Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu
Korean Drama Welcome To Waikiki ini sememangnya popular dan diminati ramai disebabkan jalan ceritanya yang santai dan kelakar habis. Drama ini juga berjaya buat aku ketawa gila - gila terutamanya untuk episod 15 tu hahaha. Khabarnya akan ada season ke 2 nanti, hope semua barisan pelakon drama ini dikekalkan, apa pun memang enjoy menonton drama ini.
Drama Feel Good To Die ini merupakan office drama yang mengisahkan suka duka pekerja di syarikat MW Chicken. Antara drama yang kelakar, sweet dan kadang kala sedikit sedih, Baek Jin Hee dan In Gyo Jin turut menang anugerah menerusi drama ini di KBS Drama Awards 2018 yang lalu, rugi tak layan drama ini hehe. Mengisahkan tentang Baek Jin Sang yang merupakan seorang team leader di bahagian marketing dan dirinya memang dibenci oleh para pekerja yang lain kerana sikapnya yang teruk yang mana dia sering mengkritik semua benda dan semua orang serta cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia juga sentiasa fikir yang dirinya sentiasa betul, sombong dan perasan bagus. Baek Jin Sang dan salah seorang pekerjanya iaitu Lee Roo Da kemudiannya terperangkap dalam time loop dan terpaksa melalui hari yang sama berulang kali. Time Loop ini akan terjadi bila ada orang yang membenci Baek Jin Sang mendoakan kematian Baek Jin Sang dan setelah Baek Jin Sang mati, Lee Roo Da dan Baek Jin Sang akan berada dalam time loop dan Baek Jin Sang hidup semula. Mereka berdua perlu melakukan sesuatu untuk keluar dari time loop itu.
Tempat ke 11 milik Korean Drama The Player, drama ini memang best, jalan cerita bergerak laju dan tak ada moment yang membosankan. Mengisahkan tentang seorang penipu yang bijak, seorang driver yang hebat, seorang fighter yang kuat serta seorang hacker yang membentuk 1 kumpulan untuk memerangkap orang kaya yang jahat dan merampas semua wang mereka. Kumpulan ini kemudiannya bekerjasama dengan seorang pendakwaraya yang mementingkan keadilan dan menginginkan kumpulan yang diketuai oleh Kang Ha Ri ini untuk mencari bukti bagi dirinya supaya dia boleh membawa semua orang jahat ini ke muka pengadilan dengan bukti yang kukuh. Walaubagaimanapun Kang Ha Ri ada motifnya yang tersendiri, dimana dia ingin membalas dendam terhadap semua yang terlibat dalam kematian ayahnya yang juga seorang pendakwaraya.
Tak sangka musim kedua drama Voice ini juga best walaupun Jang Hyuk tak berlakon dalam musim ini dan muncul watak baru yang dilakonkan oleh Lee Jin Wook. Rating juga tinggi untuk drama ini dan drama ini mempunyai 12 episod saja dan akan ada Voice season 3 yang akan disiarkan pada tahun 2019 ini. Hanya ada 3 watak dari musim pertama drama Voice dikekalkan untuk musim kedua ini. Mengisahkan tentang Kang Kwon Joo yang terdesak untuk mencari siapa pembunuh yang telah membunuh team leader The Golden Time dan akhirnya terpaksa bekerjasama dengan Do Kang Woo yang merupakan seorang polis yang mempunyai reputasi buruk. Malah Do Kang Woo juga telah digantung tugasnya namun Kang Kwon Joo telah mengajaknya untuk masuk dalam kumpulannya supaya mereka sama - sama dapat mencari pembunuh berkenaan kerana Do Kang Woo juga sangat obses mencari pembunuh berkenaan yang telah memerangkap dirinya dulu.
Antara drama yang menarik, suspen dan mempunyai plot twist yang tidak dijangka gitu, memang layan drama ini walaupun tak ada kisah cinta gitu. Mengisahkan tentang detektif Kang Dong Soo yang kehilangan tunangnya akibat dibunuh. Sebelum kematian tunangnya, dia telah diberitahu tentang tunangnya akan mati pada tiga hari kemudian oleh Yoo Shi Hyun yang mampu melihat masa akan datang, iaitu 3 hari sebelum kejadian. Yoo Shi Hyun akan melukis apa yang dia nampak dan berdasarkan lukisannya itu dia dan kumpulannya akan cuba menangkap pembunuh atau pun menghalang sebarang jenayah dari berlaku. Kang Dong Soo awalnya tidak mempercayai Yoo Shi Hyun namun masih berasa ragu - ragu dan akhirnya mengikut Yoo Shi Hyun untuk mencari pembunuh tersebut sebelum pembunuh tersebut membunuh tunangnya. Namun setelah berusaha, tunangnya tetap mati dan menyebabkan Kang Dong Soo menjadi obses dan nekad untuk membalas dendam dan mencari pembunuh berkenaan. Dalam masa yang sama dia juga turut menyertai kumpulan Yoo Shi Hyun untuk memudahkan pencariannya.
Aku memang suka semua drama - drama lakonan Jung Kyung Ho ini, drama ini adalah remake dari drama Inggeris. Mengisahkan tentang Detektif Han Tae Joo yang terlalu mengikut peraturan dan lebih percayakan data berbanding manusia. Ketika mengejar pembunuh bersiri, Han Tae Joo telah dilanggar kereta, kemudian bila dia sedar dia kini berada dalam tahun 1988. Han Tae Joo keliru dan tertekan dia cuba menyelesaikan kes jenayah di tahun 1988 itu untuk cuba pulang ke tahun 2018 semula, berjayakah usaha Han Tae Joo itu?. Antara drama menarik yang memerlukan korang berfikir terutamanya di bahagian endingnya hehe.
Drama 6 episod ini sememangnya menarik kerana berdasarkan kisah benar mengenai penyanyi Soprano Korea yang pertama iaitu Yun Sim Deok dan kekasihnya Kim Woo Jin yang mati membunuh diri pada tahun 1926. Drama ini mengisahkan perjalanan hidup mereka bermula dengan pertemuan pertama mereka hinggalah mereka saling jatuh cinta. Malangnya Kim Woo Jin sudah mempunyai isteri namun dia berkahwin disebabkan terpaksa kerana mengikut arahan ayahnya. Manakala Yun Sim Deok pula berasal dari keluarga miskin dan terpaksa menyara ibu bapanya serta adik beradiknya yang bergantung harap padanya. Segala yang berlaku di sekeliling diri mereka menjadi punca tindakan drastik mereka. Lakonan Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun memang terbaik, antara drama tragis yang menyayat hati.
Dah masuk top 5 gitu dan tempat kelima jatuh pada drama Misty, drama ini penuh suspen, ada plot twist dan korang akan tertanya - tanya siapa pembunuh sebenar dalam drama ini. Dilakonkan oleh pelakon yang berpengalaman dan lakonan diorang memang terbaik siap menang anugerah lagi tu. Memang antara drama yang harus tonton oleh penggemar drama Korea. Sinopsis drama Misty ini boleh baca kat sini ➔ Sinopsis Penuh Drama Korea Misty
Drama Seram Thriller ini memang best untuk ditonton sebab sangat suspen, menarik, lagu - lagu soundtrack drama ini juga sedap didengar. Kisah cinta dalam drama ni nice and sweet walaupun tak berapa logik sikit tapi tetap best. Hantunya cantik tapi auranya menyeramkan hehehe, apa pun aku suka drama ini. Nak baca sinopsis drama ini, boleh klik sini okey ➔ Sinopsis Penuh Drama Korea The Ghost Detective
Top 3 dah ni, tempat ketiga jatuh pada drama Korea A Korean Odyssey, aku memang mengikuti semua karya screenwriter drama ini dari dulu lagi, plus aku juga suka semua barisan pelakon drama ini yang digabungkan dari drama - drama lain yang juga hasil karya screenwriter yang sama. Jalan cerita drama ini, kelakar, suspen, sweet semua ada, walaupun aku tak begitu suka dengan ending drama ini, tapi secara keseluruhannya drama A Korean Odyssey ini memang best dan menghiburkan.
Ikutkan drama A Korean Odyssey dan Prison Playbook ini release pada tahun 2017 tapi drama ini tamat episodnya pada tahun 2018, jadi aku masukkan drama ini dalam list tahun 2018 gitu. Sebab utama tengok drama ini kerana ada Jung Kyung Ho berlakon gitu, tapi bila dah layan drama ini, aku suka semua pelakon yang berlakon dalam drama Prison Playbook ini sebab semuanya best dan kelakar giler. Siapa yang tak tengok drama ini memang rugi sebab enjoy habis dan drama ini memang terbaik dan ratingnya juga tinggi. Aku rindu nak tengok drama ini lagi hehehe.
Drama Korea Terbaik 2018 menjadi milik drama Mr. Sunshine, jalan ceritanya serius, suspen, tragis,sinematografi yang cantik dan indah, sweet love story, bromance yang comel, kelakar, lakonan pelakon juga terbaik, scene sedih memang sedih gilerlahkan especially di bahagian endingnya. Siapa yang tak tengok drama ini, atau tengok sekerat jalan, silalah sambung tengok, mana tau jadi suka dengan drama ini nanti kan, walaupun sedih sikit tapi berbaloi menontonnya. Tambahan lagi pengarah dan screenwriter drama ini adalah orang yang sama mengarah dan menulis skrip untuk drama popular Goblin dan Descendents Of The Sun gitu. 3 perkataan yang seriing disebut dalam drama ini adalah Gun Glory and Sad Ending. Nak baca sinopsis drama ini boleh klik sini ➔ Sinopsis Penuh Drama Korea Mr. Sunshine
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |