Man Utd Buat Tawaran 73 8j Untuk Penyerang Rb Leipzig Sesko Berita Sukan




MANCHESTER: Manchester United telah membuat tawaran untuk penyerang RB Leipzig, Benjamin Sesko, dengan pakej pemindahan bakal meningkat kepada £73.8 juta ($126.4 juta).
Tawaran tersebut merangkumi bayaran terjamin berjumlah £65.2 juta, lapor BBC Sport.
Walaupun belum menerima respons,The Red Devils yakin penilaian tersebut adalah tepat untuk memperolehi penyerang Slovenia itu yang ingin berpindah ke Old Trafford.
Newcastle United turut mahukan Sesko dan telah membuat tawaran berjumlah sekitar £69.5 juta sambil berunding dengan Leipzig.
United rela melepaskan penyerang Rasmus Holjund untuk memberi ruang kepada Sesko.
Sesko telah menjaringkan 39 gol dalam 87 perlawanan untuk Leipzig.
Dengan ketinggian 1.95 meter, beliau turut memberikan kehadiran fizikal tambahan yang ketara kepada barisan serangan kelab Old Trafford itu.
Sebelum ini, sumber United menjelaskan bagaimana kelab itu boleh mendapatkan tandatangan Sesko, walaupun pemilik bersama United, Sir Jim Ratcliffe, berkata pada awal 2025 bahawa kelab itu berpotensi muflis menjelang Krismas jikalau langkah penjimatan kos secara besar-besaran tidak diambil.
Urusan pembayaran untuk pemain Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo daripada kelab Wolves dan Brentford, yang berjumlah £130 juta secara keseluruhan, telah berjalan dengan baik.
Selanjutnya, segala gaji pemain Marcus Rashford yang berjumlah £325,000 seminggu sedang dibiayai oleh kelab liga Sepanyol Barcelona setelah perpindahannya ke sana sebagai pemain pinjaman.
United juga menerima £5 juta daripada kelab Chelsea setelah mereka menarik balik persetujuan untuk membeli pemain Jadon Sancho.
Selain itu, United menerima bayaran lebih £15 juta daripada klausa penjualan yang melibatkan Anthony Elanga, Alvaro Carreras dan Maxi Oyedele.
Sejak berpindah ke liga Jerman, Sesko merupakan penjaring gol terbanyak – bawah 23 tahun – dalam semua pertandingan bagi lima liga utama Eropah, dengan jaringan 39 gol dalam 87 perlawanan.
Beliau mengatasi pemain Real Madrid, Jude Bellingham, dengan satu gol dan pemain Liverpool yang baru saja pindah daripada Bayer Leverkusen untuk jumlah £100 juta (S$171.3 juta), Florian Wirtz, sebanyak lima gol.
Sesko mempunyai kekuatan dan kelajuan yang menjadikannya ancaman apabila menerima hantaran tinggi.
Beliau juga pemain serba boleh kerana lebih kerap melibatkan diri dalam serangan dari bahagian sayap dan tengah.
Berbanding musim 2023/24, yang menyaksikan beliau menghasilkan sentuhan bola sebanyak 17 peratus dalam kotak penalti pasukan lawan, musim 2024/25 pula beliau mencatatkan sentuhan sebanyak 9.7 peratus sentuhan di tempat yang sama.
Beliau juga antara penyerang yang paling laju dalam Bundesliga dengan kelajuan 35.7 kilometer sejam.
Sesko juga mempunyai kehebatan menjaringkan gol dari luar kotak penalti, yang menyaksikan 36.8 peratus percubaan gol dan 23.1 peratus gol dihasilkan. – Agensi berita


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/06/man-utd-buat-tawaran-73-8j-untuk-penyerang-rb-leipzig-sesko-berita-sukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 287 hits
Barcelona s new signing Marcus Rashford poses with his shirt during the presentation at the FC Barcelona Club Shop Barcelona Spain July 23 2025 Barca sign Marcus Rashford on loan from Man Utd with option to buy Barcelona have signed England...
Anak Peniaga Air Balang Tular Gendong Isteri Sakit Terima Tawaran Belajar Di Giatmara

Anak Peniaga Air Balang Tular Gendong Isteri Sakit Terima Tawaran Belajar Di Giatmara

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 310 hits
Anak Peniaga Air Balang Tular Gendong Isteri Sakit Terima Tawaran Belajar Di GiatMARA Kisah menyayat hati seorang peniaga air balang yang sanggup menggendong isterinya yang lumpuh setiap minggu ke tapak niaga terus meraih perhatian masyarak...
Did You Read Pm S Announcement Dap Man Pans Wee S Rm100 Return Idea

Did You Read Pm S Announcement Dap Man Pans Wee S Rm100 Return Idea

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 224 hits
DAP assistant national organising secretary Lee Chin Chen has taken a swipe at MCA president Wee Ka Siong for suggesting that the government set up a mechanism to allow people to return the RM100 Rahmah Necessities Aid if they do not need i...
Man Spends Whopping Rm50 000 Just To Qualify For Trx Premium Lounge

Man Spends Whopping Rm50 000 Just To Qualify For Trx Premium Lounge

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 182 hits
WHAT does it take for a person to have access to exclusive luxury For one guy it is RM50 000 worth of purchases just to be qualified for a membership in the TRX The Premium Lounge Now one would imagine the crazy load of shopping a person ha...
Pecah Rahsia Mig 35 Tawaran Rusia Bagi Malaysia Kini Jet Didedah Spesi

Pecah Rahsia Mig 35 Tawaran Rusia Bagi Malaysia Kini Jet Didedah Spesi

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 219 hits
Seronok Dipilih Malaysia Jadi Calon Terbaik MiG 35 Ini Rahsia Spesifikasi Hebatnya Rasa bangga bila dengar berita ni Malaysia dikatakan antara negara yang dipertimbangkan oleh Rusia untuk terima jet pejuang MiG 35 jet moden yang digelar adi...
Tabung Haji Ingatkan Umat Islam Waspada Tawaran Badal Haji Murah Elak Jadi Mangsa Penipuan

Tabung Haji Ingatkan Umat Islam Waspada Tawaran Badal Haji Murah Elak Jadi Mangsa Penipuan

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 294 hits
Lembaga Tabung Haji mengingatkan masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang tawaran perkhidmatan upah haji atau badal haji yang diiklankan oleh mana mana agensi pelancongan mahupun individu...
Menjelang Perhimpunan Turun Anwar Pembangkang Dicabar Kemukakan Tawaran Yang Lebih Baik

Menjelang Perhimpunan Turun Anwar Pembangkang Dicabar Kemukakan Tawaran Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 225 hits
Demo Turun Anwar Amanah cabar pembangkang beri tawaran lebih baikMalaysiakini nbsp Amanah mencabar pihak pembangkang untuk menawarkan inisiatif yang lebih baik sebelum mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan Cabaran itu su...
Resipi Kari Ayam Kampung Kerala Yang Pekat Tips Buat Chapati Ori Mudah Di Rumah

When Boiling Eggs Does Adding Salt Really Do Anything Beneficial For The Eggs

Woman Who Tried To Hug Perak Ruler Charged With Assault

Blood Moon Draws Crowd To National Planetarium Despite Cloudy Skies

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Unik Menarik Pameran Dari Taman Taman Sabah

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Drama Korea Beyond The Bar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Putu Bambu

Jalan Untuk Pas Berpisah Dari Bersatu Terbuka

Laporan Produksi Yufid Bulan Juli 2025

Problem Problem Keluarga Dan Pengaruhnya Terhadap Anak

30 Amalan Di Usia Senja

A Practical Guide To Bulk Toilet Paper For Homes And Businesses