Mama Mama Orang Tu Pegang Bawah Saya Dia Gelak Ibu Lapor Polis Anaknya Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pekerja Kedai Makan


The Reporter




Isu gangguan dan serangan seksual dilihat semakin membimbangkan. Tanpa mengira usia dan tempat, ramai menjadi mangsa kepada pelaku kelakuan tidak bermoral ini. Atas kebimbangan ini juga, sedari usia lima tahun, ada sesetengah tadika atau institusi sudah memberikan serba sedikit pendedahan kepada pelajar tentang sentuhan selamat dan tidak selamat.

Di Facebook, seorang wanita berkongsikan kisah tentang anaknya yang menjadi mangsa serangan seksual dari orang yang tidak dikenalinya di sebuah kedai makan.


“27 Februari 2023, Isnin. Saya dan kawan saya plan untuk bawa anak-anak kami menonton wayang di salah sebuah pusat beli belah di KL. Kami tiba di sana sekitar jam 12 lebih. Tayangan start jam 3 petang. Kiranya berbaki 2 jam lagi before movie time.


“So, kami pun decide untuk lunch dulu. Setelah selesai order makanan dan makanan pun dah sampai di meja, anak saya lelaki 9 tahun bersama anak kawan saya bernama H, juga lelaki 9 tahun, nak basuh tangan before makan.


“Memandangkan kedai makan tu tak ada sinki yang disediakan khusus untuk pelanggan, jadinya mereka kena basuh tangan di dalam kitchen restoran tersebut. Okay jap. Kitchen tu adalah kegunaan staff mereka untuk basuh pinggan and all, dan kitchen tu tertutup ya sebab berpintu. Bukan open kitchen,” tulisnya.





Setelah selesai membasuh tangan, wanita ini mendakwa mendengar perbualan anak rakannya yang bertanyakan kepada anaknya adakah lelaki (pekerja kedai) memegang kemaluannya.

“Then, anak saya dan H berdua pergi masuk ke kitchen untuk basuh tangan. After they came back, masa kat meja, H tanya anak saya "Awak, orang lelaki tu ada pegang awak punya ni tak (sambil tunjuk kemaluannya)?". Anak saya jawab "tak ada pun. Kenapa? Dia pegang awak punya ke?". H jawab "A'ah dia pegang".


“Saya yang mendengar perbualan tersebut jadi terkejut. Berulang kali saya tanya pada H betul ke orang tu buat macam tu? H firm dengan jawapannya, yes! Tapi, waktu itu saya cuma nasihatkan mereka jangan benarkan sesiapa sentuh bahagian privasi. Saya masih berhusnudzon mungkin orang tu terpegang tanpa sengaja atau mungkin terlanggar,” katanya.


Pada mulanya dia bersangka baik dan berfikir mungkin pekerja di situ tidak sengaja.


“Saya yakin, ada ramai ibu-ibu pun berhusnudzon macam saya sebab kita fikir untuk pertama kali boleh jadi tak disengajakan,” katanya.





Namun begitu, sangkaannya salah. Anaknya pula menjadi mangsa kepada perbuatan si pelaku.

“Tapi sehinggalah, apabila telah selesai makan, anak saya dan H pergi semula ke kitchen untuk mencuci tangan, tak sampai dalam 2 minit, saya nampak anak saya berlari ke arah saya dan dengan cemas berkata, "Mama! Mama! Orang tu pegang penis saya pulak! Dan dia gelak!". In a split second je kau boleh buat hal kotor macamtu kat budak-budak. Kau memang kurang ajar.


“Ini bukan tak sengaja dah ni. Ini bukan terlanggar dah ni. Ini memang disengajakan! Saya terus bangun dari bangku saya, menuju ke kitchen restoran. Saya suruh anak saya dan H tunjukkan wajah orang tu. Kali ini saya takkan berdiam diri. Tadi dia buat kat anak kawan saya, sekarang anak saya pula. Dia memang mengejutkan 'singa' dalam diri saya. Dah lah tuan suami saya dan suami kawan saya sedang bekerja. Saya tahu anak saya sedang mengharapkan saya untuk do something to that culprit.


“Dan saya yakin, ada ramai ibu-ibu yang akan bertindak seperti saya demi membela anak kita. Terus saya 'bahasakan' orang itu sepuas hati saya. Saya suruh supervisor dia maklumkan pada manager dan saya kembali ke tempat duduk saya,” katanya.


Wanita ini mula tidak berpuas hati apabila pengurus kedai tersebut tiada di premis berkenaan dan hanya berhubung melalui perbualan telefon. Lantaran itu, dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.





“Ketika itulah saya fikir, "takkan itu saja cara saya membela anak saya? Macam mana dengan anak-anak orang lain selepas ini? Mungkinkah ada anak-anak yang dah kena sebelum anak saya dan anak kawan saya?". Saya tak senang duduk selagi manager dia tak datang. Malangnya, manager dia berurusan melalui telefon saja. Silap besar.

“Kawan saya terus beri cadangan cari polis bantuan di pusat beli belah tersebut. Saya terus tinggalkan meja makan dan cari polis untuk selesaikan. Saya tabik hormat polis bantuan di pusat beli belah tersebut. Mereka bertindak sangat pantas dan tegas. Dari situlah bermulanya perjalanan urusan kami bersama pihak polis,” katanya.


Oleh yang demikian, wanita ini menyeru kepada ibu bapa di luar sana yang mengalami pengalaman yang sama membawa isu ini ke pihak keadilan agar nasib anak-anak terbela.


“Apa yang berlaku ini, betul-betul menjadi satu pengajaran buat saya. Dan saya harap ia jadi pengajaran buat semua ibu ayah.


“Saya merayu pada ibu ayah di luar sana, stand for your children. Jika keadaan perlu bawa ke pihak atasan, please do so. Saya faham karenah birokrasi yang terlalu renyah dan leceh ini, yang mengambil masa sangat panjang. The point is, do something walaupun perkara berlaku hanya sekelip mata.





“Percaya dengan apa yang anak ceritakan. Jangan meragui mereka. Jika mereka bercerita pada kita, itu tandanya mereka percaya pada kita. Biarlah orang lain sebut anak kita "kaki report", atau "sikit-sikit nak mengadu", yang penting kita tahu apa yang berlaku pada mereka. Untuk dunia yang makin tenat ini, biarlah anak kita mengadu semuanya pada kita.

“Buatkan anak-anak kita berasa selamat dengan kita. Biar anak kita tahu yang kita akan lakukan apa saja untuk pertahankan diri mereka, untuk keselamatan diri mereka.


“Gunakan panggilan sebenar untuk alat sulit anak-anak. Jangan beri nama panggilan pada alat sulit mereka. Biasakan mereka untuk menyebut alat sulit mereka seperti zakar, faraj, penis, vagina, testis, atau labia. Explain their private part. Ajarkan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Hal ini sangat penting dalam keadaan memerlukan.





“Saya yakin ada hikmah dari Allah atas apa yang berlaku. Tidak ada sesuatu itu berlaku dengan sia-sia. Allah izin ini berlaku, bermakna Allah mahu kita semua belajar sesuatu dari kejadian ini.

“Saya mohon kesudian tuan puan semua mendoakan urusan kami dua keluarga ini dipermudahkan. Doakan kekuatan buat kami dan anak-anak kami. Kami perlukan doa dari kalian semua,” tulisnya.


Sumber: Shuhadah Khalil


March 02, 2023 at 02:19AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2023/03/mama-mama-orang-tu-pegang-bawah-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Tiri Bunuh Anaknya Kerana Cemburu Suami Selalu Beri Perhatian Lebih Kepada Mangsa

Ibu Tiri Bunuh Anaknya Kerana Cemburu Suami Selalu Beri Perhatian Lebih Kepada Mangsa

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 155 hits
Mayat seorang kanak kanak perempuan tanpa kepala ditemui membusuk di bawah rumah penduduk di Desa Liang Bunyu Sebatik Barat Indonesia pada Sabtu lalu 4 Mac 2023 nbsp Polis mengesahkan mayat itu adalah kanak kanak bernama Asmiranda binti Han...
Ibu Berpantang Pun Boleh Makan Kuih Muih Ini 10 Jenis Kuih Yang Sesuai Untuk Kudapan Berpantang

Ibu Berpantang Pun Boleh Makan Kuih Muih Ini 10 Jenis Kuih Yang Sesuai Untuk Kudapan Berpantang

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 309 hits
Bila sebut tentang berpantang takut betul nak makan selain menu berpantang Risau takut gatal dan tak sesuai dengan badan si ibu Tapi sebenarnya ada kuih muih yang sesuai untuk ibu berpantang dan boleh dimakan sekiranya memang tiada alahan s...
Pengalaman Makan Mee Udang Di Kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro Jeli Kelantan

Pengalaman Makan Mee Udang Di Kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro Jeli Kelantan

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 210 hits
Makan Mee Udang Special Di Kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro Pada hari isnin yang lepas kawan aku ada kongsikan tentang satu kedai mee udang yang sedap dan berbaloi untuk dicuba Jadi aku mengambil peluang yang ada untuk pergi dan cuba sendiri...
Anak Kena Tenung Sebab Bising Di Kedai Wanita Suruh Pengunjung Makan Di Rumah

Anak Kena Tenung Sebab Bising Di Kedai Wanita Suruh Pengunjung Makan Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 108 hits
Sejak pagi tadi tular di media sosial berkenaan leteran seorang wanita yang tidak berpuas hati apabila anak anaknya ditenung oleh pengunjung yang sedang menjamu selera di kedai makan kerana membuat bising Menerusi posting yang dimuat naik k...
Punya Bebal Anak 7 Setiap Hari Makan Di Kedai Lepas Tu Kata Menu Rahmah Mahal

Punya Bebal Anak 7 Setiap Hari Makan Di Kedai Lepas Tu Kata Menu Rahmah Mahal

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 245 hits
Bapa anak 7 cakap Menu Rahmah mahal netizen persoal kenapa nak makan setiap hari di kedaiMAISARAH AISYABiasanya Menu Rahmah ini adalah buat golongan B4o yang tidak berkemampuan namun jika setiap hari makan kedai maka jangan salahkan inisiat...
Dadanya Dek Komen Seksual Buat Lee Jehoon Pelawak Lee Kyungshil Dilaporkan Kepada Polis

Dadanya Dek Komen Seksual Buat Lee Jehoon Pelawak Lee Kyungshil Dilaporkan Kepada Polis

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 126 hits
Kerana mulut badan binasa mungkin itulah pepatah yang sesuai digambarkan mengenai situasi yang dilalui pelawak Lee Kyung shil baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Kalau anda ingat pelawak itu menjadi penyampai radio ganti di SBS Power FM Cultwo ...
Terpaksa Bagi Bayi Makan Air Liur Terperengkap Bawah Runtuhan Hanya Bertahan Hingga Hari Kelima

Terpaksa Bagi Bayi Makan Air Liur Terperengkap Bawah Runtuhan Hanya Bertahan Hingga Hari Kelima

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 245 hits
Ketika terperangkap di bawah runtuhan isteri saya tidak dapat menyusukan bayi lelaki kami Muhammet Alparslan berusia enam bulan jadi saya cuba memberinya makan dengan air liur saya Pada hari kelima di bawah runtuhan Muhammet tidak bermaya l...
Watie Hantar Ibu Shuib Tunai Umrah Semoga Dipermudahkan Urusan Mama

Watie Hantar Ibu Shuib Tunai Umrah Semoga Dipermudahkan Urusan Mama

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 121 hits
Sebelum ini pelawak dan penyampai radio Shuib telah meninggalkan komen di sebuah hantaran kekasihnya Watie Hanifiah di laman Instagram Menerusi hantaran tersebut Watie dilihat memakai jubah dan tudung seba hitam di sebuah Lapangan Terbang v...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias