Mama Adik Nak Keluar Bayi 2 Tahun Terperangkap Di Dalam Lubang
MALAGA – SEPANYOL. Usaha menyelamat seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang jatuh ke dalam sebuah perigi sempit berkedalaman melebihi 100 meter sejak 12 hari lalu memasuki fasa terakhir dan berbahaya hari ini.
Pasukan penyelamat menggunakan bahan peledak dalam usaha mengakses ruang sempit di mana budak terbabit dipercayai terperangkap.
Bayi berkenaan, Julen Rosello, jatuh ketika keluarganya bersiar-siar di kediaman persendirian di Totalan, Malaga, pada 13 Januari lalu. Bayi tersebut dipercayai bermain-main bersama abang nya sebelum terjatuh ke dalam perigi sempit.
keterangan gambar : Lubang perigi yang digerudi pihak SAR untuk proses mengesan Julen
Setakat berita ini ditulis, masih Tiada petunjuk yang jelas membuktikan bahawa Julen masih hidup.
Straits Times melaporkan, ibu bapa Julen, Jose Rosello dan Vicky Garcia yang sedang menyiapkan makan tengah hari semasa berkelah hanya menyedari kejadian tersebut apabila terdengar tangisan anak mereka.
Kesunyian daripada lubang berkenaan kini menimbulkan tanda tanya kepada 46 juta rakyat Sepanyol tentang bagaimana pasukan penyelamat boleh mencapai kanak-kanak itu atau adakah mereka sudah terlambat.
Pihak berkuasa memberitahu, kanak-kanak itu mungkin terjatuh ke dalam lubang yang digali seseorang untuk menghasilkan perigi.
Lubang dengan kedalaman lebih 100 meter dengan keluasan 38 sentimeter itu cukup besar bagi anak kecil untuk tergelicir namun tidak bagi orang dewasa atau penyelamat yang sedang mengejar masa untuk menyelamatkan Julen.
Kelmarin, pihak berkuasa menurunkan robot kecil ke dalam lubang berkenaan dan menemui beg yang mengandungi gula-gula dan cawan plastik yang dipegang Julen sebelum terjatuh namun tidak menemukan kelibat atau bunyi daripada kanak-kanak tersebut.
Daily Mail melaporkan, lubang tersebut menjadi semakin sempit sehingga robot tersebut tidak dapat melepasinya pada kedalaman 75 meter dipercayai disebabkan berlakunya tanah runtuh kecil ketika kanak-kanak itu jatuh.
Jurucakap Unit Penyelaras Kecemasan, Pilar Limon memberitahu NBC, pihak berkuasa mengambil masa dua hari untuk melakukan pelbagai rancangan untuk menyelamatkan kanak-kanak malang tersebut termasuk menggali terowong lain bagi memintas lubang berkenaan di samping menimbangkan segala kemungkinan di luar jangkauan kamera.
Sementara itu, ibu bapa Julen yang menunggu perkembangan anak mereka daripada sebuah khemah berharap supaya tuhan dapat menyatukan semula mereka sekeluarga
Keterangan gambar : Foto Julen Si Comel
Lebih daripada 100 anggota penyelamat dikerah bagi mengesan Julen, tetapi mereka mendapati perigi sedalam 100 meter dan cuma 25 sentimeter luas, dihalang dengan tanah, meningkatkan kebimbangan ia menimbus kanak-kanak itu.
Keterangan Gambar : Lokasi Julen dipercayai jatuh
Kerja-kerja pengerudian bagi memudahkan ekskavasi bermula pada hujung lalu, namun penyelamat kini terpaksa menggunakan bahan peledak bagi memecahkan dinding batu setebal empat meter.
Walaupun tiada petunjuk bahawa Julen masih hidup, operasi menyelamat tetap diteruskan.
Pegawai Penyelamat letika dihubungi enggan mengulas sama ada Julen mampu terselamat selepas jatuh dari ketinggian tersebut.
Keterangan gambar : Pasukan SAR sedang melakukan kerja evakuasi
Media Sepanyol melaporkan, ibu bapa Julen pernah kehilangan seorang anak berusia tiga tahun pada 2017 akibat komplikasi jantung. – Agensi
The post “Mama, Adik Nak Keluar”. Bayi 2 Tahun Terperangkap Di Dalam Lubang. appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/mama-adik-nak-keluar-bayi-2-tahun-terperangkap-di-dalam-lubang/