Mangsa Didakwa Dipukul Polis Mati Lepas Lebih Sebulan Di Icu



Seorang lelaki yang sebelum ini didakwa dipukul polis ketika berada dalam tahanan sehingga kakinya dipotong menghembuskan nafas terakhir semalam selepas lebih sebulan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang.
Kakaknya, A Thangamalar, 41, berkata pihak hospital mengesahkan kematian adiknya Ganapathy, 40 yang dimasukkan di hospital pada 8 Mac lalu.
“Adik saya mati pukul 10.55 malam semalam. Punca kematian masih tidak diketahui.
“Bedah siasat akan dijalankan esok,”
Untuk rekod, S Thanaletchumy, 60, ibu kepada mendiang pada 11 Mac membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak, mendakwa anaknya dipukul ketika dalam tahanan, sehingga menyebabkan kakinya perlu dipotong.
Dalam laporan itu, Thanaletchumy berkata anaknya ditahan pada 24 Februari bagi membantu siasatan terhadap seorang lagi anaknya yang dikehendaki polis.
Menurut laporan itu, anaknya dalam keadaan sihat ketika ditahan walaupun mempunyai sejarah penyakit diabetes dan masalah jantung.
Namun, selepas dua hari ditahan polis, polis menelefon anak perempuannya untuk datang membawa ubat diabetes dan sakit jantung.
Tetapi, kakaknya dikatakan tidak dibenarkan berjumpa adiknya ketika membawa ubat ke balai polis.
Pada 8 Mac lalu, ahli keluarga mendiang menerima panggilan daripada seorang sarjan yang memaklumkan bahawa Ganapathy telah dibebaskan dan dimasukkan di ICU Hospital Selayang.
Thanaletchumy mendakwa anaknya memberitahunya ketika dalam tahanan dia dipukul oleh polis dengan paip getah.
Di hospital, Ganapathy disahkan mempunyai masalah buah pinggang dan kakinya terpaksa dipotong.
Ahli keluarganya mendakwa kesihatan mendiang menjadi teruk disebabkan dipukul. Mereka turut mendakwa melihat kaki mendiang bengkak dan lebam seperti kesan dipukul.
Mendiang bekerja sebagai peniaga susu lembu dan mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata bahawa pihak polis sedang menunggu keputusan bedah siasat.
“Siasatan menyeluruh telah dibuat.
“Setakat ini kita tunggu laporan bedah siasat,” katanya.
Untuk rekod, pada 12 Mac, Arifai memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya telah mengarahkan siasatan terperinci dijalankan berhubung kes.
Sementara itu, ketika dihubungi, peguam kepada keluarga mendiang, K Ganesh mendesak ketua balai meletakkan jawatan kerana menurutnya begitu banyak soalan masih tidak dijawab dalam kes ini.
“Keluarga Ganapathy hancur akibat tidak ketanggungjawaban segelintir orang.
“Kenapa ketua balai, tidak tahu apa yang berlaku di stesennya. Ini satu bukti jelas pengabaian tugas olehnya.
“Dia harus letak jawatan. Dan kes ini harus diklasifikasi sebagai pembunuhan dan disiasat semula,” katanya.
Ganesh turut mempersoalkan kenapa tidak ada sesiapa ditahan sehingga hari ini.
“Ini kerana Ganapathy sedar dan memberitahu kepada ahli keluarganya bahawa dipukul oleh polis,” tambahnya lagi.
The post Mangsa didakwa dipukul polis mati lepas lebih sebulan di ICU appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/19/mangsa-didakwa-dipukul-polis-mati-lepas-lebih-sebulan-di-icu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Dakwa Anak Dipukul Cikgu Guna Pembaris Kayu Sehingga Pecah Berderai Polis Sahkan Telah Terima Laporan

Ibu Dakwa Anak Dipukul Cikgu Guna Pembaris Kayu Sehingga Pecah Berderai Polis Sahkan Telah Terima Laporan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 347 hits
437 total views 437 views today Tular di media sosial gambar seorang murid lelaki yang mengalami kesan berbirat di tangan kiri dan ibu mangsa mendakwa anaknya telah dipukul oleh guru sekolah dipercayai berlaku di Alor Setar Kedah Gambar gam...
Tular Video Orang Ramai Bersorak Selepas Polis Yang Didakwa Bunuh George Floyd Akhirnya Didapati Bersalah

