Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu Kelantan Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara


 


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di empat negeri yang terjejas semakin pulih dengan penurunan ketara bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Sehingga petang tadi, Terengganu merekodkan 437 mangsa di PPS manakala Kelantan (109), Pahang (64) dan Perak (27).
Di TERENGGANU, penurunan mangsa di PPS daripada 1,621 orang pagi tadi kepada 437 orang, disebabkan keadaan cuaca yang semakin baik sejak semalam dengan menyaksikan daerah Kemaman dan Hulu Terengganu yang teruk terjejas sebelum ini, kembali pulih.
Bagaimanapun, sehingga jam 6 petang tadi, beberapa kawasan di enam daerah masih terjejas iaitu Besut, Setiu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kemaman menjadi daerah terbaharu yang menutup PPS selepas 43 mangsa daripada 13 keluarga dibenarkan pulang.
Katanya setakat ini sebanyak 13 PPS masih diaktifkan bagi menempatkan 107 keluarga.
Sementara itu, Bernama melaporkan di KELANTAN, situasi banjir bertambah baik dengan hanya 109 mangsa daripada 22 keluarga berada di empat PPS berbanding 400 orang pagi tadi.
Mereka ditempatkan di PPS dalam dua jajahan iaitu masing-masing dua di Pasir Mas dan Pasir Puteh manakala banjir di Kota Bharu dan Tanah Merah pulih sepenuhnya.
Sementara itu, InfoBencana JKM melaporkan Pasir Mas menjadi daerah tertinggi mangsa banjir dengan 58 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di dua PPS.
Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), situasi setakat 4 petang menunjukkan air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu pada bacaan 9.63 meter (paras bahaya ialah pada bacaan 9 meter) dengan trend menaik.
Di PAHANG, kesemua 64 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di dua PPS di Raub setakat 4 petang berbanding 109 orang daripada 34 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS pagi tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS di Masjid Jamek Kampung Kuala Semantan menempatkan 38 orang daripada 12 keluarga manakala seramai 26 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Pia.
Tinjauan Bernama di Raub mendapati banjir mula surut dengan sebahagian penduduk yang terjejas mula pulang ke rumah masing-masing.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan banjir termenung di Kampung Matang Tengah, Beriah dalam daerah Kerian menjadi punca mangsa masih berada di PPS di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai setakat 4 petang. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/mangsa-banjir-di-terengganu-kelantan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Pahang Terus Catat Peningkatan Terengganu Semakin Pulih

Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Pahang Terus Catat Peningkatan Terengganu Semakin Pulih

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Banjir di Kelantan dan Pahang terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa manakala situasi banjir di Terengganu beransur pulih Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan meningkat kepada 323 orang sehingga pukul 5 petang...
Banjir Terengganu Makin Buruk Lebih 2 600 Mangsa Dipindahkan

Banjir Terengganu Makin Buruk Lebih 2 600 Mangsa Dipindahkan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 193 hits
Banjir di Terengganu bertambah buruk apabila semua daerah di negeri itu kini terjejas Gelombang ketiga banjir yang kembali melanda sejak Rabu menyaksikan seramai 2 629 mangsa telah dipindahkan Ketua sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Benca...
Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 185 hits
Zatul Iffah ZolkiplyKuala Terengganu Seramai 530 mangsa banjir daripada 131 keluarga masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara di seluruh Terengganu Ia menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 7 malam tadi yang merekodkan 520 man...
Raub Jadi Daerah Pertama Di Landa Banjir Di Pahang Seramai 55 Mangsa Kini Di Pindahkan

Raub Jadi Daerah Pertama Di Landa Banjir Di Pahang Seramai 55 Mangsa Kini Di Pindahkan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 238 hits
KUANTAN Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir musim tengkujuh di Pahang tahun ini apabila 55 mangsa daripada 19 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara awal pagi ini Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahan...
8 Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Libatkan Kl Johor Pahang Perak Selangor Dan Kelantan

8 Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Libatkan Kl Johor Pahang Perak Selangor Dan Kelantan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 262 hits
Kementerian Kesihatan mengesahkan lapan lagi kluster baru COVID 19 yang dikesan di Malaysia hari ini Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Dri Dr Noor Hisham Abdullah kluster kluster itu melibatkan negeri Johor Pahang Perak Selangor Kelantan...
Kelantan Negeri Ke 2 Termiskin Hanya Mb Exco Kaya

Kelantan Negeri Ke 2 Termiskin Hanya Mb Exco Kaya

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 186 hits
Sham Ghaz Di tempat kedua adalah Kelantan dengan kadar kemiskinan 12 4 peratus yang menunjukkan lebih 230 000 orang di negeri ini hidup dalam kemiskinan Menteri di Jabatan Perdana MenteriMenteri Besar Timbalan Menteri Besar Exco dan Pegawai...
Istana Perak Belum Ada Pihak Yang Perolehi Majoriti Mudah Untuk Tubuh Kerajaan Negeri

Istana Perak Belum Ada Pihak Yang Perolehi Majoriti Mudah Untuk Tubuh Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 246 hits
IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Shah masih belum diyakinkan oleh mana parti politik sebagai mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata pemimpin Pakatan Ha...
Dun Perak Bergegar Lagi Perubahan Kerajaan Negeri Akan Berlaku Menteri Besar Perak Hilang Sokongan

Dun Perak Bergegar Lagi Perubahan Kerajaan Negeri Akan Berlaku Menteri Besar Perak Hilang Sokongan

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 302 hits
loading Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan majoriti selepas usul undi percaya yang dibuat ke atasnya tidak mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
Mb Perak Mesti Ketepikan Adun Derhaka Sebagai Exco Kerajaan Negeri

Mb Perak Mesti Ketepikan Adun Derhaka Sebagai Exco Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 264 hits
Hakikat bahawa Pas telah menderhaka kepada Sultan Perak berikutan tindakan tiga Adunnya di negeri itu menolak untuk mengadap sebagaimana telah dititahkan akhirnya terjawab dengan sendirinya Jika sebelum ini Pas mempertahankan tindakan tiga ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya