Malaysia Satu Satunya Pasaran Saham Asia Susut Tahun Ini


KUALA LUMPUR: Keghairahan susulan pilihan raya umum bersejarah Malaysia pada Mei tahun lalu semakin pudar, dengan pasaran saham tempatan adalah satu-satunya di Asia yang susut setakat tahun ini.
Penanda aras indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut lebih daripada satu peratus setakat ini pada 2019, satu-satunya pasaran serantau yang merosot, sambil Singapura melonjak empat peratus dan Indonesia menokok tiga peratus.
Trend itu dijangka tidak berubah dengan pelabur menunggu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet, membanteras rasuah dan meningkatkan kuasa beli.
“Ia kembali bermula di mana negara ini akan bergerak, kaedah kerajaan akan memimpin,” kata Pengarah Pelaburan Invesco Asset Management berpangkalan di Singapura, Jalil Rasheed.
“Sesiapa yang mengambil tinjauan jangka panjang di Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun perlu agak bersabar untuk dua hingga tiga tahun akan datang.”
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa pelabur supaya membeli aset Malaysia, sebelum menjadi mahal sebaik saja situasi fiskal kembali menemui landasan dalam masa tiga tahun.
Pentadbiran baharu sedang dalam ‘mode’ pembersihan dengan membatal dan menyemak semula projek-projek berbilion dolar sambil menggantikan beberapa Ketua Pegawai EKsekutif (CEO) dan syarikat berkaitan kerajaan.
Ia menyebabkan pertumbuhan sederhana kepada 4.7 peratus tahun lalu, dengan kerajaan menyasarkan peningkatan kepada 4.9 peratus tahun ini.
Ahli-ahli ekonomi bagaimanapun tidak begitu yakin, apabila mengunjurkan pertumbuhan hanya akan mencapai 4.5 peratus.
Beberapa keputusan kewangan lemah juga tidak membantu, dengan syarikat seperti Axiata Group Bhd dan Nestle Malaysia Bhd tidak mencapai sasaran.

Perolehan korporat Malaysia tertinggal di belakang negara jiran apabila susut 3.15 peratus tahun lalu, berbanding kenaikan 8.8 peratus di Singapura dan 18 peratus di Indonesia.
Perolehan korporat tempatan dijangka hanya meningkat satu hingga dua peratus tahun ini, kata Ahli Strategi Morgan Stanley Asia Tenggara, Sean Gardiner.
“Kita perlu melihat kegusaran kembali ke pasaran sedang pesat membangun supaya pelabur menghargai situasi Malaysia yang bertahan,” katanya.
Bagi menarik pelabur, Malaysia memperkenalkan pelan ekonomi lima tahun yang menjanjikan ketelusan dan pembaharuan institusi.
Ia menyasarkan untuk menangani pertumbuhan produktiviti, menyeragamkan perbelanjaan kerajaan untuk mengelakkan rasuah dan melebarkan ruang fiskal dengan menaikkan pematuhan cukai.
Namun, segala-galanya lebih mudah untuk dirancang dan persoalannya sekarang adalah pelaksanaan, kata Ketua Penyelidikan Ekuiti Serantau RHB Bank Bhd, Alexander Chia.
“Yang jelas, terdapat banyak risiko pelaksanaan dan pastinya banyak risiko politik.”
Beliau berkata, ia tidak hanya berlaku di Malaysia, kerana perubahan kerajaan di India dan Indonesia menjadikan pasaran bergelut selama 18 bulan sebelum menunjukkan isyarat pemulihan.
Indeks S&P BSE Sensex susut lima peratus selepas pilihan raya 2014 sebelum menokok dua peratus pada 2016 dan 28 peratus pada 2017.
Indeks Komposit Jakarta pula menjunam 12 peratus pada 2015, setahun selepas pilihan raya sebelum melantuk 15 peratus pada 2016.
Kes Malaysia mungkin dirumitkan oleh jangkaan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijanjikan kerusi berkenaan sebelum pilihan raya.
Anwar, yang memimpin parti terbesar dalam pakatan pemerintah berkata, Dr Mahathir dengan ‘amat jelas’ memberitahu peralihan akan berlaku menjelang Mei tahun depan. – BLOOMBERG


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/malaysia-satu-satunya-pasaran-saham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Bakal Bangkit Sebagai Harimau Asia Dalam 3 Tahun

Malaysia Bakal Bangkit Sebagai Harimau Asia Dalam 3 Tahun

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 321 hits
Malaysia akan kembali kepada statusnya sebagai Harimau Asia dalam masa tiga tahun kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata lonjakan 48 peratus dalam pelaburan langsung asing kepada RM80 5 bilion pada 2018 berbanding RM54 4 bilion p...
Perjuangan Guru Guru Sekolah Yang Melancarkan Mogok Dan Piket Di Seluruh Malaysia Pada Tahun 1967

Perjuangan Guru Guru Sekolah Yang Melancarkan Mogok Dan Piket Di Seluruh Malaysia Pada Tahun 1967

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 707 hits
Guru Mahukan Keadilan merupakan sepanduk dan slogan utama yang digunakan dalam perjuangan guru guru sekolah yang melancarkan mogok dan piket di seluruh Malaysia pada tahun 1967 Tahukah kamu pada zaman itu guru guru perempuan hanya diberi ga...
Satu Satunya Di Indonesia Ini Mobil Seharga Rp10 Miliar Yang Akan Dibeli Raffi Ahmad

Satu Satunya Di Indonesia Ini Mobil Seharga Rp10 Miliar Yang Akan Dibeli Raffi Ahmad

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 253 hits
Dalam video yang diunggah di kanal Youtube Rans Entertainment 16 Maret Raffi Ahmad mengungkapkan rencana membeli mobil baru yakni Lamborghini Huracan Spyder Tak tanggung tanggung harga mobil jenis supercar ini mencapai Rp10 miliar
Adakah Malaysia Akan Melancarkan Kereta Terbang Pada Tahun Ini

Adakah Malaysia Akan Melancarkan Kereta Terbang Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 1096 hits
Malaysia akan lancar kereta terbang tahun ini Ya anda telah baca statement itu dengan betul Menurut Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff kereta terbang pertama keluaran Malaysia akan bakal diperkenalkan secara umum...
Politisi Gerindra Jual Saham Bir Salah Satu Alasan Warga Pilih Anies Sandi

Politisi Gerindra Jual Saham Bir Salah Satu Alasan Warga Pilih Anies Sandi

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 289 hits
Sebagai partai pengusung sudah menjadi kewajiban mendukung penuh pemenuhan janji politik pak Anies Itu tidak bisa ditawar ujar Caleg Partai Gerindra Dapil 10 Jakbar ini kepada wartawan Minggu
Trend Micro Malaysia Hadapi Ancaman Perisian Hasad Terbanyak Di Asia Tenggara

Trend Micro Malaysia Hadapi Ancaman Perisian Hasad Terbanyak Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 333 hits
Perkembangan arena internet turut membawa kepada pelbagai ancaman sekuriti baru yang lebih mencabar dari hari ke hari sekaligus memberikan impak terhadap bukan sahaja pengguna tetapi juga pelbagai organisasi Bercakap mengenainya baru baru i...
Thelove Matic Hidang Menu Tradisional Satu Malaysia

Thelove Matic Hidang Menu Tradisional Satu Malaysia

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 265 hits
Hits 1Kuala Lumpur adalah syurga makanan di Malaysia Kini ia lebih meriah dengan kehadiran TheLove MaTiC Hidang Menu Tradisional Satu Malaysia Menu terbasik seluruh negara kini dihimpumkan didalam satu restoran yang menawarkan pelbagai cita...
Mukhriz Hauls Anwar Irb To Court Over Rm5m Tax Assessment

Pgslot 13 25 10 Slot168 Faro168 Top 50 By Dorris Faro168 Co

Kelebihan Mewarna Terapi Kreatif Untuk Kepuasan Dan Kesejahteraan Emosi

As Jan 6 Najib Rally Heats Up Istana Negara Issues Reminder For All To Respect Federal Constitution Law

Benefits Of Crab Soup As High Fever Antidote

Enam Cara Untuk Mencegah Ketagihan Vape Dan Dadah Dikalangan Murid Sekolah

Pkr Coalition Partners Should Challenge Anwar Over Najib

Hafiz Suip Biodata Kerjaya Keluarga Kes Penceraian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Keputihan Normal Ke Tak Kaum Wanita Kena Faham Betul Betul Ni

Kes Bunuh Remaja Polis Tumpu Aspek Selisih Faham Ambil Dadah Berlebihan

Ganggu Jemaah Pengurusan Masjid Santuni Ibu Bapa Lelaki Alami Masalah Mental Esok

International Restore Study Reveals Genetic Therapy Results For Leber Hereditary Optic Neuropathy In Malays

Yang Komen Ramai Wanita Termasuk Golongan Ibu Netizen Persoal Wajah Sembap Guna Wheelchair Intan Najuwa Kesal

Gergasi Kru Dan Icon Entertainment Melakar Sejarah Dengan Konsert Genkru Hari Ke 3