Mana Pesuruhjaya Sukan Ini Jawapan Syed Saddiq


MALAYSIAKINI

   
Tumpuan kini terarah kepada Pesuruhjaya Sukan apabila ramai pihak menyebut perlunya campur tangan pentadbir sukan negara itu bagi menyelesaikan kemelut yang melanda Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menjelang proses pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan itu, Sabtu ini.

Kekosongan jawatan berkenaan yang ditinggalkan Datuk Zaiton Othman pada Mac lepas, yang masih belum diisi, menjadikan isu 'panas' ini belum menemui kesudahan yang baik.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman bagaimanapun hari ini tampil memberi jaminan bahawa calon bagi jawatan Pesuruhjaya Sukan itu akan diketahui tidak lama lagi.

Katanya, jawatankuasa pemilih yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dr Waitchalla R.R.V Suppiah telah menjalankan proses pemilihan dan telah menyenarai pendek tiga calon, sebelum memutuskan satu calon yang sesuai menyandang jawatan itu.

"Dalam pelantikan Pesuruhjaya Sukan, saya telahpun muktamad dan menandatangani pelantikan tersebut. Pelantikan tersebut dibuat melalui proses yang agak meritokratik di mana kita buka permohonan (untuk mengisi jawatan itu), kita adakan temuduga dan ada jawatankuasa pemilih yang menyenaraikan pendek tiga calon.

"Nama calon (yang dipilih) saya tidak boleh maklumkan dahulu kerana masih perlu mendapat pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas lantikan ini, kita boleh muktamadkan masalah yang tertangguh secepat mungkin," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Regent International School, Kool Sport and Asia Pacific Sports di Bukit Jalil.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata kementerian telah menerima aduan rasmi daripada pihak MPM dan siasatan mengenai dakwaan berkaitan kontroversi pencalonan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan empat calon lain sedang dijalankan.

Semalam, Presiden MPM SM Nasarudin SM Nasimuddin dalam satu kenyataan media berkata pihak persatuan telah menerima aduan serta bantahan terhadap lima pencalonan yang dihantar pada 15 Jun lepas bagi merebut jawatan dalam AGM yang dijadualkan pada 29 Jun ini.

Menurut SM Nasarudin, pengadu yang membuat bantahan tersebut memohon satu penilaian semula dilakukan mengikut perlembagaan MPM.

Sehubungan itu, MPM telah merujuk isu bantahan itu kepada Pesuruhjaya Sukan untuk dinilai dan diputuskan.

"Sebaik Pesuruhjaya Sukan sudah memperoleh keputusan, saya sebagai presiden yang akan melepaskan jawatan akan menyerahkan kepada ahli majlis untuk mengendalikan proses pemilihan serta melantik pengerusi sementara dan pemantau bebas bagi melancarkan perjalanan mesyuarat pemilihan," kata Nasarudin dalam kenyataan itu.

Kontroversi mula timbul dalam pemilihan MPM apabila Khairy yang juga Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Kerusi Roda dilaporkan lewat menghantar borang pencalonan iaitu selepas tarikh tutup pada 15 Jun, bersama empat lagi calon lain.

Khairy akan berdepan Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) Datuk Megat D Shahriman Zahirudin bagi merebut jawatan presiden MPM, selepas SM Nasaarudin tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak empat tahun lepas.- Bernama 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/mana-pesuruhjaya-sukan-ini-jawapan-syed.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Yunika Dah Lama Kenal Syed Saddiq

Raja Yunika Dah Lama Kenal Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 725 hits
Ramai tertanya tanya bagaimana pelakon Indonesia Raja Yunika Putri mendapat bantuan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas dia menjadi mangsa kecurian dipercayai dilakukan artis lelaki di Singapura pada 7 Jun lalu Por...
Duit Kena Rembat Dengan Alip Aziz Tapi Aktres Indonesia Minta Bantuan Syed Saddiq

Duit Kena Rembat Dengan Alip Aziz Tapi Aktres Indonesia Minta Bantuan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 888 hits
Dunia artis ni memang tak pernah suram dengan gosip dan kisah kontroversi Baru baru ni kecoh di media sosial tentang seorang artis wanita Indonesia katanya telah melepak dengan seorang artis lelaki kontroversi Duit kena rembat dengan Alip A...
Had Umur Mengundi Diturunkan Pembangkang Pon Sokong Syed Saddiq

Had Umur Mengundi Diturunkan Pembangkang Pon Sokong Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 280 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berterima kasih kepada semua pihak termasuk pembangkang kerana menyokong cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun ...
Motion To Lower Voting Age Bipartisan Says Syed Saddiq

Motion To Lower Voting Age Bipartisan Says Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR The motion to amend the Federal Constitution and lower the voting age from 21 to 18 is bipartisan in nature and upholds the spirit of solidarity among members of the Dewan Rakyat In a statement issued yesterday Youth and Sports...
Meski Berjaya Turunkan Takrifan Umur Belia Syed Saddiq Tetap Di Kecaman

Meski Berjaya Turunkan Takrifan Umur Belia Syed Saddiq Tetap Di Kecaman

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 521 hits
Semalam Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq menerusi akaun Twitter beliau memaklumkan bahawa beliau telah berjaya menurunkan takrifan umur belia setelah di bentangkan di parlimen Menurut beliau perdebatan melebihi lima jam dengan disertai 1...
Aliff Aziz Dituduh Curi Duit Artis Indonesia Syed Saddiq Bantu Yunika Putri

Aliff Aziz Dituduh Curi Duit Artis Indonesia Syed Saddiq Bantu Yunika Putri

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1784 hits
Artis Indonesia Raja Yunika Putri mendakwa duitnya dalam mata wang dolar Singapura dan rupiah hilang dan dipercayai dicuri oleh artis lelaki Singapura yang menempa nama di Malaysia ketika berada di sebuah kelab malam di Singapura Kejadian y...
Syed Saddiq Harapan Agrees To Opposition Offer On Under 18 Bill But Needs Time

Syed Saddiq Harapan Agrees To Opposition Offer On Under 18 Bill But Needs Time

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 350 hits
PARLIAMENT The government agrees in principle with the proposal of opposition MPs that Article 119 of the Federal Constitution include automatic voter registration for 18 year old Malaysian citizens However Youth and Sports Minister Syed Sa...
Salah Umno Pas Sendiri Belia Sokong Pakatan Kata Syed Saddiq

Salah Umno Pas Sendiri Belia Sokong Pakatan Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 380 hits
Salah Umno PAS sendiri belia sokong Pakatan kata Syed Saddiq Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Jun 2019 1
Syed Saddiq Buat Homework Dulu Sebelum Bercakap

Syed Saddiq Buat Homework Dulu Sebelum Bercakap

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 357 hits
Shahrir AdnanKUALA LUMPUR Syed Saddiq didakwa terburu buru apabila terburu buru membuat kenyataan tidak matang dengan mengatakan tarbiah Islam Pas telah gagal adalah sangat jauh tersasar Sehubungan itu Dewan Pemuda Ikatan Malaysia menggesa ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi