Mangsa Banjir Bentong Mendakwa Sesetengah Pihak Pentadbiran Hanya Lalu Lambai Tangan




BENTONG - Selain tindak balas perlahan, kunjungan sesetengah pihak pentadbiran secara sepintas lalu di kawasan yang terjejas banjir, tanpa memberi bantuan yang diperlukan, turut mengundang kritikan

Ketika membuat tinjauan di Taman Chegar Medang di Bentong, Pahang semalam, sampah dilihat masih bertimbun di depan rumah mangsa, selain selut yang masih melitupi sebahagian besar kawasan sekitar.
Semalam masuk hari kelima selepas air banjir mula surut Ahad lalu.
Zalmiah Wahab, 61, berkata penduduk berdepan kesukaran untuk membersihkan rumah mereka ekoran masalah bekalan air dan elektrik.
“Kami tinggal sehelai sepinggang, apa pun takda dah. Cuma nasib baik nyawa kami lepas (masih ada),” katanya.
Ditanya jika dia ada menerima sebarang bantuan daripada agensi kerajaan, Zalmiah berkata rombongan kereta Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail hanya melalui kawasan perumahannya.
“Kerajaan datang tengok. Tapi tak turun (kereta), cuma bye bye (lambai tangan) macam tu saja. Tak turun (dari kereta) pun.
"Rasanya mereka datang dari Kuantan. Menteri besar pun ada tapi dia tak turun (dari kereta),” dakwanya.
Namun berdasarkan hantaran Facebook Wan Rosdy semalam, dia ada membuat kunjungan di beberapa kawasan terjejas di Bentong, termasuk Kampung Chegar Medang.
Wan Rosdy turut mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 kepada setiap isi rumah terjejas.
Sementara itu, cucu Zalmiah, Fazri berkata penduduk di kawasannya ada menerima makanan dan barangan asas daripada pihak luar dan NGO.
“Kami bersyukur kepada orang yang beri bantuan dan datang menolong, kutip sampah.
“Barang asas semua ada (disumbangkan), Alhamdulillah,” kata pemuda berusia 23 tahun itu.
Namun saliran yang tersumbat menjadi masalah utama bagi penduduk yang ingin membersihkan rumah, kata Fazri.
“Longkang tersumbat. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan datang (baiki) tapi bila mereka tak datang, air tak boleh mengalir keluar.
“Sudah empat hari cuci tapi tak guna sebab air tetap naik balik. Macam mana nak buat? Tengok sajalah,” keluhnya.
Dia berharap Jabatan Bomba dan Penyelamat dapat dikerahkan untuk mengorek lumpur keluar kerana penduduk tidak berupaya untuk melakukannya secara sendiri.
Taman Chegar Medang merupakan antara kawasan paling teruk terjejas di Bentong. Ia terletak berdekatan Karak dan dalam kawasan DUN Ketari.
Air naik setinggi paras bumbung pada malam Sabtu lalu.
Ditanya berkenaan keberkesanan usaha menyelamat oleh kerajaan, seorang lagi mangsa, Muhd Amzar Nazri, 24, berkata adun kawasan itu iaitu Yong Syefura Othman merupakan antara yang terawal untuk menghantar bantuan ke situ.
“Setakat ini yang saya tahu Rara (Syefura) yang bagi bantuan macam tilam dan makanan.
“Rabu lepas dia pun beri sumbangan lori dan pengorek (backhoe) untuk cuci kawasan. Dia yang cepat bagi bantuan,” kata pelajar kolej itu lagi.
Media juga bertemu seorang sukarelawan dari Muda Johor di situ, yang mendakwa tiadanya agensi kerajaan di kawasan yang ditimpa banjir.
“Secara peribadi, saya tak pasti ini negara anarki atau negara yang ada kerajaan.
“Jelas kita lihat rakyat lebih ramai di sini berbanding agensi kerajaan. Kerajaan tolonglah tengok di sini. Penduduk di sini sangat memerlukan bantuan.
“Tentunya sebagai rakyat kita boleh bantu, itu peranan kita. Tapi ia tanggungjawab kerajaan,” katanya.
Dia media sosial, ramai yang membangkitkan kekecewaan kerana merasakan kerajaan lambat bertindak balas terhadap banjir yang melanda, serta ahli politik yang dilihat menggunakan musibah ini untuk publisiti
Banyak video dikongsikan yang memaparkan reaksi negatif mangsa banjir terhadap menteri yang berkunjung di kawasan yang terjejas atau membangkitkan kritikan terhadap usaha menyelamat yang dilaksanakan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/mangsa-banjir-bentong-dakwa-sesetengah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Wanita Buat Aduan Jadi Mangsa Gangguan Seksual Libatkan Pekerja Pihak Mall Tak Ambil Serius Hanya Gelak

Hiburan Wanita Buat Aduan Jadi Mangsa Gangguan Seksual Libatkan Pekerja Pihak Mall Tak Ambil Serius Hanya Gelak

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 204 hits
Baru baru ini seorang wanita warganegara bernama Rachel berkongsikan kisah mengenai dirinya menjadi mangsa gangguan seksual di sebuah pusat membeli belah yang melibatkan pekerja disana tular di media sosial Hal ini diceritakan di Instagram ...
Mb Pahang Tak Benar Saya Cuma Lambai Mangsa Banjir

Mb Pahang Tak Benar Saya Cuma Lambai Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 225 hits
MB Pahang Tak benar saya cuma lambai mangsa banjir Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata dakwaan bahawa dia sekadar melambai mangsa banjir adalah tidak benar Dia berkata demikian sebagai menjawab laporan seorang penduduk Taman C...
Rentasan 1033 Panas Isu Kelewatan Bantuan Mangsa Banjir Ternyata K

Rentasan 1033 Panas Isu Kelewatan Bantuan Mangsa Banjir Ternyata K

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 337 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10331 RAKYAT SENGSARA YANG DIPERTUA PARLIMEN ENGGAN BAHAS 2 KITA BANTU KITA RAKYAT BANTU RAKYAT 3 PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN 4 JANGAN BERI SOKONGAN KEPADA PEMERINTAHAN ZALIM
Mangsa Banjir Selangor Mengadu Kerajaan Pusat Lembab

Mangsa Banjir Selangor Mengadu Kerajaan Pusat Lembab

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 259 hits
Tular di media sosial mangsa banjir di Hulu Langat Selangor mempersoalkan di manakah agensi Kerajaan Persekutuan ketika mereka ditenggelami banjir Klip video berdurasi 2 minit 46 saat berkenaan memaparkan seorang wanita yang menerangkan kep...
Melawat Dengan Membantu Mangsa Banjir Tak Sama

Melawat Dengan Membantu Mangsa Banjir Tak Sama

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 263 hits
Kita tak boleh menerima apabila dia kata NADMA hanya urus pampasan yang tidak terlibat dalam kerja kejadian bencana alam yang sedang terjadi katanya dalam kenyataan lapor beberapa media Beliau mengulas kenyataan Abdul Latiff bahawa NADMA ti...
60 583 Mangsa Terjejas Banjir Di Seluruh Negara Jkm

60 583 Mangsa Terjejas Banjir Di Seluruh Negara Jkm

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 258 hits
Oleh KUALA LUMPUR Sebanyak 17 164 keluarga membabitkan 60 583 individu terjejas akibat banjir di tujuh negeri sehingga jam 12 tengah hari tadi Angka itu dikongsikan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut menjelaskan 389...
Azam Motor Giat Solutions Tawar Perkhidmatan Percuma Kepada Mangsa Banjir

Azam Motor Giat Solutions Tawar Perkhidmatan Percuma Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 292 hits
T Pukalenthi sediakan perkhidamtan pemeriksaan komputer dan komputer riba secara percuma kepada mangsa banjir DUA individu menawarkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk tetapi bantuan yang ditawarkan oleh Mastinah Mohd Sani da...
This Is Common Sense Kan Tan Sri Mangsa Banjir Luah Perasaan K Jaan Tiada Sewaktu Kritikal

This Is Common Sense Kan Tan Sri Mangsa Banjir Luah Perasaan K Jaan Tiada Sewaktu Kritikal

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 324 hits
Sebuah video yang dirakam di sebuah pusat pemindahan banjir di Hulu Langat Selangor telah tular apabila ada seorang mangsa banjir di Taman Sri Nanding berani meluahkan perasaannya dan pengalaman banjir yang dihadapinya kepada Tan Sri Noh Om...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal

Lengkong Sirap Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa

Sambal Belacan

Minyak Pemacu Utama Dan Prospek Pasaran Untuk Minggu Ini

Vibes 2 0 Cara Daftar Log Masuk

Fandi Akui Tugas Sukar Melayan Kunjungan Kuching City Fc Esok Baki 60 Minit Untuk Sri Pahang Fc Bangkit