Mangsa Banjir Kena Scam Beli Perabot Murah Tak Sampai


 
Nilai RM 300 mungkin nampak kecil namun dalam keadaan sekarang ia besar maknanya, luah mangsa banjir yang hanya mahu dikenali sebagai Nini.PETALING JAYA: Belum habis derita kerugian akibat bencana, seorang mangsa banjir terus “berputih mata” selepas menjadi mangsa “scammer” jualan dalam talian yang menawarkan perabot baharu pada harga murah.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nini, 44, berkata dia berusaha mencari dan membeli almari baju baharu susulan semua perkakas rumah dimilikinya rosak ditenggelami banjir, baru- baru ini.
Nini merupakan antara ratusan mangsa yang mengalami kemusnahan harta benda apabila kediamannya di Bentong, Pahang ditenggelami banjir luar biasa pada 18 Disember lalu.
“Saya mulanya tertarik untuk membeli almari selepas melihat iklannya di media sosial Facebook ‘Marketplace’ pada 30 Dis lalu dan hubungi ejen produk itu melalui peti mesej (messenger). Penjual produk itu kemudian memberi maklum balas melalui aplikasi WhatsApp.
“Pada awalnya, ‘penjual’ menghantar pelbagai gambar almari baju dengan pelbagai saiz dan harga. Saya tidak mengesyaki apa apa kerana transaksi bayaran perlu dimasukkan ke akaun bank milik syarikat,” jelasnya yang menetap di Kg Baru Bentong, menurut laporan Harian Metro.
Katanya, suspek turut meminta resit bayaran selepas transaksi selesai dilakukan, malah ‘penjual’ terbabit turut meyakinkannya produk dibeli itu siap dipasang dengan penghantaran percuma di luar Kuala Lumpur.
“Walaupun ada produk sama dijual di dalam talian namun kebanyakannya perlu dipasang sendiri. Ini menjadi masalah kerana saya masih sibuk mengemas rumah kesan banjir yang berlaku,” katanya.
Katanya, bayaran penuh RM300 dilakukannya pada 31 Dis lalu membabitkan pembelian dua almari, namun sehingga kini dia masih tidak menerima perabot dijanjikan.
Tambah Nini, mesej pertanyaannya tidak dijawab dan ‘jurujual’ itu turut menyekat nombor telefonnya selain gagal dikesan.
“Susulan itu saya sudah membuat laporan polis serta akan membawa kes ini ke tribunal pengguna untuk membuat tuntutan.
“Ini bukanlah kali pertama saya melakukan pembelian atas talian namun perkara ini tidak seharusnya berlaku. Individu terbabit jelas mengambil kesempatan ke atas mangsa banjir yang kebanyakannya hilang harta benda dan perlu diganti baharu. Nilai RM 300 mungkin nampak kecil namun dalam keadaan sekarang ia besar maknanya untuk kami,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/mangsa-banjir-kena-scam-beli-perabot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 513 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Rebat Rm500 Mangsa Banjir Beli Barangan Elektrik Bermula 7 Jan

Rebat Rm500 Mangsa Banjir Beli Barangan Elektrik Bermula 7 Jan

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 240 hits
Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Jan MANGSA banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency di premis terpilih atau secara dalam ta...
13 000 Mangsa Banjir Masih Berada Di Lebih 100 Pps

13 000 Mangsa Banjir Masih Berada Di Lebih 100 Pps

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 300 hits
Jumlah mangsa banjir di dua negeri menurun tiga negeri kekalRakaman gambar sebuah rumah yang musnah akibat banjir lumpur di Sungai Telemong Pahang Gambar Bernama Jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan di dua negeri manakala tiga negeri k...
3 462 Mangsa Banjir Di Negeri Sembilan Sudah Terima Bantuan

3 462 Mangsa Banjir Di Negeri Sembilan Sudah Terima Bantuan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 268 hits
Oleh Aminuddin menyampaikan sijil khairat kematian kepada ADUN Paroi Datuk Mohamad Taufek Abdul Ghani di Seremban Foto NSTP Mohd Amin Jalil SEREMBAN Kerajaan negeri sudah menyalurkan bantuan berjumlah lebih RM3 4 juta kepada 3 462 ketua isi...
Mb Kedah Bawa Backhoe Cuci Rumah Mangsa Banjir

Mb Kedah Bawa Backhoe Cuci Rumah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 293 hits
Nurul Huda Abhar TERDAPAT banyak kumpulan sukarelawan dan individu persendirian tampil membantu mangsa yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda Lembah Klang baru baru ini Tidak terkecuali hadir turun padang memerah keringat me...
Kerajaan Wajar Pertimbang Rebat Bil Utiliti Kepada Mangsa Banjir

Kerajaan Wajar Pertimbang Rebat Bil Utiliti Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 271 hits
Mangsa banjir luar biasa di Selangor dan Pahang wajar dipertimbangkan untuk diberi rebat bil bil utiliti Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Loh Ker Chean operator perkhidmatan utiliti seharusnya melaksanakan Program Tanggungjawab S...
Misi Bantuan Dan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Dari Magnet Team

Misi Bantuan Dan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Dari Magnet Team

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 377 hits
Peribahasa Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Maknanya Hanya orang yang mengalami tahu kesusahan sebenar Seri Wangi di sini ingin meluahkan perasaan dan berkongsi kesedihan dan kesengsaraan mangsa mangsa banjir dalam menghadapi si...
Mangsa Banjir Perlu Diberi Rebat Utiliti Wanita Pkr

Mangsa Banjir Perlu Diberi Rebat Utiliti Wanita Pkr

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 357 hits
Mangsa banjir luar biasa di Selangor dan Pahang wajar dipertimbangkan untuk diberi rebat bil bil utiliti Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Loh Ker Chean operator perkhidmatan utiliti seharusnya melaksanakan Program Tanggungjawab S...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambal Ikan Bilis Lembut

Gabungan Melayu Zahid Presiden Dr Sam Timbalan Presiden

Heed Cj S Views Nazri S Criticism Illogical

Jakim Lodges Report On Offensive Fb Comment Posted During Pak Lah S Funeral

Hygr Apologises Over Personal Care Ad On Lrt Coaches

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like