Mana Perginya Minyak Masak Bersubsidi Peniaga



Mana perginya minyak masak bersubsidi? – Peniaga
Isu kekurangan minyak masak bersubsidi terus meruncing di sekitar Lembah Klang menyebabkan peruncit dan pengguna dibelenggu keresahan untuk mendapatkan bekalannya.
Tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Gombak dan Setiawangsa mendapati penjualan minyak masak paket itu dihadkan pembeliannya sebanyak satu hingga tiga paket untuk setiap sekeluarga.
Ada pula rak yang menempatkan minyak tersebut kosong kerana peniaga sukar mendapat bekalan.
Kekurangan bekalan minyak ini ternyata menyukarkan golongan peniaga kecil makanan kerana mereka terpaksa membeli minyak botol besar pada harga yang berkali-kali ganda mahalnya.
Sepekat minyak masak bersubdidi seberat satu kilogram hanya berharga RM2.50 tetapi harga untuk 5 kilogram pula antara RM28.90 hingga RM29.90.
Peniaga kedai makan, Wan Maznah Mohammad, 58, berkata, kekurangan bekalan minyak masak paket ini membebankannya, apabila hanya dapat membelinya pada kuantiti terhad antara satu hingga tiga paket bagi setiap keluarga.
Sedangkan, untuk keperluan berniaga, dia perlukan lebih lima hingga enam kilogram (kg) setiap hari.
“Memang susahlah saya nak dapatkan minyak masak paket ini, sebab saya meniagakan. Kalau hendak cari minyak masak semua tempat banyak tiada stok, saya tidak tahu nak cakap macam mana lagi. Kadang-kadang, dia bagi satu paket sahaja untuk beli, paling banyak pun tiga paket.
“Menyusahkan sebab kita berniaga hari-hari, sampai terpaksa pakai minyak botol besar untuk goreng ayam, nasi goreng dan macam-macam lagi. Kalau keadaan terpaksa, kita pakai lima botol kecik sehari, tapi itupun masih tidak cukup sebab pakai minyak banyak untuk goreng.
”Dengan keadaan sekarang ini, kita terpaksa reda jelah. Saya cuma harap kerajaan bantulah rakyat sebab kita meniaga ini nak cari rezeki,” katanya pada pemberita selepas membeli minyak masak paket di kedai runcit.
Sementara itu, Wan Hassan Wan Derahman,52, yang juga seorang peniaga pasar malam turut mempersoalkan situasi pasaran minyak masak subsidi ketika ini.
Katanya, Malaysia adalah pengeluar minyak sawit terbesar di Asia Tenggara tetapi kerap menghadapi terputus bekalan minyak masak bersubsidi hingga membebankan rakyat.
Sudahlah harga minyak masak botol 5kg mahal, minyak yang disubsidi pula sukar dicari.
“Kadang-kadang kita terpaksa beli minyak botol sebab minyak masak paket habis. Saya pun hairan macam mana negara pengeluar boleh ada masalah bekalan minyak.
“Sejak dulu sampai sekarang tiada penyelesaian untuk dapatkan minyak masak paket ini,” ujarnya sambil menambah minyak masak subsidi itu memang penting buat peniaga kecil kerana harganya yang murah.
Dalam pada itu, Sharifah Saidin,49, menzahirkan kebimbangan terhadap golongan B40 kerana terpaksa membeli minyak masak botol pada harga yang agak mahal berbanding minyak masak paket.
“Pada saya keluarga B40 lagi kesian. Susah untuk mereka nak beli minyak botol pada harga yang agak tinggi harga berbanding minyak masak paket.
”Saya harap kerajaan buat sesuatulah dalam menangani isu minyak ini sebab ia sentiasa berulang,” katanya.
Menurut Sharifah, jika isu ini tidak ditangani, peniaga tiada pilihan selain menaikkan harga barangan yang dijual.
Contohnya pisang goreng, sebelum ini satu pisang hanya 20 sen,sekarang lima keping pisang goreng sudah RM2.
“Kita sebagai pengguna serba-salah tetapi kena fahamlah. Tapi kalau bekalan yang ada pun macam takda, pada saya kekurangan bekalan minyak ini memang menyusahkan semua pihak,” tambah beliau. MG
Mana perginya minyak masak bersubsidi? – Peniaga
Baca Artikel Menarik :
3 polis ‘kaki paw’ ditahan Keluarga Shebby ucap terima kasih atas penghormatan dan kasih sayang ASB Tidak Diwajibkan Zakat? Hakim berbogel: 5 saksi dipanggil bantu siasatan Duduk apartment tingkat 4, minta bantuan banjir Separuh penduduk Eropah akan dijangkiti Omicron Mac ini? Ismail Sabri mendapat sokongan penuh MKT UMNO sebagai PM Aksi ranjang Jasmine Suraya, sedia dikecam netizen Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn Fosil Naga Laut Terbesar Ditemui, Dipercayai Hidup Pada 250 Juta Tahun Dahulu “Unboxing Isteri: Satu trend pengikut setan Layari Laman Facebook MYKMU</a
Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

The post Mana perginya minyak masak bersubsidi? – Peniaga appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/14/mana-perginya-minyak-masak-bersubsidi-peniaga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Kebaikan Beras Basmati Untuk Kesihatan Dan Cara Masak

6 Kebaikan Beras Basmati Untuk Kesihatan Dan Cara Masak

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 221 hits
6 kebaikan beras basmati untuk kesihatan dan juga cara untuk memasak beras basmati yang paling mudah Beras basmati adalah sejenis beras yang asalnya ditanam di India dan Pakistan Nasi ini terkenal dengan aromanya yang harum dan biasanya dig...
Tips Masak Peria Supaya Tak Pahit Mesti Cuba

Tips Masak Peria Supaya Tak Pahit Mesti Cuba

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 223 hits
Peria Ramai yang tak sanggup untuk menikmatinya disebabkan rasa pahit peria yang sukar untuk digambarkan Namun bagi pencinta sayur ini kepahitan tersebut bagaikan penawar bagi segala penyakit Terlalu banyak kebaikan peria untuk kesihatan tu...
Resepi Ayam Masak Cili Kering Memukau

Resepi Ayam Masak Cili Kering Memukau

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 222 hits
Resepi Ayam Masak Cili Kering Memukau MASAKAN berasaskan ayam memang selalu digemari ramai tidak kira kanak kanak mahupun dewasa Hampir semua keluarga sangat menyukai ayam dan menjadikannya lauk pauk harian Bila sebut pasal ayam aduhai Tiba...
Sotong Masak Serai Sekali Try Memang Menjadi

Sotong Masak Serai Sekali Try Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 418 hits
SOTONG MASAK SERAI SEKALI TRY MEMANG MENJADI SOTONG MASAK SERAI SEKALI TRY MEMANG MENJADIFirst time try niJumpa resepi kat IG AdabiBiasa buat sambal sotong je
Kena Pandai Susun Atur Barang Basah Macam Ni Baru Kemas Jimat Masa Nak Masak

Kena Pandai Susun Atur Barang Basah Macam Ni Baru Kemas Jimat Masa Nak Masak

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 250 hits
Tak dinafikan cara kita menyimpan barang basah juga memainkan peranan kalau nak cepat di dapur Tak adalah kita terpaksa tungguh berjam jam untuk tunggu ayam dan daging lembut Cara simpan kena tepat Tip dan perkongsian dari Anasulianna ini p...
Mudah Sangat Nak Masak Resipi Bihun Sup Pama Ni Memang Sangat Sedap

Mudah Sangat Nak Masak Resipi Bihun Sup Pama Ni Memang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 303 hits
Ramai yang menggemari Bihun Sup PAMA Supnya yang ringkas namun sangat membuka selera Namun kalau beli yang segera harganya boleh tahan juga Ada resipi ala Bihun PAMA homemade perkongsian saudari Cik Pooja Nak cuba Sesuai dijadikan sajian Ra...
Periksa Dulu Baru Bagi Anak Makan Bahayanya Anak Makan Ayam Separuh Masak

Periksa Dulu Baru Bagi Anak Makan Bahayanya Anak Makan Ayam Separuh Masak

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 231 hits
Memilih untuk menyediakan makanan sendiri buat anak memang puas hati Namun bila dilanda kesibukan kerja terpaksalah belikan sahaja makanan buat anak Dalam berjaga jaga dari aspek kebersihan anak adakalanya terkesan dengan makanan yang dibel...
Acar Timun Masak

Acar Timun Masak

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 138 hits
Diam tak diam kita dah berada di tahun 2022 dah hampir setengah bulan Usia meningkat setiap hari tanpa kita sedari dan setiap hari juga kita menghampiri kematian Orang yang bijak ialah orang yang banyak mengingati mati dan membuat persediaa...
Masak Tempoyak Ikan Patin Stail Perak

Masak Tempoyak Ikan Patin Stail Perak

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 192 hits
Entah kenapa sejak kebelakangan ini saya agak down rasa macam boring sangat Mata asyik mengantuk sahaja Telah lama juga saya tak melakukan briskwalk sejak hujan setiap hari sehingga banyak kawasan di Selangor yang ditimpa banjir yang agak t...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms