Malaysia Tersenarai Mega Diversiti Kepelbagaian Biologi



Malaysia merupakan salah sebuah 17 negara mega-diversiti di dunia yang kaya dengan kepelbagaian biologi sama ada di darat atau di laut. Kepelbagaian flora dan fauna di Malaysia dianggarkan terdapat 12,500 spesies tumbuhan, 306 spesies mamalia, 742 spesies  burung dan 547 spesies reptilia termasuk sebilangan besar yang bersifat endemik.

Bagi memastikan kepelbagaian biodiversiti terpelihara secara keseluruhan, Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan-kawasan perlindungan.

Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat sekurang-kurangnya empat rangkaian kawasan perlindungan yang merangkumi kawasan seluas 2.9 juta ha yang diuruskan oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan PERHILITAN, Johor National Park Corporation (JPNC), Perak State Parks Corporation (PSPC) dan Jabatan Hutan Negeri.

Kawasan perlindungan yang terdapat di Semenanjung Malaysia diuruskan oleh pengurusan yang berbeza, dikawal oleh undang-undang yang berbeza juga dengan pelbagai kategori kawasan perlindungan, status,  prosedur pewartaan dan pewartaan keluar.

Persamaan antara rangkaian kawasan perlindungan ini ialah kebanyakannya boleh dikategorikan mempunyai pengurusan yang sub-optimum dan kekangan sumber kewangan bagi menguruskan kawasan perlindungan ini.

Terdapat 4 perkara yang menyumbang kepada keadaan tersebut, antaranya :
i) bagi tujuan konservasi tiada penyeragaman sistem bagi kawasan-kawasan perlindungan,
 ii) kurang kefahaman berkaitan nilai ekonomi kawasan perlindungan dan sumbangannya terhadap pembangunan Negara,
 iii) kekangan insentif terhadap peranan kerajaan negeri untuk melabur dalam pengurusan kawasan perlindungan disebabkan persepsi bahawa berdasarkan pengalaman terdahulu dimana kerajaan negeri hanya mendapat hasil secara terus dengan menggunakan tanah yang sedia ada bagi tujuan lain,
iv) kapasiti yang sub-optimum diperingkat pengurusan agensi kawasan perlindungan sama ada pengurusan tapak dan pengurusan sistem kawasan perlindungan.

Bagi mengatasi halangan ini dengan tujuan memastikan penubuhan dan pengurusan kawasan perlindungan ditahap optima, projek yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk mewujudkan satu sistem kawasan perlindungan hidupan liar negara yang seragam dan untuk menyediakan struktur kewangan berdasarkan prestasi dengan bertujuan untuk membantu sistem pengurusan kawasan perlindungan supaya menjadi lebih efektif.

Melalui kombinasi aktiviti-aktiviti dari pelbagai agensi sama ada  di peringkat persekutuan, peringkat rangkaian kawasan perlindungan dan pengurusan di lapangan, maka projek ini dapat menggalakkan pemikiran secara sistematik, perancangan dan pengurusan terbaik, dibantu dengan mekanisma kewangan yang berinovasi, kos-efektif dan lestari.

Pada peringkat persekutuan, fokus projek ini adalah untuk mewujudkan sistem pengurusan kawasan perlindungan hidupan liar yang seragam dengan menetapkan kriteria tertentu dan pengurusan yang efektif, membangunkan sistem maklumat kawasan perlindungan kebangsaan dan sistem pengurusan berdasarkan pengetahuan dan prestasi yang diukur berdasarkan mekanisma kewangan.

Pada peringkat sub rangkaian kawasan perlindungan projek ini membantu untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sistem kawasan perlindungan dan mengurangkan jurang kewangan, bagi memastikan pengurusan sistem kawasan perlindungan dan proses perancangan perniagaan perlu mengambilkira kewangan berdasarkan prestasi.

Pada peringkat lapangan, projek ini membantu fungsi-fungsi, teknikal dan keupayaan pihak pengurusan untuk memastikan setiap kawasan perlindungan mencapai tahap piawaian kebangsaan dan mempunyai mekanisma insentif kewangan.

Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan dalam projek ini dijangka dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan dalam mengatasi peningkatan ancaman terhadap biodiversiti contohnya pemburuan haram, dan perubahan gunatanah, terutama dalam lingkungan 886,000ha kawasan perlindungan daratan hidupan liar.

Ianya juga memberi impak secara tidak langsung terhadap 2.98 juta ha sistem kawasan perlindungan termasuk hutan perlindungan dalam kawasan hutan Simpan kekal (HSK), begitu juga rangkaian kawasan perlindungan di Sabah dan Sarawak, melalui pelaksanaan mekanisma piawaian dan kewangan dimasa hadapan bagi kesemua kawasan perlindungan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/tvq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tersenarai Sebagai Tempat Berhantu Di Malaysia Ini Kisah Banglo 99 Pintu Yang Menyimpan 1001 Misteri

Tersenarai Sebagai Tempat Berhantu Di Malaysia Ini Kisah Banglo 99 Pintu Yang Menyimpan 1001 Misteri

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 682 hits
Bukan sahaja menjadi sebutan di kalangan penduduk Nibong Tebal ia juga tersenarai sebagai antara lokasi paling misteri di Malaysia Biasalah tempat yang selalu dikaitkan dengan alam mistik dan ghaib ini akan sentiasa menimbulkan banyak kisah...
5 Pasangan Adik Beradik Ini Tersenarai Sebagai Berpengaruh Di Malaysia

5 Pasangan Adik Beradik Ini Tersenarai Sebagai Berpengaruh Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 752 hits
Bercakap mengenai individu yang berpengaruh rata rata mereka terkenal berdasarkan latar belakang yang pelbagai Antaranya seperti hiburan perniagaan kesihatan dan banyak lagi Kali ini admin bawakan individu individu yang sebenarnya adik bera...
Tram Relevankah Di Malaysia

Tram Relevankah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 439 hits
Lama betul aku tak update blog aku ni Untuk entri kali ini aku nak tulis pasal kerelevanan tram di Malaysia Kenapa tiba tiba pasal tram pulak ni Kalau korang pernah baca Pelan Pengangkutan Pulau Pinang laluan tram telah dicadangkan untuk me...
How A British Fraudster S Lies On Vaccines Started Malaysia S Most Damaging Medical Hoax

How A British Fraudster S Lies On Vaccines Started Malaysia S Most Damaging Medical Hoax

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 159 hits
A vaccine can save your child s life Before the advent of vaccination mankind was at the mercy of invisible little monsters called viruses Infections of polio smallpox whooping cough and measles were so commonplace that they were seen as an...
Honor Malaysia Mula Mengacah Kehadiran Honor 20 Pro

Honor Malaysia Mula Mengacah Kehadiran Honor 20 Pro

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 134 hits
Kami sebelum ini telah dan kini pihak Honor Malaysia sendiri telah mula mengacah kehadiran peranti berkenaan untuk pasaran tempatan Melalui gambar acah yang dikongsikan pihak Honor memperlihatkan keupayaan kamera yang dibawakan olehnya yang...
Pendaftaran Pengundi Atas Talian Rakyat Malaysia Boleh Mendaftar Bermula Hari Ini

Pendaftaran Pengundi Atas Talian Rakyat Malaysia Boleh Mendaftar Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 531 hits
Hi dan Salam semua netizen Harini Abg Zul nk kongsi berkaitan dengan masa depan negara kita Baru baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan umur rakyat Malaysia yang berhak mengundi diturunkan kepada umur 18 tahun Oleh itu Suruhanjaya Pil...
Jadi Agen Cuckoo Seluruh Malaysia

Jadi Agen Cuckoo Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 479 hits
Bagaimana Cara Nak Jadi Agen Cuckoo Seluruh Malaysia Jadi Ejen atau Agent Semua Jenis Produk Cuckoo Di Seluruh Malaysia The post appeared first on
Konsert Legenda Rai Ulang Tahun Ke 45 Hubungan Malaysia China

Konsert Legenda Rai Ulang Tahun Ke 45 Hubungan Malaysia China

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 397 hits
KOTA KINABALU 16 Zulkaedah 1440H Jumaat Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata penganjuran Konsert Legenda Laluan Sutera Maritim 2019 adalah satu daripada platform untuk memupuk dan memelihara hub...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Puaka Cuti Semester

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins