Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Pahang Terus Catat Peningkatan Terengganu Semakin Pulih


 


KUALA LUMPUR -- Banjir di Kelantan dan Pahang terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa manakala situasi banjir di Terengganu beransur pulih.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan meningkat kepada 323 orang sehingga pukul 5 petang ini berbanding 283 orang pada sebelah pagi tadi.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jajahan Tanah Merah dan Pasir Mas menjadi jajahan yang terbaharu terjejas banjir selepas Kota Bharu dan Pasir Puteh, dengan kini 11 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berbanding sembilan PPS pagi tadi .
Daripada jumlah itu, seramai lapan mangsa daripada dua keluarga di tempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kual, Pasir Mas manakala di Tanah Merah, seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Padang Kijang.
Di Kota Bharu seramai 84 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di tiga PPS manakala di Pasir Puteh mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 219 orang dengan enam PPS dibuka.
Pertambahan jumlah mangsa banjir ini berikutan kesan hujan lebat sejak pagi semalam.

Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://publicinfobanjir.water.gov.my setakat 5 petang ini menunjukkan Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya iaitu pada bacaan 9.26 meter (m) (bahaya 9 m) namun ia adalah pada trend menurun.
Di PAHANG, portal Info Bencana JKM melaporkan lima PPS dibuka di Raub setakat 4 petang, bagi menempatkan 109 mangsa daripada 34 keluarga berbanding 55 mangsa daripada 19 keluarga pagi tadi.
SK Ulu Sungai menempatkan mangsa paling ramai iaitu 42 orang daripada 11 keluarga daripada Kampung Sungai Ulu, diikuti Masjid Kampung Kuala Semantan (38 orang daripada 12 keluarga), Balai Raya Kampung Sengkela (12 orang daripada empat keluarga), SK Tersang (11 orang daripada tiga keluarga) dan Balai UMNO Kampung Batu Talam (enam mangsa daripada empat keluarga).
Tinjauan Bernama di Raub mendapati banjir yang bermula awal pagi tadi mulai surut, tetapi mangsa banjir dinasihatkan untuk terus kekal di PPS sebagai langkah berwaspada memandangkan hujan masih renyai, selain untuk mengelakkan mereka perlu berpindah untuk kali kedua.
Sementara itu laman rasmi Jabatan Parit dan Saliran (JPS) (publicinfobanjir.water.gov.my) melaporkan paras air Sungai Lipis di Batu Malim yang melimpah sehingga menyebabkan banjir di Raub setakat 4 petang ini, berada di paras amaran iaitu 114.61 meter (m) berbanding paras normal 113.20m, menunjukkan trend menurun daripada aras bahaya yang direkodkan pagi tadi.
Selain Sungai Lipis, turut berada di paras amaran ialah Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi, Bentong iaitu pada paras 52.57m manakala dua lagi sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Jempol di Rancangan Felda Jengka, Maran iaitu 00.85m melebihi paras waspada 29m serta Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera iaitu 29.79m berbanding paras normal 28.20m.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa berkurangan kepada 2,130 orang daripada 550 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 2,802 orang daripada 781 keluarga 8 pagi tadi.
Penurunan jumlah mangsa itu ialah susulan penutupan 18 PPS menjadikan jumlah terkini ialah 58 PPS berbanding 76 pagi tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata penutupan PPS terbanyak ialah di Setiu iaitu 12 PPS diikuti Besut (tiga) dan masing-masing satu di Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Data JPS pula menunjukkan dua sungai masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu setinggi 21.21m (paras bahaya 21m) dan Sungai Tebak di Kemaman setinggi 18.54m (paras bahaya 18.5m). #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/mangsa-banjir-di-kelantan-pahang-terus.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu Kelantan Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara

Mangsa Banjir Di Negeri Terengganu Kelantan Pahang Dan Perak Catatkan Penurunan Ketara

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Keadaan banjir di empat negeri yang terjejas semakin pulih dengan penurunan ketara bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sehingga petang tadi Terengganu merekodkan 437 mangsa di PPS manakala Kelantan Pa...
Raub Jadi Daerah Pertama Di Landa Banjir Di Pahang Seramai 55 Mangsa Kini Di Pindahkan

Raub Jadi Daerah Pertama Di Landa Banjir Di Pahang Seramai 55 Mangsa Kini Di Pindahkan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 297 hits
KUANTAN Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir musim tengkujuh di Pahang tahun ini apabila 55 mangsa daripada 19 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara awal pagi ini Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahan...
Banjir Terengganu Makin Buruk Lebih 2 600 Mangsa Dipindahkan

Banjir Terengganu Makin Buruk Lebih 2 600 Mangsa Dipindahkan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 259 hits
Banjir di Terengganu bertambah buruk apabila semua daerah di negeri itu kini terjejas Gelombang ketiga banjir yang kembali melanda sejak Rabu menyaksikan seramai 2 629 mangsa telah dipindahkan Ketua sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Benca...
Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 234 hits
Zatul Iffah ZolkiplyKuala Terengganu Seramai 530 mangsa banjir daripada 131 keluarga masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara di seluruh Terengganu Ia menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 7 malam tadi yang merekodkan 520 man...
Ebit Lew Bantu Mangsa Banjir Di Kerian

Ebit Lew Bantu Mangsa Banjir Di Kerian

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 317 hits
BAGAN SERAI Pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew membantu mangsa banjir di daerah Kerian yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman di sini hari ini Seramai 152 orang dari 63 keluarga ...
Tiga Daerah Di Kedah Terjejas Banjir 85 Mangsa Dipindahkan

Tiga Daerah Di Kedah Terjejas Banjir 85 Mangsa Dipindahkan

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 245 hits
ALOR SETAR Seramai 85 mangsa dari tiga daerah di Kedah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat yang berlaku pada Isnin lepas Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Aw...
Mangsa Banjir Di Perak Bertambah

Mangsa Banjir Di Perak Bertambah

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 244 hits
Oleh SAYED HESHAM IDRIS PUSAT pemindahan sementara di Dewan Semai Bakti Ijok Selama dibuka petang tadi untuk menempatkan mangsa banjir GAMBAR IHSAN APMIPOH Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini bertambah kepada 319 orang sehingga pu...
Cerita Sebalik Berita Situasi Banjir Di Terengganu Memburuk

Cerita Sebalik Berita Situasi Banjir Di Terengganu Memburuk

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 288 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Floods Number Of Evacuees Rises In Kelantan Terengganu

Floods Number Of Evacuees Rises In Kelantan Terengganu

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 285 hits
Terengganu and Kelantan continue to record an increase in the number of flood evacuees compared to yesterday while Raub became the first district in Pahang to be hit by floods during the monsoon season this year The number of flood victims ...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Rose B Buai Aku Jaga Ia Sulu Chord

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Everyman Tracker Build Pt 8 Pre Wiring Wrap Up