Mampukah Anak Muda Warisi Negara


Cadangan Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 wajar disambut baik oleh semua pihak. Hal ini kerana PLKN yang diperkenalkan pada 2004 telah banyak memberi kesan positif terhadap usaha untuk memperkukuhkan perpaduan dan patriotisme serta pembentukan jati diri dalam kalangan generasi muda.

Hakikatnya pada hari ini, isu jati diri, perpaduan kaum dan semangat patriotisme terus menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat kita. Antara isu yang diperdebatkan mutakhir ini ialah sejauh mana tahap perpaduan dan patriotisme dimiliki oleh anak muda yang bakal menjadi pewaris negara ini?

Rakyat juga seringkali tertanya-tanya, apakah generasi muda yang ada pada hari ini mampu untuk mempertahankan kemerdekaan yang kita kecapi, mempertahankan kontrak sosial yang dimeterai generasi terdahulu, mempertahankan jambatan perpaduan yang dibina sekian lama serta menjaga dan memelihara keamanan dan keharmonian kaum yang kita banggakan selama ini?

Ini menyebabkan masyarakat mula risau apa akan jadi kepada perpaduan kaum di negara kita suatu hari kelak.

Justeru, kita harap kerajaaan akan menjenamakan semula PLKN agar menepati keperluan serta kehendak semasa, juga masa hadapan golongan belia dan negara. Apa yang kita laksanakan sejak 2004 adalah mengikut keperluan pada ketika itu. Namun, saya percaya kini kita sedang melalui suatu zaman yang lebih mencabar dan kompleks. Oleh itu, kerajaan perlu melihat secara menyeluruh segala kelemahan mahupun kekurangan yang wujud sebelum ini bagi memastikan PLKN versi baharu ini lebih mantap dan holistik.

Dalam konteks ini, saya percaya kerajaan bakal berhadapan beberapa cabaran besar. Antaranya, cakap-cakap sesetengah anggota masyarakat dan ahli politik bahawa program ini bakal menelan kos operasi yang besar, tiada keperluan buat masa sekarang serta bukan suatu keutamaan dalam situasi kita sedang berperang dengan ancaman Covid-19.

TELUS
Oleh itu, PLKN versi baharu ini perlu dijenamakan semula agar boleh memulakan operasi dengan peruntukan kewangan yang paling minimum serta perlu membuktikan tidak akan berlaku sebarang elemen pembaziran. Malah, isu-isu yang pernah dibangkitkan oleh pentadbiran terdahulu seperti amalan kronisme dalam pemberian kontrak di kem latihan juga perlu dilihat sejuah mana kebenarannya agar kita boleh memastikan perkara seumpama itu tidak berlaku lagi jika ia benar. Ringkasnya, buktikan kepada rakyat dengan kos yang minimum dan pengurusan yang telus, PLKN versi ini mampu memberikan impak signifikan.

Cabaran berikutnya ialah pengisian modul latihan yang akan menjadi penentu kejayaan PLKN. Kerajaan perlu membuktikan memang ada kewajaran dan keperluan untuk melaksanakan semula PLKN melalui pembentukan kurikulum modul yang lebih mantap dan efektif. Misalnya, modul yang bakal dilaksanakan perlu fokus kepada aspek kenegaraan, patriotisme, perpaduan, jati diri, ketahanan diri, survival kehidupan serta elemen kesukarelawanan.

Sebahagian daripada modul ini telah pun dilaksanakan dalam PLKN sebelum ini. Jadi, eloklah dibuat pascanilai (post mortem) secara menyeluruh bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaan modul-modul tersebut di samping melihat keperluan untuk menambah modul baharu. Untuk itu, dicadangkan kementerian membentuk sebuah jawatankuasa modul membabitkan kelompok pakar dalam pelbagai bidang agar dapat mengkaji modul terdahulu seterusnya dapat mencadangkan penambahbaikan dan penambahan modul baharu yang bersesuaian. Alumni atau bekas peserta PLKN juga wajar dilibatkan untuk memberikan maklum balas lebih tepat.

Di samping itu, bagi melaksanakan setiap modul ini, kita memerlukan barisan jurulatih berkaliber dan mampu menterjemahkan hasrat serta objektif utama. Untuk itu, kerajaan perlu memilih dan melantik individu-individu dari pelbagai latar belakang kepakaran, agama serta bangsa agar mereka dapat memikul amanah dan tanggungjawab yang besar ini sebaik mungkin. Ingat, kejayaan atau kegagalan program ini banyak bergantung kepada intipati modul serta jurulatih yang melaksanakannya dengan efisien.

Dalam pada itu, kelompok peserta yang bakal menyertai PLKN juga wajar diberi perhatian serius. Misalnya, bagi memastikan objektif PLKN tercapai secara menyeluruh, kita berharap agar kerajaan mewajibkan semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta remaja berusia 18 tahun menyertai program ini. Jangan ada sebarang tolak ansur atau pengecualian dalam soal ini jika kita mahu membentuk sebuah generasi masa hadapan yang bersatu padu dan sanggup berkorban untuk negara. Malah, tempoh masa program juga perlu diteliti semula dan ditetapkan pada kadar bersesuaian supaya pelaksanaan modul dapat memberikan kesan dan impak yang dihasratkan.

Secara prinsipnya, saya percaya majoriti anggota masyarakat akan menyokong penuh cadangan melaksanakan semula PLKN jika kerajaan mampu menjenamakannya menjadi versi baharu, sekali gus membuktikan ia sangat diperlukan untuk mendidik dan membentuk generasi masa depan negara ini.

Semoga PLKN versi baharu dapat terus memainkan peranan sebagai wahana penting untuk memperkukuh perpaduan dan patriotisme dalam kalangan generasi pewaris masa depan negara ini mengikut cara dan acuan kita sendiri.
Oleh: Noor Mohamad Shakil Hameed

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2020/12/mampukah-anak-muda-warisi-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makin Digilai Anak Muda Cik B Kini Bergelar Penyanyi

Makin Digilai Anak Muda Cik B Kini Bergelar Penyanyi

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 268 hits
Siapa yang tidak kenal dengan anak kepada pengasas kosmetik penub sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang kini khabarnya semakin mendapat tempat di hati peminat industri hiburan tempatan var neutrogena beautifulnara com apa itu kulit r
J Kom Bukan Isu Anak Muda Rahman Imuda

J Kom Bukan Isu Anak Muda Rahman Imuda

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 468 hits
1 DISEMBER Hari ini saya melihat ada satu kumpulan yang menjenamakan diri mereka sebagai kumpulan anak muda dengan beberapa tuntuan berhubung Belanjawan 2021 Saya agak terganggu dengan tuntutan tuntutan ini kerana berpandangan ia bukanlah r...
Raja Muda Selangor Sumbang Rm100 000 Bina Kompleks Anak Yatim

Raja Muda Selangor Sumbang Rm100 000 Bina Kompleks Anak Yatim

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 310 hits
Oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan cek sumbangan peribadi bernilai RM100 000 kepada Pengerusi YIDE Datuk Bakhtiar Hussin sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengurus Besar YIDE Nu...
Nasihat Kepada Anak Anak Muda Ustaz Nazrul Nasir

Nasihat Kepada Anak Anak Muda Ustaz Nazrul Nasir

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 558 hits
Assalamualaikum semua Alhamdullah apa khabar semua Naim harap semua baik baik belaka Pagi ini Naim share short kuliah dari Ustaz Nazrul Nasir berkisar nasihat kepada anak anak muda Jom kita dengar bersama sama semoga kita mendapat manfaat d...
Bolehkah Anak Muda Mendominasi Politik Malaysia Pada 2021

Bolehkah Anak Muda Mendominasi Politik Malaysia Pada 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 270 hits
By 11 Dec 2020sPhotograph Eric ThooPergerakan anak muda barangkali boleh menjadi atma jiwa dalam mengubati kelelahan politik yang menyelubungi negara kita tulis Khoo Ying Hooi Kita akan memasuki tahun 2021 kurang dari sebulan lagi Tahun ini...
Najwa Shihab Dan Glenn Muncul Di Video Rangkuman Google Tahun 2020 Dari Mulai Kabar Duka Sampai Penyemangat Anak Muda

Najwa Shihab Dan Glenn Muncul Di Video Rangkuman Google Tahun 2020 Dari Mulai Kabar Duka Sampai Penyemangat Anak Muda

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 296 hits
Berbagai momen terangkum dalam video Year in Search 2020 yang dirilis oleh Google Mana nih momen yang paling kamu ingat
Anak Muda Kelantan Tolak Pas Ph Nak Tengok Saja Ke

Anak Muda Kelantan Tolak Pas Ph Nak Tengok Saja Ke

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 320 hits
Balik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II tadi mak naik Grab Perjalanan ke rumah mengambil masa kurang daripada 15 minit Kami bersembang sembang pasal covid19 Pasal KB masih PKPB tetapi sempadan sudah dibuka tiada lagi polis mengawal Pol...
Ajar Anak Buat Kerja Rumah Seawal Usia 2 Tahun

Ajar Anak Buat Kerja Rumah Seawal Usia 2 Tahun

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 295 hits
Seawal usia 2 tahun dah boleh ajar buat kerja rumah Biasanya ibu yg surirumah ni dah terbiasa buat semua kerja rumah tu sendiri Hinggakan anak2 jadi manja tak reti nak buat kerja rumah Tak salahkan anak2 la jugak Sebab kadang tak bagi pelua...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner