Tram Relevankah Di Malaysia


Lama betul aku tak update blog aku ni. Untuk  entri  kali  ini, aku nak  tulis  pasal  kerelevanan tram  di  Malaysia. Kenapa  tiba-tiba pasal  tram  pulak  ni?  Kalau  korang  pernah  baca  Pelan  Pengangkutan  Pulau  Pinang,  laluan  tram  telah  dicadangkan  untuk  memajukan  pengangkutan  di  bandaraya  itu  selaku  metro  kedua  terbesar  di  Malaysia.

First  of  all, mari  kita  kenali  dulu  apa  benda  sebenarnya  tram  ni? Wikipedia  menakrifkan  tram  sebagai  kenderaan  rel  yang  bergerak  di  atas  landasan  di  atas  jalan  raya.  Terdapat  juga  tram  yang  mempunyai  laluan  sendiri,  dikenali  sebagai  aliran  ringan  (LRT). Inilah  sebabnya  rupa  tram  di  negara  Eropah  tidak  banyak  bezanya  dengan  LRT  di  negara  kita,  berbeza  dengan  tram  di  negara  Asia  seperti  Hong  Kong  misalnya  yang  lebih  tradisional  dan  mirip  bas  berbanding  keretapi.

Satu perkara  yang  ramai  orang  tidak  tahu, tram  pernah  beroperasi  di  Malaysia. Ya, anda  tidak  salah  baca. Secara  tepatnya  tram  pernah  beroperasi  di  Georgetown,Pulau  Pinang  dari  1906  hingga  1936,  sebelum  digantikan  oleh  bas troli (trolleybus), kemudiannya  digantikan  oleh  bas  diesel  yang  biasa  dilihat  sekarang. Kesan  laluan masih boleh dikesan dari pawagam Odeon ke Pasar Chowrasta. Tram juga pernah  terdapat di beberapa negara Asia  Tenggara  seperti Indonesia,Thailand,Vietnam,Filipina dan Singapura sebelum ditelan  arus  kemodenan dan digantikan  kenderaan  lain.

Tram pernah dibangkitkan oleh sebilangan warga Pulau Pinang kerana  cadangan LRT didakwa boleh mencacatkan pemandangan Georgetown. LRT kerap kali dibayangkan akan menjadikan bandaraya itu sempit seperti  beberapa  kawasan di  Kuala  Lumpur, misalnya Chow Kit dan Masjid Jamek. Pandangan  ini  juga  berasas  kerana  Georgetown  merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sebarang perubahan yang keterlaluan boleh menyebabkan Georgetown disingkirkan  daripada  senarai  tersebut. Ini  juga adalah  salah  satu  sebab  Lebuhraya  Dr.Lim Chong Eu terhenti  di Georgetown dan lebuhraya kontroversi Laluan Pulau Pinang (PIL) menebuk  bukit  dari  Ayer  Hitam  ke  Tanjung Tokong.

Gambaran tram di Pulau Pinang melalui Jalan Pengkalan Weld
Namun, dalam konteks  pengangkutan, tram  bukanlah  pengangkutan yang efisien. Tram  bergerak  pada  purata  kelajuan  40km/j ke 55km/j. Dengan  cara  pemanduan  penduduk  Pulau  Pinang  ketika  ini,  kelajuan  ini  boleh  menyebabkan  kesesakan  terutama  di  pusat  bandar.  Keadaan  jalan  yang  kebanyakannya  hanya  selorong  akan  memburukkan  lagi  keadaan  apabila  kenderaan  lain  perlu  mengekori  tram  ini. Kemalangan  juga  mudah  berlaku  kerana  tram  biasanya  mempunyai  stesen  di  tengah  jalan. Walaupun  diletakkan  di  tepi  jalan  sekalipun, kerana  konsep  landasannya  yang  lurus, tram  mungkin  akan  melanggar  kereta  yang  diparkir  di  tepi  ataupun  motorsikal  yang  mengekori  terlalu  rapat  di  bahu  jalan.


Laluan tram yang dirancangan di Pulau Pinang dalam warna unguApa pun, mari kita teliti laluan yang dirancang menjadi laluan tram ini. Ianya bermula dari Depot Jeti Swettenham, kemudiannya ke Stesen Pengkalan Feri Raja Tun Uda. Sekitar sini (seperti gambar di atas), baik-baik sahaja memandangkan jalan di sini adalah 3 lorong, masih cukup untuk menempatkan laluan tram. Sebaik memasuki Lebuh Chulia, jalan mula menjadi selorong bagi satu hala,namun masih luas untuk menempatkan laluan tram. Menghampiri Balai Bomba Lebuh Pantai, jalan mulai menyempit. Keadaan ini berterusan hinggalah apabila tram membelok ke arah Jalan Masjid Kapitan Keling Seterusnya ia akan melalui Jalan Kampung Kolam,sebelum memasuki Lebuh Camarvon yang lebih luas dengan jalan dua lorong sebelum akhirnya berhenti di Terminal Prangin Mall Komtar.

Pada  pendapat  aku, pada waktu  puncak, tram  ini  boleh  menyebabkan  kesesakan  di Jalan Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Chulia, kecuali jika  laluan  tram  diasingkan (diletak di bahagian  pembahagi  jalan  sedia  ada),  meluaskan  jalan, atau menutup jalan tersebut hanya  untuk  tram  dan  pejalan  kaki  sahaja.

Mungkin  juga  tram  ini  lebih  kepada  sebagai  pengangkutan  nostalgik  yang  hanya  menyasarkan  pelancong  sahaja,seperti  mana  keretapi  jejambat di  Melaka. Walaupun aku  menganggap  tram  lebih  sesuai  diletakkan  di  Melaka dan  tidak  sesuai  untuk  tempat  sesibuk Pulau  Pinang, mungkin  ada  sebab-sebab  tertentu  ianya  dicadangkan  di  sana.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kamusbergerak.blogspot.com/2019/07/tram-dan-brt-relevankah-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ainul Ok Je Cuma Demam Batuk Punca Tak Jadi Balik Malaysia

Ainul Ok Je Cuma Demam Batuk Punca Tak Jadi Balik Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 399 hits
Mungkin ramai yang tertanya tanya punca Ainul Mardhiah tidak dibawa pulang ke Malaysia Isnin lalu Masalah kesihatan yang dihadapi tidak mengizinkan si kecil untuk berada dalam penerbangan Baru baru ini Pa Ma melaporkan Ainul tidak jadi pula...
Samsung Melancarkan Galaxy A80 Di Malaysia

Samsung Melancarkan Galaxy A80 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 209 hits
Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan siri Galaxy A terbaru yang seterusnya iaitu Galaxy A80 Yang lebih menarik lagi Samsung juga turut menawarkan Galaxy A80 Edisi Khas Black Pink buat penggemar kumpulan K Pop terkenal itu Ia hadir de...
179 Juta Pembeli Aktif Di Ebay Berpotensi Menjadi Pelanggan Usahawan Online Malaysia

179 Juta Pembeli Aktif Di Ebay Berpotensi Menjadi Pelanggan Usahawan Online Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 336 hits
Berita BERNAMA pada 14 April 2019 ini boleh menjadi perangsang kepada sesiapa pun untuk berusaha menjadikan ebay sebagai platform perniagaan
Panduan Dan Peringatan Buat Warga Pendidik Di Malaysia

Panduan Dan Peringatan Buat Warga Pendidik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 420 hits
1 Jangan terlalu over dos kerja sbg guru Ramai yang sakit jiwa stress dan mati mengejut Zaman berhempas pulas umpama lilin membakar diri sudah berlalu Ini zaman bayar bil baru lampu bernyala Nota Kajian Kesihatan Mental terbaru mengesahkan ...
Celebrate Friendship Through Fun And Fitness At Superpark Malaysia This July

Celebrate Friendship Through Fun And Fitness At Superpark Malaysia This July

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 1350 hits
SuperPark Malaysia dedicates the month of July to celebrate friendship through the joys of fitness and play with friends and loved ones The friendliest all in one park in the heart of the city is encouraging Malaysians to discover the many ...
Antara Kereta Paling Jimat Minyak Yang Boleh Di Beli Kat Malaysia

Antara Kereta Paling Jimat Minyak Yang Boleh Di Beli Kat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 986 hits
Antara Kereta Paling Jimat Minyak Yang Boleh Di Beli Kat Malaysia Nak beli kereta bukan semudah nak beli ikan kat pasar Nak beli kereta ni kena tahu dulu apakah tujuan dan kegunaan kereta tersebut Berapa ramai juga yang akan jadi penumpangn...
Games Yang Memaparkan Permandangan Malaysia

Games Yang Memaparkan Permandangan Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 310 hits
Walaupun negara kita menjadi salah satu lokasi paling popular syarikat pengeluar permainan video beroperasi sayangnya tidak banyak usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai latar belakang dalam perisian tersebut Mungkin kerana negara kita ama...
Wni Korban Dugaan Pemerkosaan Politikus Malaysia Alami Trauma

Wni Korban Dugaan Pemerkosaan Politikus Malaysia Alami Trauma

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 227 hits
Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan di Malaysia telah menemui seorang warga negara Indonesia yang diduga menjadi korban pemerkosaanpolitikus asal Malaysia Paul Yong Choo Kiong Korban disebut mengalami trauma Pada Kamis Pejabat Konsul...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord