Manfaat Daging Kambing Bagi Kesihatan Pastikan Caranya Betul
Daging kambing merupakan daging merah yang banyak dijadikan sebagai makanan lazat. Daging kambing memiliki banyak khasiat kesihatan kerana memiliki kandungan zat makanan seperti protein, lemak, kolin, kolesterol, mineral, dan banyak lagi. 100 gram daging kambing mengandungi sekitar 258 kalori dengan 8.8 gram lemak dibandingkan dengan daging lembu, memiliki 217 kalori dengan 4.2 gram lemak.
Ya, kandungan lemak pada daging kambing lebih tinggi daripada daging lembu. Namun, lemak pada daging kambing lebih mudah dipisahkan ketika proses pengolahannya.
Daging kambing juga memiliki kandungan protein yang lebih berkualiti, sehingga tidak mudah lenyap ketika dimasak. Berbeza dengan daging lembu yang kandungan proteinnya akan hilang jika anda tidak memasaknya dengan cara yang tepat.
Daging kambing juga lebih mudah dicerna berbanding daging lembu. Daging kambing juga memiliki kandungan folat yang lebih tinggi daripada daging lembu. Menariknya lagi, daging kambing mengandungi citamin K dan D yang tidak dimiliki oleh daging lembu. Berikut Manfaat daging kambing untuk kesihatan yang dipetik dari berbagai sumber;
Tingkatkan Kekebalan Tubuh
Adanya kandungan zat besi pada daging kambing, menjadikan daging kambing memiliki manfaat untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Memaakannya dengan jumlah yang cukup, membuatkan tubuh tidak mudah diserang virus, bakteria, dan kuman penyebab penyakit.
Sumber Energi
Untuk memperoleh energi yang cukup, anda makanlah daging kambing. Daging kambing merupakan sumber energi yang baik untuk tubuh kerana lemak, protein, dan kalorinya dapat memberi energi yang cukup untuk tubuh.
Cegah Anemia
Daging kambing mampu mencegah anemia. Daging kambing memiliki kandungan zat besi dan mineral lainnya yang berfungsi dalam pembentukan hemoglobin dalam darah, secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar darah dalam tubuh.
Masalah Nyeri bisa-Bisa Semasa Haid
Daging kambing juga dapat mendatangkan manfaat untuk mengurangkan masalah nyeri atau bisa-bisa semasa haid. Nyeri haid yang menyakitkan dapat diredakan karena daging kambing mengandungi zat besi yang dapat meningkatkan kualiti darah dan mengurangkan peradangan.
Baik untuk Jantung
Daging kambing mengandungi lemak jenuh, kolesterol yang lebih rendah sehingga bermanfaat untuk jantung. Rutin pengambilan daging kambing sebulan dua kali dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Tingkatkan Kadar Kolesterol
Daging kambing mengandungi lemak tak jenuh yang dapat meningkatkan kualiti kadar kolesterol baik dan menghilangkan yang buruk.
Sesuai Untuk Menurunkan Berat Badan
Daging kambing dapat dijadikan sebagai bahan makanan untuk menurunkan berat badan kerana dengan adanya kandungan protein pada daging kambing dapat menekan rasa lapar sehingga membuatkan perut kenyang lebih lama. Daging kambing juga rendah lemak yang tidak menyebabkan kenaikan berat badan jika dimakan secara teratur.
Menjadikan Lelaki Kuat
Daging kambing berisi torpedo dan empedu yang baik untuk mengubati masalah kesuburan pada Lelaki..
Sebaiknya daging kambing tidak perlu diambil secara berlebihan atau terlalu kerap. Daging kambing merupakan salah satu sumber lemak jenuh yang dapat meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh jika dimakan berlebihan.
Manakala dalam cara memasak daging kambing, sebaiknya tidak diolah dengan cara digoreng dan dibakar, kerana hanya menambah kadar lemak jahat. Masaklah daging kambing dengan cara dikukus atau direbus agar lebih sehat. Batasi juga jumlah Pengambilan daging kambing, iaitu hanya sebanyak 1 atau 2 kali setiap minggu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://orangmuo.blogspot.com/2020/01/manfaat-daging-kambing-bagi-kesihatan.html