Mampukah Anda Berpuasa 22 Jam Di Hujung Dunia Tanpa Waktu Malam


Durie Rainer FongKhairul Fuad Junaidi berdiri di tepi sebuah gunung dengan berlatar
belakangkan bandar Longyearbyen di Svalbard, Norway.KOTA KINABALU: Bagaimanakah seorang umat Islam tahu bila masanya untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan di hujung dunia yang tiada waktu malam atau subuh?
Seorang anak muda berani dari Sabah yang tinggal berjauhan daripada keluarga sepanjang Ramadan dan Hari Raya kini tahu caranya.
Khairul Fuad Junaidi lebih suka berada di Pulau Svalbard, Lautan Artik kerana ia antara sebilangan kecil kawasan di bumi ini yang bebas daripada jangkitan Covid-19 dan tiada sebarang bentuk sekatan pergerakan dilaksanakan.
Khairul meninggalkan Kampung Silad di Ranau, Sabah dan menjejakkan kaki di Longyearbyen, Norway, yang hanya dihuni kira-kira 2,300 orang dan 4,000 beruang kutub.
Pada usia 24 tahun, beliau kini mempunyai 2 pekerjaan dan tidak berasa asing di tanah putih salju itu.
“Svalbard mungkin tempat paling selamat di bumi sekarang – kami mempunyai sifar jangkitan Covid-19 di sini,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, beliau berharap dapat menyambut Ramadan dan ketibaan Hari Raya bersama keluarganya.
Aurora atau cahaya utara di Svalbard, sebuah
kepulauan Norway di Lautan Artik memukau mata
memandang.“Saya akan rindu meraikannya bersama keluarga dan rakan saya, tetapi memutuskan untuk tidak pulang kerana pandemik itu. Saya tidak mahu mengambil risiko bagi diri saya dan keluarga di kampung halaman.”
Beliau kini gembira memiliki syarikat sendiri.
“Hanya ada 3 umat Islam lain di sini dan kami jarang jumpa. Saya satu-satunya rakyat Malaysia. Jadi, beraya di sini sama seperti hari biasa. Saya merindui masakan rumah seperti buntut ayam kegemaran saya.”
Walaupun suhu di bawah sifar, Khairul suka melakukan aktiviti luar di sana.
“Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini: Saya suka mendaki, menaiki kereta salji dan bermain ‘sledding’. Dan aurora memukau mata memandang.
“Suhu jatuh kepada -32°C pada musim sejuk, tetapi saya sudah biasa dengannya sekarang.”
Katanya, sekarang ialah musim matahari tengah malam, iaitu waktu siang sepanjang hari sehingga Ogos ini.
“Kebanyakan orang di sini beragama Kristian. Tidak ramai yang pernah dengar Ramadan atau tahu umat Islam berpuasa sepanjang tempoh ini.”
Beliau tidak berdepan sebarang kesukaran mendapatkan makanan halal, tetapi tidak mudah berpuasa di bawah matahari tengah malam.
“Saya berdepan masalah berpuasa di sini pada mulanya kerana tidak dapat membezakan waktunya daripada matahari, jadi saya perlu memeriksa waktu berbuka puasa mengikut Makkah.”
Setiap hari, Khairul perlu berpuasa kira-kira 21 jam. Beliau bersahur kira-kira 1 pagi waktu tempatan, solat subuh pada 1.40 pagi dan berbuka puasa pada 10.30 malam.
Walaupun berjauhan dari kampung halaman, beliau tidak lupa tanggungjawab terhadap keluarganya.
“Ibu bapa saya sudah tidak bersama kami, jadi saya sebagai anak sulung perlu bekerja keras untuk adik-adik saya.
“Saya sentiasa bimbang tentang mereka, khasnya ketika penularan pandemik. Mujurlah nenek kami menjaga mereka dan mereka baik-baik saja setakat ini.”
Sebuah tasik beku di Longyearbyen, Svalbard.Keluarganya memiliki sebuah kedai pakaian yang kecil di Ranau, tetapi beliau merasakan dirinya dapat mencari lebih banyak wang di tempat tinggalnya sekarang.
Ini sebabnya keutamaan pertamanya ialah sentiasa bekerja dan mencari wang. Beliau bekerja sebagai ketua pelayan pada siang dan tukang masak di sebelah malam.
“Bagaimana saya sampai ke sini panjang ceritanya. Saya pada mulanya datang bersama seorang saudara dari Amerika Syarikat, tetapi beliau sudah pergi.”
Longyearbyen pada musim sejuk di mana suhu akan
jatuh kepada -32°C.Beliau masih mampu menikmati hidupnya, walaupun mempunyai 2 pekerjaan.
“Saya sangat suka tempat ini dan mahu tinggal di sini sehingga saya bersara.”
Svalbard ialah zon tanpa visa. Sesiapa saja boleh tinggal dan bekerja di sini, tanpa mengira kerakyatannya. Selepas 7 tahun, anda layak mendapat kewarganegaraan Norway.
Satu daripada faktor ia bebas daripada Covid-19 ialah ia ditutup kepada orang luar sejak pertengahan Mac lalu.
Ia akan dibuka semula 1 Jun ini, tetapi hanya kepada pelancong dari Norway.
Jika anda datang ke Svalbard, singgahlah di rumah tumpang dan restoran Coal Miners’ Cabins untuk berbual dengan satu-satunya rakyat Malaysia ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/mampukah-anda-berpuasa-22-jam-di-hujung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Umur 1 Bulan Waktu Tidur Siang 6 7 Jam Waktu Malam 8 9 Jam Ini Jadul Waktu Tidur Anak Ikut Umur

Anak Umur 1 Bulan Waktu Tidur Siang 6 7 Jam Waktu Malam 8 9 Jam Ini Jadul Waktu Tidur Anak Ikut Umur

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 307 hits
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak Kanak kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan Ni saya kongsikan tempoh masa tidu...
Hujung Dunia Pun Saya Akan Cari Tunang Separuh Gila Risteena Hilang 30 Minit Tak Jawab Panggilan

Hujung Dunia Pun Saya Akan Cari Tunang Separuh Gila Risteena Hilang 30 Minit Tak Jawab Panggilan

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 474 hits
Mengikat tali pertunangan November lalu kisah percintaan pasangan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan mula mendapat perhatian ramai Sikap ambil berat dan romantis Isa Khan bukan lagi satu rahsia apabila dia dilihat bersungguh sungguh menyay...
Telefilem Khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 Jam 8 00 Malam Di Saluran Tv Okey Rtm

Telefilem Khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 Jam 8 00 Malam Di Saluran Tv Okey Rtm

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 1166 hits
Telefilem khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 jam 8 00 malam di saluran TV Okey RTM Lakonan Syafie Naswip Aedy Ashraf Liyana Jasmay Nik Adam Mika Laila Nasir Bohari Ibrahim Saidi Sabri Amirulhafiz
Tekan Penularan Virus Corona Purbalingga Berlakukan Jam Malam

Tekan Penularan Virus Corona Purbalingga Berlakukan Jam Malam

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 319 hits
Bupati Purbalingga Dyah Hayuning Pratiwi mengatakan kasus positif di Purbalingga menjadi 46 kasus
Relawan Corona Jatim Tendang Pelanggar Jam Malam Hingga Tewas

Relawan Corona Jatim Tendang Pelanggar Jam Malam Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 294 hits
Seorang relawan Covid 19 penjaga perbatasan wilayah di Tulungagung Jawa Timur ditangkap polisi karena menendang pelanggar aturan jam malam atau semikarantina wilayah hingga tersungkur ke aspal dan tewas AP inisial pelaku penganiayaan itu ki...
Waktu Icerd Boleh Berkumpul Di Dataran Waktu Jakel Nista Bangsa Melayu Jgnkan Kumpul Bunyi Pun Tarak Kenapa Ya

Waktu Icerd Boleh Berkumpul Di Dataran Waktu Jakel Nista Bangsa Melayu Jgnkan Kumpul Bunyi Pun Tarak Kenapa Ya

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 529 hits
Apa pun kelemahan Bangsa Melayu tidak adil dan tidak patut dikutuk seluruh bangsa kerana bangsa Melayu juga ciptaan Allah Yang lebih menghairankan pejuang pejuang Melayu seperti PAS dan UMNO senyap sunyi walaupun bangsa sendiri di maki dan ...
Niat Zakat Fitrah Waktu Mengeluarkan Dan Berapa Besarnya Tahun 2020

Niat Zakat Fitrah Waktu Mengeluarkan Dan Berapa Besarnya Tahun 2020

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 422 hits
Zakat fitrah adalah ibadah maaliyah yang menyertai dan menyempurnakan puasa Ramadhan Bagaimana niat zakat fitrah kapan waktu mengeluarkan dan berapa besarnya untuk tahun 2020 Berikut ini pembahasannya Pengertian Zakat Fitrah Terkadang ada y...
Presiden Jokowi Beri Tenggat Waktu Pengendalian Covid 19 Hingga Lebaran

Presiden Jokowi Beri Tenggat Waktu Pengendalian Covid 19 Hingga Lebaran

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 219 hits
Presiden Joko Widodo memerintahkan jajarannya mengendalikan penularan virus corona sampai hari hari raya Lebaran Idul Fitri 2020 Tenggat waktu itu diberikan kepada Gugus Tugas Percepatan Penanganan Covid 19 di Pulau Jawa Saya minta gugus tu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah