu Formula Bayi

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 1133 hits
unable to retrieve full text content SHAH ALAM 9 JUN Seramai 120 ibu golongan B40 yang mempunyai anak kecil menerima bantuan lampin pakai buang dan susu formula bayi minggu lalu Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri berkata i...
Selangor Belum Terima Sop Operasi Kedai Gunting Rambut Pasar Malam

Selangor Belum Terima Sop Operasi Kedai Gunting Rambut Pasar Malam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 573 hits
SHAH ALAM 9 JUN Kerajaan Negeri belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan Persekutuan berhubung tatacara operasi piawai bagi pembukaan semula beberapa aktiviti perniagaan di Selangor susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera...
Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

Laluan Jalan Dan Jambatan Baharu Jerantut Lipis

Kekecohan Bersatu Tunjuk Ada Yang Tak Beres Antara Muhyiddin Hamzah

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit

Kita Bertanggungjawab Dengan Apa Yang Kita Kata

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Growing And When To Pause

Kenduri Kahwin

Rupa Rupanya Ada 120 Ketua Bahagian Telah Menandatangani Akuan Bersumpah Mahu Muhyiddin Berundur

Beberapa Perkhidmatan Maybank Dipercayai Tergendala

Gempa Bumi Segamat 15 Bangunan Kerajaan Rosak Baik Pulih Setengah Juta

Samsol Selagi Aku Ada Chord