Tular Video Orang Ramai Bersorak Selepas Polis Yang Didakwa Bunuh George Floyd Akhirnya Didapati Bersalah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 404 hits
143 total views 143 views today Reaksi orang ramai sebaik sahaja mahkamah memutuskan bekas anggota polis Derek Chauvin yang didakwa membunuh George Floyd pada Mei tahun lalu didapati bersalah Ia dibaca oleh Hakim Peter Cahill selepas lebih ...
Penjual Kuih Didakwa Bunuh Anggota Polis

Penjual Kuih Didakwa Bunuh Anggota Polis

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 405 hits
2 690 total views 1 725 views today GEORGE TOWN 23 April Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota polis minggu lepas Tertuduh 35 mengangguk faham selepas pertuduhan terh...
Muat Naik Senarai Nama Anggota Polis Didakwa Terlibat Kartel Bekas Inspektor Ditahan

Muat Naik Senarai Nama Anggota Polis Didakwa Terlibat Kartel Bekas Inspektor Ditahan

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 245 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang bekas pegawai polis berpangkat inspektor ditahan kerana memuat naik dan menyebarkan dakwaan bahawa beberapa pegawai polis terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah terancang Pengarah Jabatan Siasatan Jenaya...
Ibu Buat Laporan Polis Anak Cedera Dipukul Guru

Ibu Buat Laporan Polis Anak Cedera Dipukul Guru

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 267 hits
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS Kecederaan yang dialami murid tahun tiga sebuah sekolah di Kuala Kedah didakwa akibat dipukul guru ALOR SETAR Seorang ibu membuat laporan polis mendakwa anak lelakinya yang merupakan murid tahun tiga sebuah sekolah ...
Alvin Goh Adik Didakwa Terima Wang Aktiviti Haram Lebih Rm2 1 Juta

Alvin Goh Adik Didakwa Terima Wang Aktiviti Haram Lebih Rm2 1 Juta

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 311 hits
Gambar Hiasan Ahli perniagaan Goh Leong Yeong atau lebih dikenali Alvin Goh dan adiknya hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM2 1 juta Bagaimanapun ...
Polis Melaka Rampas Rokok Arak Seludup Lebih Setengah Juta

Polis Melaka Rampas Rokok Arak Seludup Lebih Setengah Juta

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 188 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA ABDUL MAJID Mohd Ali menunjukkan rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai RM685 000 yang dirampas polis UTUSAN DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA MELAKA Polis berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minum...
Polis Rampas Pil Jihad Bernilai Lebih Rm221 Juta Di Pelabuhan Klang

Polis Rampas Pil Jihad Bernilai Lebih Rm221 Juta Di Pelabuhan Klang

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 248 hits
BernamaPELABUHAN KLANG Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik merampas 650 kilogram dadah jenis pil captagon atau dikenali sebagai dadah jihad bernilai lebih RM221 86 juta di Pelabuhan Klang Isnin lepas Pengarah JSJN Razarudin Husain berkata ram...
Dipukul Kerana Puasa Polis Kesan Ada Pihak Ugut Isytihar Perang Kepung Klang

Dipukul Kerana Puasa Polis Kesan Ada Pihak Ugut Isytihar Perang Kepung Klang

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 302 hits
659 total views 397 views today Baru baru ini telah berlaku kejadian dua pengawal peribadi dipukul oleh majikan kerana berpuasa Polis Kontinjen Selangor dalam satu kenyataan telah mengesan beberapa video klip yang dimuatnaik dari pelbagai p...
Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Designing Easy Websites And Apps

Euro Dibawah Tekanan

Petronas Iktiraf Petros Sebagai Agregator Gas Sarawak Tidak Termasuk Ln

One Way To Get To Know The Locals In Britain Stay In A Pub

Malaysia Rolls Out Generative Ai Tool To 445 000 Civil Servants

Aktiviti Perbincangan Ppim Bersama Pkns Ppim 05 02 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


10 Cara Kerja Pintar Tanpa Burnout

Jalan Jalan Cuci Mata Di Yodabashi Akiba Gedung Beli Belah 9 Tingkat

Dapat Handbeg Dan Purse Baharu Alain Delon Di Tahun Baru 2025

Jom Tiru Checklist Preparation Neelofa Menjelang Ramadan Tahun 2025

Pesakit Sle Ulser

Applications Of Waterproof Toggle Switches From Marine To Outdoor Use