Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi


 
Fahmi Fadzil berkata, kerajaan ingin memastikan semua peruntukan sampai terus kepada mana-mana projek yang dimaksudkan melalui saluran tepat. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menafikan kerajaan persekutuan mengenakan sebarang sekatan terpilih berkaitan royalti minyak kepada Terengganu.
Jurucakap kerajaan perpaduan itu berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri sebaliknya menegaskan bahawa kerajaan akan terus menyalurkan bantuan kepada negeri itu, yang dikenali sebagai Wang Ehsan sebelum ini.
“Tak benar dakwaan itu, kita cuma nak pastikan semua peruntukan itu sampai terus kepada mana-mana projek yang dimaksudkan kerana ia (dana) hak milik rakyat dan harus sampai kembali kepada rakyat dengan saluran tepat dan projek dimaksudkan terlaksana.
“Ia bagi memastikan kelancaran mana-mana pelaksanaan projek, dan keduanya untuk memastikan tidak berlaku apa-apa isu dari aspek pengurusan dana, tak naklah dana terima projek tak jalan,” katanya selepas menyempurnakan Program Sumbangan Minyak Pelincir Enjin kepada 150 pemandu teksi dan e-panggilan di Parlimen Lembah Pantai.
Fahmi berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan menteri besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa kerajaan persekutuan mengenakan sekatan terpilih berkaitan royalti kepada negeri itu.
Dalam ucapan penggulungan Belanjawan Terengganu 2025 pada sidang DUN Khamis lepas, Ahmad Samsuri mendakwa, segala urusan perbelanjaan negeri berkaitan peruntukan royalti kini memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan mengikut kes.
Sementara itu, Fahmi yang juga ketua penerangan PKR turut menafikan laporan media bahawa lembaga disiplin parti akan memuktamadkan tindakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim hari ini, susulan beberapa kritikannya kepada kerajaan.
“Saya tidak dimaklumkan, kebiasaanya bagi parti ini, proses lembaga disiplin itu perlu melalui mesyuarat, akan dibentang ke Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat, tapi setahu saya kita tak dijadual untuk ada mesyuarat hari ini,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/mana-ada-sekatan-royalti-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bonus Penjawat Awam Terengganu Tunggu Mof Lulus Kata Dr Sam

Bonus Penjawat Awam Terengganu Tunggu Mof Lulus Kata Dr Sam

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 355 hits
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata permohonan untuk memberikan bonus kepada penjawat awam negeri telah dibuat beberapa bulan lalu kepada MoF PETALING JAYA Kerajaan Terengganu menunggu kelulusan kewangan daripada Kementerian Kewangan terlebih dul...
Pemuda Pas Tak Tahu Apa Apa Isu Royalti Terengganu

Pemuda Pas Tak Tahu Apa Apa Isu Royalti Terengganu

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 160 hits
HarapandailyMUAMMAR QADDAFiKenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri Terengganu mengkritik AMANAH sebagai tidak menghormati hak federalisme dalam isu royalti Terengganu mencerminkan ketidaktahuan apa apa pimpinan sayap pemuda parti...
Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 275 hits
Rafiq Abdullah berkata perkara itu perlu diputuskan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional Tidak salah bagi Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mengeluarkan pandangan partinya lebih layak memimpin Perikatan Nasional kata seorang pemimpin Bersatu s...
Cum Seminggu Hanya 98 Tiket Terjual Penganjur Kata Penyanyi Malaysia Yang Batalkan Show Kl Masih Hutang Duit

Cum Seminggu Hanya 98 Tiket Terjual Penganjur Kata Penyanyi Malaysia Yang Batalkan Show Kl Masih Hutang Duit

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 267 hits
Show Aisha Retno Dibatalkan Gara Gara Tiket Laku Kering Baru baru ini penyanyi Malaysia Aisha Retno terpaksa menerima kenyataan pahit apabila show beliau dibatalkan akibat jualan tiket yang tidak jadi Pihak penganjur Kharisma Music Internat...
Calon Ikut Kata Isteri Pilihan Pn

Calon Ikut Kata Isteri Pilihan Pn

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 163 hits
C P CALON IKUT KATA ISTERI PILIHAN PN Ahli PAS mahu Dr Sam tapi Peja kata padamkan cita2ADAKAH PAS BERSETUJU MUHYIDDIN JADI PM Kenyataan Peja semalam mengejutkan saya kerana di kala pemimpin2 PAS ingin mencari sebesar kuman kesalahan PMX ti...
Sentimen Pengundi Cenderung Parti Tempatan Ubah Pendirian Warisan Kata Penganalisis

Sentimen Pengundi Cenderung Parti Tempatan Ubah Pendirian Warisan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 165 hits
Bilcher Bala berkata Warisan tidak mahu tersisih bersama parti nasional pada PRN Sabah Sentimen sokongan kepada parti tempatan yang didakwa membuak buak dalam kalangan pengundi menjelang PRN Sabah mungkin membuatkan Warisan sedia bergerak s...
Dia Kata Saya Kelakar Bakal Kahwin April 2025 Choi Sihun Janji Akan Lindungi Ailee Sepanjang Hayat

Dia Kata Saya Kelakar Bakal Kahwin April 2025 Choi Sihun Janji Akan Lindungi Ailee Sepanjang Hayat

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 406 hits
Tak lama lagi Choi Si hun akan memulakan hidup baru sebagai suami isteri bersama Ailee Artikel Berkaitan Sebelum ini agensi telah mengumumkan bahawa selepas setahun bercinta Ailee telah memutuskan untuk berkahwin dengan Choi Si hun pada Apr...
Market Trends To Shape Your Business

Man United Setuju Harga Lammens Bakal Cabar Onana

Why Choosing The Right Patent Illustration Services Can Make Or Break Your Application

Pampasan Tanah Kerajaan Persekutuan Setuju Selesai Babit Kem Syed Sirajuddin Pm Anwar

Ribuan Warga Sumanep Diserang Campak Ragut 17 Nyawa Siakap Keli

Mytnb Cara Semak Bil Elektrik Online

12 Maut Empat Hilang Jambatan Runtuh Di China Utusan Malaysia

Lirik Lagu Harapalsu Arghpiez Ft Mus Satira


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rezeki Itu Tidak Pernah Akan Habis

Jualan Merdeka Free Shipping Teruja Klik Barangan Jualan Di Temu

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian