Mangsa Minum Air Ada Dadah Bapa Sepupu Kanak Kanak Kritikal Dadah Dijel


Bapa sepupu yang menyebabkan seorang seorang kanak-kanak kritikal akibat kandungan dadah dalam badan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM3,000 dan khidmat masyarakat selama 180 jam oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Selasa.
Positif dadah jenis methamphetamine dan morfin
Hukuman diputuskan oleh Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas tertuduh, Mohd Shahrizuan Alias, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun sembilan bulan itu didakwa mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada sesuatu yang berbahaya terhadap tubuh badan iaitu dadah berbahaya jenis metamphetamine dan morfin sehingga menyebabkan mangsa mengalami drug toxicity.
Kesalahan dilakukan di tepi sungai Kampung Sri Jaya, Mahligai, Dabong, Kuala Krai pada jam 3 petang, 18 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama apabila disabitkan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, pada 19 Jun lalu, pihak Hospital Gua Musang menerima pesakit kanak-kanak tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa oleh ibunya untuk rawatan.

Ujian saringan air kencing mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis methamphetamine dan morfin serta dipercayai terlebih dos hingga kritikal.
Sehari sebelum itu, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu dibawa keluar oleh tertuduh untuk pergi mandi sungai.
Mangsa diletakkan di dalam kereta bersendirian kerana dilihat mengantuk sementara tertuduh turun semula ke sungai untuk mengambil anak lelakinya yang berusia dua tahun enam bulan. Mangsa dipercayai meminum air mengandungi dadah milik tertuduh yang diletakkan di dalam kereta itu kerana mendapati botol sudah kosong.
Tertuduh ditangkap pada jam10 malam, 19 Jun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan memohon hukumannya diringankan kerana perlu menyara keluarga.
Wan Nurul Hanini bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang setimpal terhadap tertuduh kerana kecuaian terhadap kanak-kanak di bawah umur dan OKU tersebut.

“Mangsa yang masih kecil tidak dapat membezakan air yang mengandungi dadah kerana usia muda selain memerlukan pemerhatian serta tunjuk ajar.
“Tertuduh tidak sepatutnya cuai hingga menyebabkan mangsa kritikal hingga memerlukan bantuan oksigen,” katanya.
Dalam kejadian lalu, ibunya menyedari kanak-kanak itu berada dalam keadaan lemah dengan muka bertukar kebiruan pada jam 5 pagi lalu dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan.
Kredit: Sinar Harian

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Mangsa Minum Air Ada Dadah.” Bapa Sepupu Kanak-Kanak Kritikal Dadah Dijel appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mangsa-minum-air-ada-dadah-bapa-sepupu-kanak-kanak-kritikal-dadah-dijel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Kritikal Ada Dadah Dalam Badan

Kanak Kanak Kritikal Ada Dadah Dalam Badan

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 220 hits
KOTA BHARU 20 Jun Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan dari Kampung Sri Bintang Kuala Krai dekat sini berada dalam keadaan kritikal selepas pemeriksaan doktor mendapati ada kandungan dadah dalam badannya Pemangku Ket...
Batuk Makin Teruk Lepas Minum Air Kelapa Muda

Batuk Makin Teruk Lepas Minum Air Kelapa Muda

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 268 hits
Assalamualaikum Serius weh SA penat giler giler punya penat dengan x berapa sihat kan ramai suruh SA buat full medical check up sedangkan SA demam ni selepas SA buat full medical check up SA call doc SA kat KPJ Tanya peru tak SA mengadap di...
Bapa Saudara Jadi Punca Budak 3 Tahun Overdose Dadah Dipenjara 3 Tahun

Bapa Saudara Jadi Punca Budak 3 Tahun Overdose Dadah Dipenjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 215 hits
Foto tertuduh Harian MetroLelaki yang menjadi punca anak saudaranya overdose dadah jenis methaphetamine dan heroin dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Tertuduh Mohd Shahrizuan Alias 32 mengaku bersalah se...
Tiket Penerbangan Tidak Wujud Pemilik Agensi Didenda Rm3 000

Tiket Penerbangan Tidak Wujud Pemilik Agensi Didenda Rm3 000

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 509 hits
PEMILIK syarikat agensi pelancongan didenda RM3 000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana memperdayakan seorang wanita warga tempatan untuk mendapatkan tiket penerbangan ke Korea Selatan membabitkan kerugian RM10 200 Majistre...
Budak 4 Tahun Overdose Dadah Yang Disyaki Diberi Oleh Bapa Saudaranya

Budak 4 Tahun Overdose Dadah Yang Disyaki Diberi Oleh Bapa Saudaranya

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 164 hits
FOTO HIASANSeorang kanak kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal keerana terdapat kandungan dadah di dalam badannya Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa yang tinggal di Kamp...
Mangsa Mungkin Ambil Lebihan Dadah Dalam Kereta Ketika Ditinggalkan Polis

Mangsa Mungkin Ambil Lebihan Dadah Dalam Kereta Ketika Ditinggalkan Polis

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 207 hits
Kanak kanak lelaki berusia empat tahun yang kini kritikal akibat kandungan methampethamine dalam badan dipercayai mengambil bahan larangan itu sebaik menemuinya di dalam kenderaan milik suspek ARTIKEL BERKAITAN Kemungkinan mangsa terambil l...
Hiburan Menantu Mungkin Ada Masalah Di Tempat Kerja Bapa Mangsa Kelar Suami Sendiri

Hiburan Menantu Mungkin Ada Masalah Di Tempat Kerja Bapa Mangsa Kelar Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 253 hits
Bapa kepada mangsa kelar suami sendiri Rosman Ahmad 58 berkata dia tidak menyangka hubungan baik bersama suspek berakhir dengan tragedi menyayat hati Rosman yang ditemui mengakui terkejut apabila menemui anak perempuan bersama cucunya yang ...
Hiburan Saya Baru Lepas Muntah Lelaki Dakwa Pelayan Suruh Minum Air Paip Enggan Beri Air Kosong Free

Hiburan Saya Baru Lepas Muntah Lelaki Dakwa Pelayan Suruh Minum Air Paip Enggan Beri Air Kosong Free

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 185 hits
Baru baru ini tular di platform media sosial luahan seorang pelanggan berkongsikan pengalamannya yang mendakwa mendapat layanan teruk dari sebuah restoran yang terletak di ibu kota Melalui yang dibuat oleh seorang lelaki berbangsa Cina dia ...
Hiburan Semalaman Nangis Tanpa Henti Ibu Kesal Jiran Bagi Anak Umur 10 Bulan Minum Air Berkarbonat

Hiburan Semalaman Nangis Tanpa Henti Ibu Kesal Jiran Bagi Anak Umur 10 Bulan Minum Air Berkarbonat

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 239 hits
Apabila sudah mempunyai anak sendiri untuk ibu bapa mempunyai sifat lebih protective itu sememangnya normal lagi lagi berkaitan dengan bab pemakanan anak anak Bukan semua makanan boleh diberi kepada anak tambahan pula anak masih berusia lim...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik