Semakin Banyak Negara Iktiraf Palestin


Semakin Banyak Negara Iktiraf Palestin
Krisis kemanusiaan di Gaza dan kebuluran rakyat Palestin kini mencetuskan gelombang baharu sokongan antarabangsa terhadap pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Dalam seminggu yang lalu, tiga sekutu utama Amerika Syarikat (AS) iaitu Perancis, Britain dan Kanada, telah menyatakan komitmen mereka untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.
Menurut The Washington Post, langkah ini disifatkan sebagai perubahan besar dalam pendirian antarabangsa, sekali gus semakin mengasingkan Israel di tengah-tengah kebimbangan global terhadap situasi buruk di Gaza.
Perancis menjadi negara pertama yang menyatakan niat untuk mengiktiraf Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September ini.
Susulan itu, Britain dan Kanada turut menyatakan rancangan bersyarat ke arah pengiktirafan tersebut.
Britain menetapkan syarat bahawa mereka hanya akan mengiktiraf Palestin sekiranya Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata dengan Hamas serta menamatkan kekejaman di Gaza, yang disifatkan oleh Perdana Menteri Keir Starmer sebagai “mengerikan”.
Sementara itu, Kanada menuntut supaya Pihak Berkuasa Palestin (yang mentadbir Tebing Barat) melaksanakan reformasi demokratik termasuk mengadakan pilihan raya pada 2026 tetapi tanpa penglibatan Hamas.
Dengan mengambil langkah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, negara-negara ini akan menyertai lebih 140 anggota PBB yang telah pun berbuat demikian. Namun, mereka akan menjadi negara pertama dalam kumpulan Group of Seven (G7) yang berbuat demikian. Ini sekali gus satu tamparan diplomatik yang jelas terhadap Israel.
“Kanada mengecam kegagalan kerajaan Israel mengawal keadaan di Gaza sehingga menjadi sebegini parah,” kata Perdana Menteri Kanada, Mark Carney seperti dilapor The Washington Post.
Malta turut mengumumkan bahawa ia akan mengiktiraf negara Palestin tidak lama lagi.
Dalam masa yang sama, Australia, Portugal dan Luxembourg turut mengeluarkan kenyataan bersama yang menyokong penyelesaian dua negara.
Di sisi lain, meski beberapa negara Eropah sudah lama mengiktiraf Palestin, sekutu AS seperti Itali dan Jerman masih belum menunjukkan hasrat untuk menyertai langkah tersebut.
Kementerian Luar Israel mengkritik tindakan ke arah pengiktirafan negara Palestin ini. “Perubahan pendirian kerajaan Britain pada waktu ini, selepas langkah yang diambil oleh Perancis dan tekanan politik dalaman, merupakan satu bentuk ganjaran kepada Hamas dan menjejaskan usaha untuk mencapai gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan,” kata kementerian itu menerusi platform X.
Pentadbiran Trump juga mengugut Kanada bahawa keputusannya mungkin membawa implikasi perdagangan, selain turut mengenakan sekatan ke atas Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat.
Seorang pegawai kanan Mesir menyifatkan langkah-langkah pengiktirafan ini sebagai satu perubahan besar dalam arena diplomatik.
“Pengiktirafan terhadap negara Palestin amat penting. Ia bukan sekadar simbolik.
“Selama ini, Israel mendakwa bahawa mereka tiada rakan rundingan damai dalam kalangan rakyat Palestin. Masalahnya sekarang, tiada rakan rundingan damai dalam pihak Israel pula,” katanya seperti dilapor The Washington Post. Banyak negara, termasuk China, India, Malaysia dan Rusia, telah lama mengiktiraf negara Palestin sejak November 1988, sejurus selepas Majlis Kebangsaan Palestin mengisytiharkan kemerdekaan.
Beberapa negara lain seperti Barbados, Sepanyol dan Slovenia juga membuat keputusan tersebut pada tahun lalu.
Pada Khamis, Slovenia turut mengumumkan larangan eksport senjata ke Israel sebagai tambahan kepada pendiriannya.
BACA: UK Bakal Iktiraf Negara Palestin September Ini Jika Israel Enggan Setuju Gencatan Senjata
BACA: Kanada Iktiraf Negara Palestin Pada Perhimpunan Agung PBB 2025
BACA: Mesir, UAE, Jordan Laksana Operasi Gugur Bantuan Ke Gaza
Sumber: The Washington Post
The post Semakin Banyak Negara Iktiraf Palestin appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/03/semakin-banyak-negara-iktiraf-palestin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Britain Mahu Iktiraf Negara Palestin

Britain Mahu Iktiraf Negara Palestin

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 183 hits
LONDON Perdana Menteri Britain Keir Starmer menyatakan bahawa London akan mengiktiraf negara Palestin pada September depan sekiranya Israel meneruskan kekejamannya ke atas penduduk Gaza lapor Perbadanan Penyiaran British semalam Namun Starm...
Malaysia Sokong Usaha Global Ke Arah Penubuhan Negara Palestin

Malaysia Sokong Usaha Global Ke Arah Penubuhan Negara Palestin

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 246 hits
Malaysia Sokong Usaha Global Ke Arah Penubuhan Negara Palestin KUALA LUMPUR 2 Ogos Malaysia menyambut baik konsensus antarabangsa yang semakin meningkat untuk mengecam Israel dan menyokong usaha ke arah penubuhan negara Palestin Menteri Lua...
Pm Anwar Hadiri Majlis Perlantikan Ketua Hakim Negara

Pm Anwar Hadiri Majlis Perlantikan Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 252 hits
Siang tadi hadir ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak Hakim Persekutuan Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tin...
Kejayaan Pm Anwar Mengeratkan 2 Buah Negara Sahabat Asen

Kejayaan Pm Anwar Mengeratkan 2 Buah Negara Sahabat Asen

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 203 hits
Alhamdulillah dua negara sahabat ASEAN Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui pelaksanaan gencatan senjata bermula tengah malam ini Malaysia selaku Pengerusi ASEAN menerima amanah besar bersama rakan rakan lain untu...
Pembangkang Cuba Burukkan Negara Anwar Kembalikan Keprcayaan Dunia

Pembangkang Cuba Burukkan Negara Anwar Kembalikan Keprcayaan Dunia

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 218 hits
Sham GhazSaat Pembangkang Gagal main Isu untuk turunkan Anwar negara jiran kita percayakan Anwar Ibrahim boleh jadi orang tengah perang Thailand Kemboja harini Pembangkang Gagal tak reti nilai kaca dan permata Wakil Us dan China juga turut ...
Dasar Wanita Negara 2025 2030 Dipacu Ke Parlimen Sasar 30 Perwakilan Wanita

Dasar Wanita Negara 2025 2030 Dipacu Ke Parlimen Sasar 30 Perwakilan Wanita

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 188 hits
YABhg Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini merasmikan Walkabout Khas Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025 2030 di Parlimen sebagai usaha mengarusperdanakan agenda pemerkasaan wanita secara menyeluruh dan ink...
Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 223 hits
MRSM Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok Semua Maktab Rendah Sains MARA di seluruh negara akan diberi cuti khas esok sebagai tanda penghargaan atas kejayaan membanggakan MRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025 Pengumum...
Surat Will You Marry Me Dikirim Burung Lamaran Di Zoo Negara Jadi Tumpuan

Surat Will You Marry Me Dikirim Burung Lamaran Di Zoo Negara Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 177 hits
Surat Will You Marry Me Dikirim Burung Lamaran Di Zoo Negara Jadi Tumpuan Zaman sekarang kalau bercakap tentang lamaran memang macam macam cara unik dan kreatif digunakan oleh para lelaki untuk menambat hati bakal isteri Bukan lagi sekadar ...
Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

A Family Memoir Sending Yaya To Uitm Dungun

Hiburan Emosi Anak Anak Turut Terganggu Aaron Aziz Isteri Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Penyebar Fitnah

T25j06 Tangki Radiator Proton Persona Kering

Quick Healthy Vegan Apple Crisp Recipe

Keindahan Keunikan Iskandar Polo Club Ipoh

Rapat Macam Adik Beradik Zra Ustaz Mad Jadi Perhatian Netizen

Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nagaway 27 Nagaway Top 14 By Charles

Megaways 14 May Megaways Top 52 By Will

Penduduk Gempar Lihat Bola Api Jatuh Dari Langit

Prestasi Merudum Salah Makin Hilang Sentuhan Bersama Liverpool

Bondan Prakoso I Will Survive Chord

Tm House Jacobsen Arquitetura Brazil