Acar Timun Masak




Diam tak diam, kita dah berada di tahun 2022 dah hampir setengah bulan. Usia meningkat setiap hari tanpa kita sedari dan setiap hari juga kita menghampiri kematian. 
Orang yang bijak ialah orang yang banyak mengingati mati dan membuat persediaan untuk kehidupan selepas kematian. Yang pasti, kita akan dibangkitkan semula untuk perbicaraan atas segala perbuatan baik dan jahat kita semasa di dunia. Selepas itu, kita akan diberi balasan samada syurga atau neraka bergantung kepada amalan kita dan rahmat Allah. 
Kemudahan media social ini bagus kerana ia mendekatkan kita dengan berita di seluruh pelusuk dunia. Melihat kehidupan masyarakat di negara Arab yang menjaga dua tanah suci iaitu Mekah dan Madinah sekarang amat menakutkan kerana ianya menyerupai zaman jahiliah. Tapi jahiliah moden. 
Peperangan di sana sini sudah menjadi perkara biasa sehingga kita tak lagi merasa apa apa bila mendengar ramai terkorban kerana serangan dan peperangan. Dah jadi lali dan seolah perkara biasa. 
Ancaman penyakit Covid 19 juga tidak nampak penghujungnya dengan pelbagai varian muncul setiap kali vaksin baru diperkenalkan. Ianya telah mengubah cara ibadah dan dikuatiri kalau anak anak muda tidak merasa solat Jumaat adalah satu ibadah yang tidak boleh ditinggalkan tanpa sebab lebih dari tiga kali berturut turut. 
Belum lagi melihat masyarakat kita sekarang ini yang mana begitu ramai orang yang dulu miskin kini kaya melampau sehingga mampu membeli barangan basic seperti jam dan handbag dengan harga setengah juta atau hampir sejuta. 
Melihat ramai wanita bukan sahaja anak gadis tapi juga ibu ibu yang berpakaian seksi mendedahkan badan dan ditayangkan untuk tontonan ramai tanpa segan silu.  Semua semua ini adalah tanda dunia sudah tenat dan mungkin hampir pada kemusnahannya. 
Faktanya kita memang berada di akhir zaman kerana Nabi Muhammad SAW adalah Nabi akhir zaman. Tiada lagi nabi selepas baginda. Itu cerita 1400 tahun dulu. Jadi pastinya lah kita sekarang berada di fasa akhir pada dunia akhir zaman. Ok setakat ini dahulu. Sekarang kita masuk pula bab masakan. 
Saya memang penggemar acar timun. Tak kira lah samada acar mentah atau pun acar masak. Berbeza dengan acar buah, saya kurang sedikit. Mungkin kerana di kampung di mana saya membesar, tiada acar buah yang mahal. 
Sedangkan acar timun menggunakan bahan bahan yang ditanam sendiri penduduk kampung. Biasanya timun dijual dalam satu plastik besar yang mungkin antara 5-10 kg dengan harga RM5-10 sahaja. 
Kalau ada majlis kenduri di rumah kakak, kami masih mengamalkan memasak secara bergotong royong. Seorang kepala dilantik untuk mengawasi kerja memasak manakala yang lain akan membantu menyiang dan menyiapkan bahan bahan. Selepas masak, secara beramai ramai akan merasa sebelum sepakat rasanya dah sedap, baru diangkat. 


Kalau menyediakan acar masak ni, kena cepat. Selepas semua bahan dah masak dan rasa masam manis masin dah ok, masukkan timun dan kacau rata.  
Terus tutup api kerana bahang panas akan terus memasakkan timun. Kita tak mahu timun terlebih masak dan mengurangkan keranggupannya. 
Saya kalau ada acar timun, makan nasi memang menambah nambah. Saya makan simple jer dan tak suka kuah yang basah atau banjir. Saya lebih suka makan nasi yang kering. Ada kuah acar sikit sikit dan ikan goreng pun dah cukup. 
Jom layan resipi di bawah ini dan cara penyediaannya juga ada di video Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Acar Timun MasakOleh: Azie Kitchen
Bahan A:4 biji bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hiris1 inci halia - hiris1 sudu besar biji sawi½ sudu besar serbuk kari½ sudu besar serbuk kunyit¼ cawan minyak masak
Bahan B:6-7 sudu besar cuka1 sudu kecil garam5 sudu besar gula
Bahan C:1 biji timun½ batang karot1 biji cili merah5 ulas bawang putih5 biji bawang merah
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis rempah sekawan dan bawang serta halia hiris sehingga wangi. Masukkan biji sawi, serbuk kunyit dan serbuk kari. Kacau rata sehingga garing.
Masukkan cuka, gula dan garam. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Kacau rata.

Masukkan timun dan karot. Kacau rata. Setelah semua sebati, masukkan cili merah. Tutup api.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/01/acar-timun-masak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Sayur Pedas Timun Ikut Resipi Arwah Mak Sedap Tak Terkata

Masak Sayur Pedas Timun Ikut Resipi Arwah Mak Sedap Tak Terkata

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 294 hits
Sayur Pedas Timun merupakan lauk orang kampung yang sangat sedap dan mudah penyediaannya Walaupun ringkas sebegini tetapi rasanya membuatkan anda boleh tambah nasi beberapa kali Cuma padankan dengan lauk sampingan yang lain seperti ikan gor...
Permainan Masak Masak Atas Talian Untuk Anak Anak

Permainan Masak Masak Atas Talian Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi Permainan Masak Masak Atas Talian Untuk Anak Anak Harini merupakan hari pertama anak anak ke sekolah setelah sekian lama menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Kemudian bercuti untuk beberapa minggu Bila...
Main Game Masak Masak Secara Percuma Di Culinaryschools Org

Main Game Masak Masak Secara Percuma Di Culinaryschools Org

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 360 hits
Salam sejahtera semua terutamanya bagi kanak kanak perempuan pasti permainan masak masak adalah permainan yang banyak dimainkan ketika zaman kanak kanak Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin meluas semakin banyak permainan yang...
Sedap Mudah Hanya 5 Minit Untuk Masak Mee Rebus Terengganu Ini

Sedap Mudah Hanya 5 Minit Untuk Masak Mee Rebus Terengganu Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 233 hits
Sedapnya kalau dapat makan mee rebus Terengganu petang ini Penggemar mee rebus Terengganu bolehlah cuba resipi istimewa ini Menu mee rebus ini sesuai untuk semua peringkat umur Resipi yang dikongsi Umi Watie ini senang je untuk dimasak MEE ...
Udang Masak Merah Madu Ni Pasti Laku Keras Bila Dihidang

Udang Masak Merah Madu Ni Pasti Laku Keras Bila Dihidang

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 169 hits
Udang boleh dipelbagaikan masakannya Selain digoreng biasa menu berkuah seperti udang masak merah madu ni sedap rasanya Ada rasa masam manis dan pedas Nak special lagi boleh gandingkan dengan nasi minyak Tetamu datang bolehlah jamu lauk ni ...
Penuhi Permintaan Isteri Masak Bengkang Tepung Beras Gula Merah Lain Macam Sedapnya Suami Masak

Penuhi Permintaan Isteri Masak Bengkang Tepung Beras Gula Merah Lain Macam Sedapnya Suami Masak

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 235 hits
Bila sesekali suami turun padang masakkan untuk keluarga isteri bukan main rasa gembira Bukan soal sedap tau tidak tetapi air tangan suami buat isteri jatuh cinta Apa kata hujung minggu ini kita cuba pula resipi Bengkang Tepung Beras Gula M...
Kuah Banyak Tambah Sayur Sedap Rupanya Daging Merah Masak Macam Ni

Kuah Banyak Tambah Sayur Sedap Rupanya Daging Merah Masak Macam Ni

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 233 hits
Daging Masak Merah merupakan menu lauk yang tidak asing lagi Mudah sedap dan ringkas sahaja cara memasaknya Andai makan di kedai Thailand atau kedai tomyam sajian Daging Masak Merah tomyam dan telur bungkus semestinya antara kombinasi menu ...
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum SETIAP kali nampak siput sedut di pasar mesti terbayang sedapnya jika dapat makan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tapi nak menyiangnya tu bercintalah pulak Jadinya cuma hanya memandang jer la plastik siput tu sambil berlalu...
Online Free Cooking Game Culinary Schools Didik Anak Minat Masak

Online Free Cooking Game Culinary Schools Didik Anak Minat Masak

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 247 hits
Apabila anak sulung mula menjengah masuk ke usia 9 tahun dan adiknya masuk usia 5 tahun saya mula terfikir nak ajak Auni dan Ameera untuk serius belajar memasak Iyelah mana tau kalau jadi sesuatu perkara yang tak diingini pada saya paling k...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free

New Year Wish A Pm For All Malaysians


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender