Mampukah Anwar Kekal Mendahului


malaysiakini.comReuters
Diterbitkan: Nov 18, 2022 1:42 PM
Anwar Ibrahim memperhebatkan kempennya minggu ini untuk menjadi perdana menteri Malaysia, didorong dengan tinjauan pendapat umum yang meletakkan ketua pembangkang veteran itu di hadapan dalam pertandingan yang sengit.

Pilihan raya umum esok adalah yang paling sengit sejak negara di Asia Tenggara itu merdeka pada 1957, dengan tinjauan pendapat menjangkakan Parlimen akan tergantung dengan tiada parti atau gabungan mendapat majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Gabungan yang diketuai oleh Anwar - yang dalam tempoh 25 tahun bertukar daripada pemimpin negara paling lama berkhidmat menjadi seorang banduan yang disabitkan kesalahan liwat kepada tokoh pembangkang utama negara - dijangka memenangi kerusi terbanyak tetapi gagal mencapai majoriti, menurut tinjauan dan penganalisis.
Pakatan saingannya, termasuk yang diterajui oleh Ismail Sabri Yaakob dan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, boleh bergabung untuk meraih jumlah kerusi yang diperlukan dan menafikan Anwar daripada jawatan tertinggi itu.

Bagi pengundi, isu utama ialah prospek ekonomi, dengan pertumbuhan dijangka perlahan dan inflasi yang meningkat.

Ramai rakyat Malaysia juga kecewa dengan ketidakstabilan politik baru-baru ini yang menurut mereka telah mengalihkan tumpuan ahli politik daripada membangunkan ekonomi.

Gabungan Pakatan Harapan yang diterajui Anwar diramal memperoleh undi terbesar pada 35 peratus, menurut tinjauan oleh firma penyelidikan British YouGov pada Rabu lalu.
Selain itu, gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Muhyiddin pula berada di landasan untuk mendapatkan 20 peratus dan BN pula pada 17 peratus.

Ismail Sabri dan Muhyiddin adalah sebahagian daripada gabungan pemerintah sebelum parlimen dibubarkan tetapi bertanding pada pilihan raya ini secara berasingan.

Anwar, bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri, hadir di kempen dan perhimpunan besar dengan berikrar untuk mewujudkan kestabilan politik, memulihkan perpecahan antara Melayu majoriti Islam dan kumpulan etnik lain, serta memulihkan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan pelaburan.

"Pilihan raya ini bukan tentang menukar perdana menteri," kata Anwar dalam ucapannya pada Khamis.
"Pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk menyelamatkan negara dan melakukan perubahan besar demi memulihkan negara tercinta ini."

Anwar mengetuai gabungan pelbagai etnik, manakala BN dan PN diketuai oleh parti yang mengutamakan kepentingan orang Melayu.

Kaum dan agama merupakan isu yang memecahbelahkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, dengan etnik Cina dan India membentuk kira-kira 30 peratus daripada pengundi.

Gabungan Anwar boleh dikalahkan jika blok lain berganding bahu menentangnya, kata penganalisis, dengan pakatan parti-parti politik lebih kecil di Sabah dan Sarawak di pulau Borneo berpotensi memainkan peranan sebagai penentu.

Dalam temu bual dengan Reuters bulan ini, Anwar menolak bekerjasama dengan gabungan Ismail Sabri dan Muhyiddin, memetik "perbezaan dasar" berhubung kaum dan agama.
Sekiranya Parlimen tergantung, Harapan mempunyai kelebihan dalam menarik sekutu, kerana perpecahan dan perbalahan menjadikan dua gabungan utama yang lain "secara semula jadi tidak stabil", kata Bridget Welsh dari Universiti Nottingham Malaysia.

Tetapi dia berkata banyak kerusi lagi masih terlalu awal untuk diramalkan, kerana 15 peratus hingga 30 peratus daripada pengundi masih belum membuat keputusan, kata Welsh dan tinjauan oleh firma pendapat bebas, Merdeka Center.

Lebih dua dekad lalu Anwar sebagai tokoh pembangkang telah dipenjarakan sembilan tahun penjara kerana meliwat dan rasuah, tuduhan yang menurutnya bermotifkan politik.

Dia dibebaskan dari penjara pada 2018 selepas berganding bahu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga adalah mentor dan seteru lamanya, untuk mengalahkan BN buat kali pertama dalam sejarah Malaysia ketika kemarahan orang ramai memuncak terhadap kerajaan berhubung skandal 1MDB yang menyaksikan berbilion duit negara lesap.
Mahathir menjadi perdana menteri buat kali kedua pada 2018 pada usia 92 tahun, berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam tempoh dua tahun, tetapi gabungan itu tumbang dalam tempoh 22 bulan kerana perbalahan mengenai peralihan.

Muhyiddin menjadi perdana menteri seketika tetapi pentadbirannya runtuh tahun lalu, membuka jalan untuk BN kembali berkuasa dengan Ismail Sabri pula memegang tampuk pemerintahan negara.

Reuters

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/mampukah-anwar-kekal-mendahului.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Ke 10 Anwar Mendahului 5 Calon Lain

Pm Ke 10 Anwar Mendahului 5 Calon Lain

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 172 hits
Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke 15 esok kajian menunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di hadapan sebagai pilihan utama rakyat Malaysia untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke 10 Kajian yan...
Tok Mat Kekal Mendahului

Tok Mat Kekal Mendahului

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 178 hits
REMBAU Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan terus mendahului empat calon lain di Parlimen Rembau Setakat pukul 9 malam ini dan selepas 31 peti undi dikira Mohamad kini memperoleh sebanyak 6 827 undi Calon Pakatan Harapan Jufitri
Menjelang Penamaan Calon Esok Anwar Ibrahim Mendahului Jadi Pilihan Rakyat Sebagai Pm

Menjelang Penamaan Calon Esok Anwar Ibrahim Mendahului Jadi Pilihan Rakyat Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 219 hits
NASUHA RAHMANMenjelang penamaan calon esok Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului menjadi pilihan rakyat sebagai Perdana Menteri pada PRU15 ini Penamaan calon pada 5 November 2022 dalam pertembungan pelbagai tokoh yang disebut sebut sebagai PM...
Menang Dulu Baru Bincang Kerjasama Politik Dengan Gps Kata Anwar

Menang Dulu Baru Bincang Kerjasama Politik Dengan Gps Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 240 hits
November 12 2022 Selain urus tadbir yang baik kata Anwar Ibrahim PH menawarkan kepada rakyat Sarawak untuk mengekalkan agenda keadilan kepelbagaian kaum dan agama PETALING JAYA Pengerusi Pakatan harapan Anwar Ibrahim berkata sebarang perbin...
Ge15 Anifah Turns Up At Anwar S Pakatan Rally In Putatan In Apparent Show Of Support

Ge15 Anifah Turns Up At Anwar S Pakatan Rally In Putatan In Apparent Show Of Support

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 173 hits
KOTA KINABALU Datuk Seri Anifah Aman has turned up at a Pakatan Harapan event featuring Datuk Seri Anwar Ibrahim in Putatan here The presence of the former foreign minister who is also Parti Cinta Sabah president could be seen as a show of ...
Dr M Blame Muhyiddin Hamzah Azmin For Anwar Not Becoming Pm

Dr M Blame Muhyiddin Hamzah Azmin For Anwar Not Becoming Pm

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 219 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad said it was not him who should be blamed for Anwar Ibrahim not becoming prime minister under the Pakatan Harapan administration Instead he blamed those from within the coalition who engineered the S...
Ge15 Ahmad Faizal Amused Over Anwar S Gigantic Posters

Ge15 Ahmad Faizal Amused Over Anwar S Gigantic Posters

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 168 hits
IPOH Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu was amused over PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim s gigantic posters seen in several locations here Is that Anwar Ibrahim I thought it was Godzilla said the incumbent Tambun MP when asked about the PK...
Anwar Akan Serah Bukti Pengundi Tentera Dibayar Rm300 Kepada Spr

Anwar Akan Serah Bukti Pengundi Tentera Dibayar Rm300 Kepada Spr

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 168 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk bukti mengenai dakwaannya berhubung isu pengundian awal membabitkan anggota tentera di Bera Jelasnya beliau telah membuat ...
Isu Undi Tentera Anwar Akan Serah Bukti Kepada Spr

Isu Undi Tentera Anwar Akan Serah Bukti Kepada Spr

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 193 hits
agendaily com12 11 2022Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen di Parlimen Kuala Nerus hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan dakwaan berhubung isu undi tentera dan akan menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya