Mama Boleh Ajak Bayi Bersenam Seawal Usia 1 Tahun Mereka Juga Perlu Bersenam


Mama boleh ‘mengajak’ bayi untuk bersenam seawal usia 1 tahun. Kanak-kanak sememangnya suka berlari dan bermain. Itu merupakan sifat semula jadi mereka di samping rasa ingin tahu yang mendalam.
Mama Boleh ‘Ajak’ Bayi Bersenam Seawal Usia 1 Tahun Sebenarnya anak-anak yang masih kecil juga perlukan aktiviti senaman. Bagaimanapun berapa lama ibu bapa perlu biarkan anak-anak mereka bermain? Pasti ibu bapa ingin tahu mengenai faedah senaman kepada anak bukan?
Sebenarnya ada faedah senaman kepada bayi dan kanak-kanak selain membantu mengeluarkan peluh yang mama dan papa mungkin tidak tahu!

Aktiviti fizikal berbeza mengikut usia
Penting untuk ibu bapa tahu bahawa senaman yang diperlukan oleh kanak-kanak berbeza mengikut usia mereka. Namun, secara umumnya, kanak-kanak dan remaja perlu lakukan dua jenis senaman setiap minggu iaitu senaman aerobik serta senaman yang boleh menguatkan otot dan tulang.
Mereka Juga Perlu Bersenam Menurut The Australian Parenting Website, bayi yang berumur 1 tahun ke bawah perlukan banyak masa bermain. Jika mereka masih belum berjalan, sudah memadai jika mereka meniarap lebih dari 30 minit sehari.
KANAK-KANAK YANG BERUMUR 1 TAHUN KE ATAS PULA PERLU KEKAL AKTIF SEKURANG-KURANGNYA 3 JAM SEHARI. JUMLAH JAM INI TERMASUKLAH MASA YANG MEREKA GUNAKAN UNTUK BERMAIN. SAMA JUGALAH DENGAN KANAK-KANAK YANG BERUMUR 3 HINGGA 5 TAHUN.
Bagi kanak-kanak 5 hingga 18 tahun pula, mereka perlu melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam dan diikuti pula dengan aktiviti yang ringan selama beberapa jam setiap hari. Lebih baik jika mereka boleh lakukan aktiviti yang boleh menguatkan tulang dan otot 3 kali seminggu.
Nampak seperti banyak senaman yang perlu dilakukan bukan? Jangan risau, sebahagian besar kanak-kanak dan remaja telahpun melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi.
Cuba sesuaikan senaman mengikut umur anak-anak anda

Aktiviti seperti lompat tali dan bermain di tapak permainan antara contoh senaman yang bagus untuk mereka. Dua aktiviti ini sebenarnya sudah cukup untuk memenuhi tuntutan 1-2 jam senaman setiap hari.
Selain itu, anda juga boleh galakkan anak yang lebih dewasa untuk bermain bola sepak, badminton ataupun futsal untuk kekal cergas. Namun, kebaikan bersenam bukan terhad kepada aktiviti sukan sahaja! Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh seperti menari, mendaki, berbasikal, bermain papan luncur dan macam-macam lagi.
Ibu bapa perlu lebih kreatif memilih aktiviti fizikal kanak kanak!
Bagaimana jika anak seorang yang pendiam dan tidak suka bersenam? Ketika inilah ibu bapa perlu menjadi lebih kreatif dalam mengajak mereka bersenam.
Sebagai contoh, jika anak sukakan alam sekitar, cuba ajak mendaki bersama-sama sambil menghayati keindahan alam semula jadi. Jika anak suka melukis pula, mungkin anda boleh bawa mereka melawat pameran seni secara berkala. Gunakan pengangkutan awam untuk banyak berjalan.
Ini juga boleh merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. Selain itu, jika anda ingin bersenam, cuba ajak ahli keluarga untuk turut serta. Selain memastikan anak anda kekal sihat, ibu bapa juga perlu menjadi teladan yang baik untuk anak-anak.
Ibu bapa yang cergas dan sihat adalah contoh yang terbaik untuk mereka. Terapkan dalam diri anak-anak anda bahawa kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dan sangat bernilai.
Kanak-kanak dan remaja yang kerap bersukan bukan sahaja akan bertambah cergas, malah mempunyai kekuatan otot dan stamina yang baik.
Tambahan lagi, senaman juga boleh membuatkan fungsi kognitif jadi bertambah baik. Mereka akan lebih mudah untuk belajar dan mengingat jika melakukan senaman pada masa yang sama.
Bagaimana ibu bapa boleh pastikan anak kekal aktif?

Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab untuk memastikan anak anda bersenam dengan baik. Ada beberapa cara yang boleh diamalkan supaya anak faham tentang faedah senaman.
Antaranya ialah:
*Mulakan ketika mereka masih kecil. Disebabkan kanak-kanak sememangnya suka bermain, tunjukkan galakan anda kepada mereka dengan menyediakan peralatan dan tempat yang selamat untuk bermain.
*Pastikan anda boleh jadi contoh yang baik kepada mereka. Jangan abaikan senaman dan lakukannya secara berkala supaya anda kekal sihat dan cergas.
*Lakukan aktiviti fizikal bersama ahli keluarga anda. Terangkan kepada mereka mengenai kebaikan bersenam.
*Berikan anak hadiah berbentuk alatan permainan seperti basikal, bola sepak, raket, kasut roda dan sebagainya untuk menggalakkan mereka bermain secara aktif.
*Bawa anak anda ke tempat yang sesuai untuk bersenam seperti taman permainan, padang bola, ataupun gelanggang badminton.
*Kekal selamat ketika bermain. Ibu bapa jangan lupa untuk membelikan anak-anak peralatan perlindungan seperti helmet jika anak anda melakukan aktiviti yang mempunyai risiko kecederaan yang tinggi.
The post Mama Boleh ‘Ajak’ Bayi Bersenam Seawal Usia 1 Tahun, Mereka Juga Perlu Bersenam appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mama-boleh-ajak-bayi-bersenam-seawal-usia-1-tahun-mereka-juga-perlu-bersenam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkembangan Bayi Usia 1 Hingga 12 Bulan Usia 2 Bulan Sudah Boleh Senyum

Perkembangan Bayi Usia 1 Hingga 12 Bulan Usia 2 Bulan Sudah Boleh Senyum

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 121 hits
Perkembangan bayi mula dilihat seawal usia bayi 1 bulan Jika dilihat daripada perkembangan bayi bermula usia 1 bulan hingga 12 bulan mama dan papa pasti akan dapat lihat yang si kecil kesayangan mama dan papa semakin maju dari bulan ke bula...
Najib Masih Boleh Mohon Pengampunan 2 Tahun Lagi

Najib Masih Boleh Mohon Pengampunan 2 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 203 hits
Najib masih boleh mohon pengampunan 2 tahun lagi ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be S9gLTWJ7CSM src in org https www youtube com embed S9gLTWJ7CSM wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube ...
Penduduk Kl Selangor Dapat Manfaat Paling Besar Dalam Urusan Tukar Tayar Sudah Tentu Mereka Boleh

Penduduk Kl Selangor Dapat Manfaat Paling Besar Dalam Urusan Tukar Tayar Sudah Tentu Mereka Boleh

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 246 hits
Orang KL Selangor paling untung kalau bab tukar tayar Mana taknya dorang boleh jimat puluh2 ringgit tau Order je tayar dekat shopee lepas tu bagi tau nak pasang dekat kedai yang mana Kalau dulu nak kena survey banyak kedai untuk dapatkan ha...
Wanita Ini Tak Sedar Ada Bayi Dalam Perut Tidak Dilahirkan Selama 35 Tahun In Sebenarnya Yang Terjadi

Wanita Ini Tak Sedar Ada Bayi Dalam Perut Tidak Dilahirkan Selama 35 Tahun In Sebenarnya Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 191 hits
Ajaib tapi benar Tak semua benda yang berlaku boleh diterima dengan logik akal semata mata Kadang kadang sesuatu itu berlaku diluar jangkauan kemampuan otak kita berfikir Bagi orang Islam ini dipanggil kuasa Tuhan yang menentukan segalanya ...
Beras Boleh Tahan Sampai 20 Tahun Bebas Serangga Dan Tikus

Beras Boleh Tahan Sampai 20 Tahun Bebas Serangga Dan Tikus

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 206 hits
Terdapat prosedur penyimpanan yang betul untuk memlambatkan jangka hayat beras Takde lah baru sahaja beli dah dipenuhi kutu beras Menurut Aqilah Nor yang berkongsi tips ini beras yang telah dibeli sebaiknya dipindahkan dari paket asal ke da...
Tip Rangsang Rambut Bayi Tumbuh Lebat Ini Cara Semula Jadi Boleh Dicuba

Tip Rangsang Rambut Bayi Tumbuh Lebat Ini Cara Semula Jadi Boleh Dicuba

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 183 hits
Rambut bayi yang baru lepas dicukur selepas lahir perlu dirangsang agar tumbuh lebat dan sihat Tidak perlu beli ubat ubatan cukup hanya menggunakan cara semula jadi agar rambut bayi tumbuh subur dan sihat Tip Rangsang Rambut Bayi Tumbuh Leb...
Ibu Ajar Bayi Makan Telur Untuk Tahu Tindakbalas Alahan Boleh Ikut Tip Ini

Ibu Ajar Bayi Makan Telur Untuk Tahu Tindakbalas Alahan Boleh Ikut Tip Ini

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 149 hits
Ibu ibu cubalah ajar bayi makan telur Perkenalkan bayi dengan variasi menu berasaskan telur Mungkin ada ibu yang tertanya tanya apa relevannya telur dalam pemakanan bayi Untuk pengetahuan ibu bayi berumur setahun akan diberikan suntikan MMR...
Bawaslu Nilai Jokowi Boleh Bagikan Bansos Kecuali Ajak Memilih Paslon

Bawaslu Nilai Jokowi Boleh Bagikan Bansos Kecuali Ajak Memilih Paslon

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 146 hits
Bawaslu sedang berkoordinasi dengan Kementerian BUMN dan Kepala Bulog Bayu Krisnamurthi terkait mekanisme penyaluran bantuan sosial saat kontestasi pemilu
Target Nak Bersalin Tanpa Koyak Tip Ni Mama Boleh Praktis

Target Nak Bersalin Tanpa Koyak Tip Ni Mama Boleh Praktis

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 162 hits
Sebut sahaja mengenai proses melahirkan anak pasti ada yang mula terimbau dan mula teringat akan trauma proses ketika melahirkan anak pertama Tanpa pengalaman malah hanya berbekalkan ilmu dari pembacaan semata mata ibu berjaya melaluinya de...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023