Mana Janji 30 Peratus Calon Wanita Mastura Yazid



Selepas namanya tidak tersenarai bertanding di Parlimen Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), penyandangnya, Datuk Mastura Mohd Yazid tampil mempertikaikan mengenai janji pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) mengenai kuota calon daripada pergerakan wanita UMNO.
(Berita Harian) – Mastura yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) tampil membangkitkan perkara itu melalui hantaran di Facebook malam ini.
“Janji 30 peratus calon Wanita?? (Namun) Tak seorang pun Wanita UMNO dicalonkan untuk kerusi Parlimen di negeri Perak dan Negeri Sembilan,” tulisnya malam ini.
Mastura yang juga Pengerusi Sekretariat Profesional Wanita UMNO, sebelum ini dilihat berkongsi kenyataan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang menyambut baik keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersetuju meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita pada PRU-15.
Mastura, 61, adalah antara beberapa nama dalam Kabinet kerajaan yang dikenal pasti digugurkan sebagai calon PRU-15 sejurus selesai Pengumuman Calon dan Serah Watikah BN yang bakal bertanding dalamPRU-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, malam tadi.
Tempat Mastura selaku penyandang Parlimen Kuala Kangsar, diganti serta dipertaruhkan dengan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, di sini.
Sebelum ini, Mastura sememangnya mungkin sukar dilihat untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar pasca PRU-15 berikutan hubungan dingin yang sering diperkatakan antara beliau dengan UMNO Bahagian Kuala Kangsar.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebelum ini, juga berkata semua calon dari UMNO yang dicadangkan bertanding pada PRU-15 nanti adalah dicadangkan sendiri oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian dan cadangan itu ditutup pada 15 Ogos lalu.
Pada Ogos lalu, Maslin Sham ketika ditanya pemberita, enggan mengulas mengenai hubungan dingin yang hangat diperkatakan antara UMNO Bahagian itu dengan Mastura.
Hubungan dingin itu hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat tempatan apabila hampir setiap program membabitkan rakyat di kawasan Kuala Kangsar yang dihadiri Mastura, tidak dihadiri Maslin Sham dan begitu juga sebaliknya.
Malah, difahamkan sewaktu Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang dirasmikan oleh Saarani di Dewan Chandan Putri, di sini, pada 22 Mei lalu, kelibat Mastura dikatakan tidak berada sebaris dengan tetamu kenamaan (VIP) lain termasuk Maslin Sham.
Perselisihan antara Maslin dan Mastura dikatakan rentetan daripada tindakan Maslin Sham mewakili UMNO Bahagian menerusi kenyataan mengingatkan Mastura supaya mematuhi keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu adalah Perdana Menteri dari Perikatan Nasional (PN).
Hubungan Mastura dengan UMNO Bahagian Kuala Kangsar juga menjadi renggang apabila dikatakan susulan dari tindakan Mastura menukar cawangan beliau didaftarkan sebagai ahli UMNO ke UMNO Bahagian Rembau, Negeri Sembilan semasa 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, Mastura dikatakan kemudiannya berpindah Bahagian semula dari UMNO Rembau ke UMNO Kuala Kangsar sewaktu PN menerajui pentadbiran negara yang bersamaan ketika beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas).
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar mula dimenangi Mastura atas tiket UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 susulan kematian suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei tahun sama.
Mastura yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan kemudian menang pada PRU-14 pada 2018 juga atas tiket BN apabila meraih 12,102 undi iaitu majoriti 731 undi menewaskan calon PKR, Dr Ahmad Termizi Ramli (11,371) serta calon PAS, Drs Khalil Idham Lim (6,583).
Maslin Sham sebelum ini turut dilaporkan berkata, UMNO Kuala Kangsar menitipkan harapan kepada pucuk pimpinan pencalonan bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan dua DUN di bawahnya iaitu DUN Bukit Chandan dan DUN Manong pada PRU-15 nanti mengutamakan anak jati tempatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/11/02/mana-janji-30-peratus-calon-wanita-mastura-yazid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Tak Tercalon Mastura Bidas Bn Mungkiri Janji 30 Peratus Calon Wanita

Selepas Tak Tercalon Mastura Bidas Bn Mungkiri Janji 30 Peratus Calon Wanita

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 295 hits
agendaily com2 11 2022Datuk Mastura Mohd Yazid Datuk Mastura Mohd Yazid mengkritik partinya sendiri Barisan Nasional yang dilihat tidak cakap serupa bikin apabila tidak menunaikan janji untuk meletak lebih ramai calon wanita pada Pilihan Ra...
Wanita Umno Kecewa Bn Gagal Terjemah Kuota 30 Peratus Calon Wanita

Wanita Umno Kecewa Bn Gagal Terjemah Kuota 30 Peratus Calon Wanita

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 132 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 3 2022 11 38 AMWanita Umno membangkitkan rasa tidak puas hati dengan senarai calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke 15 kali ini susulan kegagalan pucuk pimpinan parti menterjema...
Sepang Akan Menjadi Pertembungan Antara Wanita Cuma Bn Belum Tentukan Calon

Sepang Akan Menjadi Pertembungan Antara Wanita Cuma Bn Belum Tentukan Calon

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 178 hits
BORHAN AHMADParlimen Sepang di Selangor bakal menjadi pertandingan antara calon wanita apabila GTA pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim Dengan pengumuman ini bermakna Che Asmah akan berdepan dengan dua...
Mahu Calon Isteri Miliki Muet Band 4 Ciri Wanita Idaman Lelaki Ini Undang Perdebatan Netizen

Mahu Calon Isteri Miliki Muet Band 4 Ciri Wanita Idaman Lelaki Ini Undang Perdebatan Netizen

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 176 hits
Baru baru ini tular di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Arjuna Indera yang mencari wanita idaman untuk dijadikan pasangan hidup Menerusi hantaran tersebut jejaka itu turut menyenaraikan be...
Manipestol Apa Kamu Dapat Bila Pilih Pm Jom Kita Baca Janji Janji Calon Pm Dari Pn Dan Bn Tentang Masa Depan Negara Ini

Manipestol Apa Kamu Dapat Bila Pilih Pm Jom Kita Baca Janji Janji Calon Pm Dari Pn Dan Bn Tentang Masa Depan Negara Ini

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 282 hits
APA KAMU DAPAT BILA PILIH PM Calon PM dari PN janji nak kasi pencarum kwsp untuk keluar duit kwsp Keluar duit kita sendiri pun nak dijadikan manifesto Ada lagi ke duit kwsp tu Asyik korek je Calon PM dari Bn pula janji nak kasi cuti bergaji...
Tular Surat Aku Janji Calon Bn Supaya Selamatkan Zahid Dari Kes Rasuah

Tular Surat Aku Janji Calon Bn Supaya Selamatkan Zahid Dari Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 246 hits
gemilangdaily com AHMAD FAIZAL DINTular surat Aku Janji calon BN supaya selamatkan Zahid dari kes rasuah PM UMNOSekarang berlegar isu Akujanji Calon BN Dalam Akujanji tersebut mereka harus menerima DS Zahid Hamidi sebagai PM Yang lebih mena...
Surat Aku Janji Calon Bn Jika Benar Ada Janji Itu Satu Perkara Yang We Cannot Brain

Surat Aku Janji Calon Bn Jika Benar Ada Janji Itu Satu Perkara Yang We Cannot Brain

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 122 hits
NASUHA RAHMANSekarang berlegar isu surat aku janji Calon BN di mana dalam akujanji itu calon calon harus menerima Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai PM Yang lebih menarik difahamkan mereka kena setuju untuk gugurkan kes pendakwaa...
Calon Bn Kena Jalani Tapisan Pdrm Sprm Kata Pm Tapi Zahid Macam Mana

Calon Bn Kena Jalani Tapisan Pdrm Sprm Kata Pm Tapi Zahid Macam Mana

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 199 hits
agendaily com25 10 2022Semua calon BN akan menjalani tapisan PDRM SPRM Jabatan Insolvensi dan Jabatan Agama Islam Semua calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 15 akan menjalani tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Polis ...
Pru 15 Zahid Beri Bayangan Pemimpin Tak Sehaluan Bakal Tak Jadi Calon

Pru 15 Zahid Beri Bayangan Pemimpin Tak Sehaluan Bakal Tak Jadi Calon

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 201 hits
agendaily com28 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Bayangan sudah diberikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan beberapa nama besar pemimpin yang tidak sehaluan dengan pendirian bakal tidak tercalon pa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids