Mana Satu Idaman Kalbu Drama Korea Atau Drama Melayu
Assalamualaikum Semua!!
Kembali lagi bersama Suhaila di entri yang baru! 😊.
Ok seperti biasalah, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membaca. Maklumlah blog Iolls yang suam-suam kuku ini.
Tajuk entri aku kali ini adalah berkaitan dengan drama. Siapa suka drama korea?? Angkat tangan!!
Siapa suka drama Melayu angkat Kaki!! Ha ha ha. Ramai yang angkat tangan dan kaki tu. Acah nampak je aku ni..huhuhu.
Pada pandangan aku drama korea dan drama melayu masing-masing ada peminatnya yang tersendiri.
DRAMA MELAYU
Kalau kita tengok di kaca televisyen lambakan drama-drama melayu di setiap stesen tv. Slot Akasia la, Slot Samarinda la dan macam-macam lagi.
Viewer yang tengok pun kebanyakannya adalah dari golongan wanita dan surirumah yang suka drama-drama cintan cintun macam ni betul tak?? Ha ha ha.
So far, yang aku dapat lihat genre drama-drama Melayu sekarang lebih kepada isu rumah tangga, isu kekeluargaan dan isu harta.Kebanyakan tapi tak semua. Walaupun aku dah lama tak tengok drama-drama melayu tapi aku mengikuti juga perkembangan sebab banyak officemate aku yang tengok. Drama yang tengah hangat sekarang adalah Pujaan Hati Kanda, Aku Cinta Dia, Terbaik Dariku dan sebagainya. Mostly isu yang diketengahkan adalah pasal cinta. Bukan aku nak kata aku tak layan cerita cintan cintun ni. Aku la orang yang paling suka. Ha Ha Ha. Tapi aku rasa pattern Drama Melayu dari aku kecil sampai sekarang lebih kurang sama. Element cinta tu lebih menguasai berbanding elemen kerjaya watak tersebut ataupun apa-apa elemen yang boleh menimbulkan kesedaran kepada penonton. Sebagai contoh, kalau dekat drama melayu, kalau watak tu doktor, watak tersebut kurang menunjukkan aktiviti harian sebenar sebagai seorang doktor. Ya. mungkin plot yang ingin disampaikan bukan tentang kerjaya seorang doktor, tapi aku rasa kalau ada scene yang lebih terperinci, sedikit sebanyak adik-adik kecil yang tengok sekali dengan mak depan tv petang-petang tu dapat jugak input-input yang berguna. Betul tak?
Aku ada seorang sepupu. Dia ni memang boleh dikatakan seorang budak yang bijak. Kita pun boleh tengok anak-anak generasi Z sangat bijak dalam percakapan dan melontarkan idea. Aku pun borak-borak dan tanya dia tentang drama-drama terbaru yang ada dekat tv. Yela, dia duduk dengan nenek, kalau tak tengok kartun, dia layan drama. Kalau dia datang rumah aku, mak aku pun tengok drama petang-petang. Haha. Sepupu aku ni boleh cerita detail tentang setiap cerita yang dia tengok. Nama-nama watak pun ingat. Korang rasa? Bayangkan kalau hampir semua cerita berkisarkan tentang cinta, cerai-berai, kahwin bermadu, dan sebagainya. Macam mana dengan perkembangan minda anak-anak kita?Fikir-fikirkan. Penerbit atau penulis skrip di Malaysia mungkin dah boleh membuat pelbagai variasi drama yang mempunyai keseimbangan dari segi aksi,cinta,kekeluargaan dan pelbagai genre lain. Itu pandangan aku. Mohon jangan kecam aku sekadar memberi pandangan. Ha Ha
orang kata cerita ni klise?
Ni macam best
Aku belum berkesempatan nak tengok
Ni best. Ha ha ha
hmm.. Layan la
DRAMA KOREA
Aku berkecimpung dalam dunia drama korea ni sejak umur belasan tahun rasanya ke bawah daripada tu. Gituuu .Ha ha ha. Korean wave memang melanda pelbagai negara betul tak?? Tapi aku bukan golongan yang taksub sangat yer. Harap maklum. Mungkin waktu stage sekolah menengah aku memang sangat excited dengan lagu-lagu kpop. Sebab ada yang bagi. Dan aku masih ingat lagi aku adalah sumber buku E-pop waktu aku duduk asrama dulu. Ha ha ha. Hadui. Tapi sekarang aku dah tak layan dah lagu lagu k-pop. Tapi drama-drama korea memang aku layan.
Sebab apa aku layan?
Sebab aku boleh nampak variasi cerita-cerita dieorang. Ada pelbagai genre seperti kedoktoran, keusahawanan, aksi, jenayah, kehakiman dan sebagainya. Korang boleh pilih nak genre apa. Walaupun genre sesuatu cerita tu adalah aksi, tapi banyak juga drama korea yang memasukkan elemen cinta. Sama je macam Drama Melayu. Cuma, perkembangan watak itu sendiri yang menjadikan cerita itu menarik. Sebagai contoh drama Hospital Ships. Cerita ni mengisahkan seorang doktor bedah yang sangat bagus tapi walaupun dia hebat, dia tetap tak dapat menyelamatkan mak dia sendiri. Cerita ni masih lagi ada unsur kekeluargaan dan cinta. Doktor tu nanti bercinta dengan seorang lagi doktor yang lain. Tetap ada unsur cinta tapi masih lagi ada lagi unsur karier yang padu yang boleh kita nampak. Doktor tu bedah orang, selamatkan orang.
Aku pun tak dapat nafikan ada jugak cerita-cerita korea ni yang tak logik macam robot yang sebiji macam manusia. Ha ha ha. Mungkin ada segelintir yang cakap penonton Malaysia mana suka cerita-cerita macam ni. Kena tengok demand penonton jugak. Hmm. Tak buat lagi drama-drama macam ni. Mana nak tahu. Betul
Tak??Huhuhu.
Drama ni tengah hot sekarang. Pergi tengok
Drama pasal kedoktoran
Drama pasal peguam, hakim dan jenayah
Drama tentang watak ni ada split disorder ataupun penyakit DID.
FILEM MALAYSIA
Memandangkan aku kerja dekat wayang, jadi aku memang sangat tabik dengan pencapaian industri perfileman Malaysia sekarang. Dekat sini aku boleh nampak ada filem-filem Malaysia yang dah hampir setanding dengan luar negara sebagai contoh Hantu Kak Limah, J-Revolusi, KL Special Force, Polis Evo, Paskal. Filem-filem diatas masih ada unsur cinta tapi tidak berlebihan namun masih lagi rakyat Malaysia datang menonton sehingga pecah panggung. Mungkin elemen-elemen sebegini boleh diketengahkan untuk slot drama.
KONKLUSI
Jujur, ini adalah pandangan peribadi aku. Mohon maaf sekiranya pandangan aku mengguris hati. Mungkin ada banyak benda yang masih kita tak ketahui di pihak penerbit drama. Cuma apa yang aku harapkan tak kiralah korang tengok drama korea atau drama melayu, sila ambil pengajaran dalam setiap cerita. Ambil yang positif untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita. Jangan tengok sekadar tengok Je.Hu Hu
Kalau korang ada masa boleh lawat ke instagram aku di NSNBOOKSTORE untuk tengok planner dan buku menarik yang aku jual
Kalau korang minat dengan penjagaan muka dan natural skincare, korang boleh singgah di IG maryjardin_nursuhaila sebab dekat situ ada jual skincare Malaysia tapi hasilnya seperti guna skincare oversea!
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = '//eccdn1.synad3.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suhailasellaginella.blogspot.com/2019/01/mana-satu-idaman-kalbu-drama-korea-atau.html