Mangsa Banjir Indonesia Bakal Terima Elaun Sara Hidup Harian
Mangsa Banjir Indonesia Bakal Terima Elaun Sara Hidup Harian
Pemerintah Indonesia merancang pemberian elaun sara hidup harian berjumlah 10,000 rupiah (sekitar RM2.44) kepada mangsa banjir di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban mangsa sepanjang tempoh pemulihan pascabencana, lapor CNN Indonesia.
Menteri Sosial Indonesia, Saifullah Yusuf atau lebih dikenali sebagai Gus Ipul, berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada setiap individu dalam sesebuah keluarga selama tiga bulan.
“Selepas mangsa ditempatkan di penempatan sementara atau kediaman tetap, mereka akan menerima jaminan sara hidup selama tiga bulan. Setiap individu layak menerima bantuan sebanyak 10,000 rupiah sehari,” katanya seperti dipetik media tempatan.
Menurut beliau, jumlah bantuan akan dikira berdasarkan bilangan ahli keluarga.
“Jika sebuah keluarga mempunyai lima orang, maka mereka akan menerima 10,000 rupiah untuk setiap individu setiap hari sepanjang tempoh bantuan,” jelasnya.
Kadar elaun belum dimuktamadkan
Bagaimanapun, Gus Ipul menjelaskan bahawa kadar elaun tersebut masih merupakan cadangan dan belum dimuktamadkan.
Nilai itu dicadangkan berdasarkan indeks bantuan tahun 2020 dan kerajaan kini sedang menilai sama ada jumlah tersebut masih sesuai dengan kos sara hidup semasa.
Selain elaun sara hidup, Kementerian Sosial Indonesia turut merancang menyalurkan pelbagai bentuk bantuan lain kepada mangsa bencana.
Ini termasuk pemberian sebanyak 15 juta rupiah (sekitar RM3,660) kepada waris mangsa yang terkorban dan bantuan kepada mangsa yang mengalami kecederaan parah berjumlah 5 juta rupiah (sekitar RM1,220).
Kerajaan juga akan menyediakan bantuan peralatan dapur bernilai 3 juta rupiah (sekitar RM732). Selain itu, mangsa turut akan menerima sokongan pemberdayaan ekonomi peringkat awal sebanyak 5 juta rupiah (sekitar RM1,220).
Dalam pada itu, Gus Ipul menegaskan bahawa usaha membantu mangsa banjir dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan, bukan hanya Kementerian Sosial semata-mata.
BACA: Tito Karnavian Mohon Maaf, Nafi Remehkan Bantuan Dari Malaysia
Sumber: CNN Indonesia
The post Mangsa Banjir Indonesia Bakal Terima Elaun Sara Hidup Harian appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/21/mangsa-banjir-indonesia-bakal-terima-elaun-sara-hidup-harian/